10 LANGKAH ELAK MASALAH PEMBELIAN HARTANAH

20 Tips Untuk Pembeli Rumah Pertama

10 langkah elak masalah dalam urusan pembelian hartanah.

1. Beli hartanah yang telah ada geran individu atau geran individu strata yang berasingan.

2. Beli hartanah yang mana nama penjual/pemilik telah didaftarkan di dalam geran individu atau geran individu strata yang berasingan.

3. Beli hartanah daripada pemaju yang mempunyai rekod dan reputasi yang baik.

4. Pastikan pembiayaan pembelian hartanah anda dengan bank/pembiaya telah diluluskan sebelum tandatangan perjanjian jual beli.

5. Lantik peguam hartanah yang berpengalaman dan mempunyai roked kerja yang baik.

6. Bina hubungan yang baik dan mesra antara penjual dan pembeli.

7. Segala bayaran harga jual beli hendaklah dibayar melalui peguam yang dilantik.

8. Bantu peguam follow up dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk mempercepatkan penyempurnaan urusan jual beli.

9. Pastikan anda faham semua terma dan syarat dalam perjanjian jual beli dan faham steps dan prosedur urusan jual beli hartanah.

10. Ikuti dan patuhi sepenuhnya segala terma, syarat dan prosedur urusan jual beli. Jangan buat apa-apa arrangement berasingan dengan penjual tanpa pengetahuan peguam anda.

SUMBER: SALKHUKHAIRI ABD SUKOR

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *