15 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MENYEWA RUMAH

Mencari rumah sewa bukan perkara yang mudah. Ia memerlukan pencarian yang teliti dan sebaik sahaja anda mendapat rumah yang diimpikan, jangan terlalu cepat membuat keputusan untuk menyewa tanpa melakukan pemeriksaan yang teliti pada rumah tersebut. Jelita senaraikan 15 perkara yang perlu anda tahu sebelum menyewa rumah.

Periksa Bilangan Suis

Periksa bilangan suis dan beri perhatian kepada berapa banyak suis untuk peralatan yang terdapat di dalam rumah. Pastikan ia berada di dalam setiap bilik. Jika tidak anda terpaksa menggunakan wayar sambungan dan itu akan membuatkan rumah anda bersepah. Periksa juga sama ada suis itu dapat menerima jumlah voltan yang anda perlukan. Apa yang perlu anda lakukan adalah menghidupkan cerek dan gelombang mikro pada masa yang sama. Jika keduanya berfungsi seperti biasa maka itu beerti suis itu boleh menahan beban voltan yang tinggi.

Pastikan Kabel Internet Dan Televisyen Disambung

Tidak ramai yang boleh tinggal di rumah untuk masa yang lama tanpa ada internet dan TV. Sebelum anda mengambil keputusan untuk menyewa, pastikan rumah ini dilengkapi dengan kemudahan yang menghubungkan anda dengan dunia luar (internet dan televisyen). Sekiranya tuan rumah memberikan tindak balas negatif mengenai hal ini maka tanyakan kepada tuan rumah sekiranya anda boleh menyelesaikan masalah ini sendiri dan sama ada pemilik rumah itu bersedia untuk memotong kos yang berkaitan daripada sewa anda.

Pastikan Dinding Rumah Tidak Berkulat

Dinding berkulat di dalam rumah yang ingin disewa adalah satu perkara ang tidak menyenangkan. Ia adalah punca bau busuk dan membuatkan rumah itu kelihatan tidak menarik serta ia sukar untuk dibersihkan. Pada masa yang sama, bernafas di dalam persekitaran berkulat adalah sangat berbahaya kepada kesihatan anda terutama sekali warga tua dan kanak-kanak. Oleh itu, ia adalah idea yang baik jika anda memeriksa rumah yang ingin disewa akan kehadiran kulat dan selalunya kulat terbentuk di tempat yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi seperti bilik mandi, dapur dan juga tingkap.

Tanya Jika Terdapat Meter Untuk Utiliti

Tuan rumah kadang kala tidak memasukkan bayaran bil utiliti di dalam sewa anda. Ini bermakna anda perlu membayar sendiri. Dalam kes ini, adalah lebih baik jika terdapat meter dalam rumah sewa anda supaya anda boleh mengawal perbelanjaan anda sendiri.

Fikirkan Tentang Tempat Letak Kereta

Jika anda mempunyai kereta, anda memerlukan tempat untuk meletakkannya. Tanya kepada pemilik rumah sekiranya ada tempat letak kereta yang disediakan untuk penyewa. Sekiranya tidak ada, ambil masa untuk berfikir sambil berjalan untuk mencari tempat yang sesuai untuk meletakkan kenderaan anda. Bagaimanapun, hal ini cuma akan berlaku sekiranya anda ingin menyewa rumah pangsapuri atau kondominium.

BACA JUGA:  CARA BELI RUMAH PERTAMA UNTUK PEKERJA KERAJAAN

Lihat Luar Tingkap

Ini sama sekali tidak punya kaitan dengan pemandangan yang indah tetapi anda perlu memeriksa jika terdapat tempat dengan tanda yang bercahaya di hadapan tingkap anda. Jika anda tidak mengambil perhatian tentang hali ini, sinar lampu neon ini akan menganggu tidur anda. Pastikan rumah anda tidak terletak dengan berdekatan dengan jalan utama atau kelab malam kerana ia boleh menjadi faktor kepada insomnia yang berpanjangan.

Tanya Jika Terdapat Haiwan Di Dalam Rumah Sebelum Ini

Perkara ini adalah relevan untuk anda yang alah kepada bulu haiwan. Jika anda mengalami alahan, pastikan rumah yang ingin anda sewa bebas dari bulu haiwan sama ada di permaidani atau di sudut rumah anda.

Tingkap Boleh Dibuka, Pintu Boleh Ditutup

Pastikan pintu rumah anda boleh dikunci dengan selamat. Percayalah, anda pasti tidak mahu untuk sentiasa bimbang tentang harta benda anda. Adalah lebih baik jika anda periksa sama ada tingkap rumah anda boleh dibuka dan ditutup. Jika ia tidak boleh dibuka maka anda tidak boleh memberikan udara pada bilik anda dan ada juga kemungkinan yang anda akan mengalami kesesakan pada musim panas.

Tuliskan Harta Yang Masih Tinggal

Dengan bantuan dari pemilik, buatkan senarai terperinci harta atau perabot yag tinggal untuk anda gunakan dan lampirkan ia ke dalam kontrak. Ia adalah wajar bagi anda memeriksa setiap barangan untuk memastikan jika ada barangan yang rosak. Ini perlu dilakukan agar pemilik tidak menuduh anda di kemudian hari.

Periksa Jika Rumah Ini Untuk Dijual

Selalunya pemilik rumah tidak akan memberitahu jika rumah yang anda sewa itu sebenarnya adalah untuk dijual. Dalam kes ini, pemilik rumah sudah bersedia untuk menyingkirkan penyewa sebaik sahaja mereka sudah dapat mencari pembeli.  Sudah tentu, anda akan dikenakan penalti kerana menamatkan kontrak terlebih awal dan pemilik perlu membayarnya tetapi ia lebih baik daripada anda dipaksa untuk meninggalkan rumah secepat yang mungkin. Oleh iu, cuba lindungi diri anda dari kejutan yang tidak menyenangkan dan pastikan anda menyewa rumah yang bukan untuk dijual.

Apa Akan Terjadi Jika Ada Barang Pecah?

Pastikan ia dinyatakan di dalam kontrak siapa yang akan bertanggungjawab jika ada barangan yang pecah dan ia bukan salah anda. Tanya sama ada pemilik rumah itu sama ada dia bersedia menanggung perbelanjaan ini dan mereka menolak daripada sewa bulanan. Jika pemilik meminta anda mengendalikan kerja pembaikan maka mereka juga mesti bersedia untuk menampung semua kos.

Berapa Kali Ia Akan Diperiksa?

Jangan lupa untuk tanuyakan kepada pemilik anda berapa kerap mereka akan memeriksa rumah mereka semasa anda tinggal di sana. Ini kerana terdapat beberapa pemilik rumah yang suka melampaui batasan dan cuba untuk mengawal penyewanya. Satu cara untuk melindungi diri anda adalah dengan menetapkan berapa kali pemilik rumah ini akan melakukan pemeriksaan di dalam kontrak. Ia adalah lebih baik jika pemilik rumah  datang memeriksa tidak lebih daripadasekali  sebulan sekali dan pada masa yang telah dipersetujui. Lawatan ini boleh digabungkan dengan hari membayar sewa.

BACA JUGA:  BELI RUMAH KONGSI NAMA? BAIK ATAU TIDAK?

Menetapkan Had Untuk Ketamakan

Pastikan juga kontrak sewa rumah anda mengandungi kekerapan dan berapa banyak pemilik sewa ingin menaikkan sewa rumag. Jika anda tidak mempunyai fakta ini maka tidak lama lagi, tuan rumah akan menuntut jumlah yang tidak realistik dan tidak dapat anda jangka dan mungkin juga anda tidak mampu untuk membayarnya.

Beri Perhatian Kepada Kebersihan Rumah Sewa

Jika anda mendapati diri anda melihat ke sebuah rumah yang kotor, jangan tergesa-gesa untuk menandatangani kontrak. Mungkin banyak lagi kelemahan lain yang terdapat di dalam rumah tersebut. Anda boleh meminta pemilik rumah anda untuk membersihkannya tetapi bersedia untuk kehilangan rumah itu. Jika ia hanya kotoran yang menyebabkan anda berasa ragu dengan rumah itu, jangan tergesa-gesa untuk melepaskannya. Periksa rumah itu dengan teliti dan lihat sama ada anda boleh membersihkannya sendirian.

Sumber: herinspirasi.com

Sekiranya tuan/puan memerlukan khidmat perunding hartanah klik di sini coachhartanah.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *