11 LANGKAH BELI RUMAH SUBSALE/ SECONDHAND DI MALAYSIA

program kredit rumah murah 20160306 104150

LANGKAH 1: Pilih hartanah yang anda mahu beli.

LANGKAH 2: Tandatangan LOA (Letter of Acceptance) atau Letter of Offer yang disediakan oleh ejen hartanah. Pastikan ejen hartanah tu berdaftar yang sah dariLembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA). Jangan guna ejen haram yang tak berdaftar sebab dah banyak kes tipu dan naya je kalau duit lesap!

LANGKAH 3: Bayar jumlah 2% atau 3% daripada harga pembelian rumah sebagai bayaran booking dan cuba minta untuk 21 hari bekerja sebagai tempoh dari bayaran deposit hingga anda kena siapkan SPA. Biasanya ejen akan letak 14 hari tapi korang cuba la dapatkan 21 hari sbb kadang kadang loan lambat nak dapat kelulusan (Sales & Purchase Agreement). Dan pastikan booking ini dibayar hanya kepada syarikat ejen hartanah atau syarikat guaman anda. Jangan sekali-kali bayar kepada mana2 individu, baik ejen mahupun tuan punya rumah.

LANGKAH 4: Pastikan pemilik rumah atau penjual tandatangan pada LOA (Letter of Acceptance) atau Letter of Offer dan berikan kepada anda/ejen salinan SPA pembelian beliau untuk buktikan yang mereka adalah pemilik rumah yang sahih.

LANGKAH 5: Guna LOA untuk pohon pinjaman dari pihak bank untuk pembelian rumah. Pastikan korang apply kepada minimum 4 bank untuk pinjaman.

LANGKAH 6: Upah peguam yang mempunyai kepakaran dalam bidang pengurusan hartanah untuk mulakan persediaan perjanjian SPA.(Sales & Purchase Agreement).

LANGKAH 7: Kita tandatangan dokumen SPA Pastikan korang dah dapat sekurang-kurangnya 1 loan yang dah approve sebelum korang tandatangan SPA. JANGAN TANDATANGAN SPA SELAGI BELUM ADA MINIMA SATU LOAN YANG DAH LULUS.

LANGKAH 8: Bayar baki 7% deposit pembelian rumah. Dalam langkah 3, kita sudah bayar 3%. Perlu cukupkan sampai 10% bila tandatangan SPA.

LANGKAH 9: Tunggu 3-6 bulan untuk pihak bank membayar penjual jumlah yang tertunggak ( Baki 90%, lepas korang dah bayar 10%). Pastikan korang telefon peguam korang tiap-tiap minggu untuk pastikan yang peguam korang tak tidur dan kes korang ada kemajuan.

LANGKAH 10: Bank sudah jelaskan semua jumlah tertunggak kepada penjual. Peguam anda akan menguruskan proses pengambilan kunci.

LANGKAH 11: Pemilik rumah atau penjual kosongkan rumah untuk selesaikan proses pemindahan yang sudah berjaya. Anda dapat kunci rumah dan rumah itu kini milik anda.

SUMBER : GILAHARTANAH

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  PERBEZAAN ANTARA KONTRAK JUAL BELI DAN PERKONGSIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *