10 PANDUAN ASAS MEMILIH RUMAH SEBELUM BELI

Tips beli rumah

Dah lama sangat menyewa, teringin pula nak ada rumah sendiri, tapi bagaimana caranya nak pilih rumah?

Disini kami kongsikan 10 panduan asas memilih rumah :-

1. Gangguan Asas

Sebelum membeli rumah, pastikan rumah yang hendak dibeli lokasinya tidak berada pada ketiga-tiga gangguan asas ini, iaitu simpang jalan, tepi penjana elektrik dan kolam rawatan air.

Ketiga-tiga kawasan ini boleh mendatangkan kesan ketidakselesaan, keselamatan kepada penghuni yang tinggal berhampiran gangguan asas tersebut.

2. Kualiti Binaan Rumah

Kualiti binaan bangunan juga perlu diambil kira, jika terdapat unit binaan dari diperbuat dari batu merah kualiti rumah tersebut akan menjadi bertambah kukuh dan kalis bunyi.

Selain dari itu sebelum memiliki hartanah tersebut pastikan disemak kawasan sekeliling rumah tersebut bersih untuk langkah keselamatan.

Perhatikan juga sekiranya terdapat rekahan dan menjadi tempat air dari bumbung rumah masuk terus akan menyebabkan rumah anda bocor.

3. Siling Rumah

Bentuk dan saiz siling juga turut membantu sistem pengudaraan di dalam. Siling yang tinggi dan besar adalah lebih baik dan menjadikan dalaman rumah anda tidak terlalu berwap dan panas.

4. Kiblat

Faktor ini adalah faktor yang paling penting bagi anda yang muslim.

Pastikan anda semak terlebih dahulu arah kiblat dirumah, supaya kiblat anda tidak menghadap tandas. Ini bagi keselesaan anda untuk menjalankan ibadat kepadanya.

5. Tangki Air

Pemilihan bentuk dan saiz tangki air juga memainkan peranan penting kerana perumahan yang mempunyai tangki air besar dan bukan sambungan terus dari paip utama sangat digalakkan.

Dikhuatiri andai berlaku paip pecah, ia akan memakan masa yang agak lama untuk pihak berwajib membaik pulih paip tersebut.

6. Sinaran Matahari

Orientasi matahari juga memainkan peranan yang penting sewaktu membeli rumah, sebolehnya elakkan sinaran matahari menghadap belakang rumah anda, adalah sebaiknya matahari menghadap kamar utama rumah anda.

Pastikan sebelum anda membeli hartanah anda datang pada waktu pagi atau petang untuk melihat kedudukan matahari pada waktu tersebut.

7. Pemaju Perumahan

Kenali pemaju perumahan sekiranya anda ingin tahu maklumat penting tentang data kawasan perumahan tersebut.

Kerana melalui pemaju perumahan inilah kita boleh mengetahui keadaan perumahan yang dibina.

8. Cat Rumah

Pemilihan warna cat rumah juga sangat penting. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan serta mengelakkan penyerapan haba masuk kedalam rumah.

Anda digalakkan membeli rumah yang cat diluarnya berwarna cerah, supaya apabila malam tidaklah terasa panas sangat.

9. Privasi

Privasi ini penting dalam perumahan, kerana menjaga aurat dan juga maruah wanita yang berada dirumah. Pastikan pandangan dari pintu rumah tidak terus ke dapur kerana dapur adalah ruang aurat wanita, begitu juga dengan bilik tidur.

BACA JUGA:  KELEBIHAN MEMBELI RUMAH MELALUI EJEN HARTANAH

Seeloknya ruang dapur diletakan dibahagian belakang rumah bukannya dihadapan atau ditengah rumah.

Ada juga diantara pembeli yang membeli rumah kerana terdapatnya kemudahan infrastruktur, seperti sekolah, rumah ibadat, kemudahan pengangkutan awam, gerai makan, kedai runcit dan sebagainya.

10. Atap Bumbung

Kedudukan bumbung yang baik adalah ia berada dalam keadaan memanjang ke hadapan rumah supaya mampu menghalang cahaya matahari dan juga air hujan. Selain dari itu, tingkap juga ada bumbung agar air hujan tidak membasahi bilik tidur anda.

Sebagai pembeli anda mempunyai hak untuk memilih rumah sebelum beli. Ada juga yang mahukan harga rumah yang murah namun jauh dari kemudahan asas serta pengangkutan awam yang kurang.

Apa pun terpulang pada anda yang memilih untuk kemampuan, keselesaan dan juga keselamatan anda dan juga keluarga. Selamat memilih rumah!

Sumber;infohartanah

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *