2 PROGRAM NI BOLEH TOLONG KORANG DAPATKAN DEPOSIT RUMAH DENGAN MUDAH

Pelaburan hartanah

Nilai deposit rumah cuma 10% je tapi itu pun ramai yang gagal nak kumpul, lagi-lagi orang muda atau mereka yang baru bekerja yang dibebani hutang zaman belajar, hutang kereta dan paling teruk, ketagih shopping online!

Kat sini kami kongsikan beberapa skim deposit rumah yang ditawarkan kerajaan. Mari kita lihat!

Skim Rumah Pertamaku

Bagi yang kali pertama ingin membeli hartanah, terutamanya bagi yang bekerja dalam sektor swasta, korang secara automatik layak untuk mendapat bantuan Skim Rumah Pertamaku, iaitu salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu para pembeli terutamanya golongan muda untuk memiliki rumah.

Korang dah tak perlu risau pasal deposit 10% tadi, malah peratusan pembiayaan juga adalah 100%. Skim yang diperkenalkan pada 2011 ini melibatkan institusi kewangan dan bank terkemuka di Malaysia seperti Affin Bank, Alliance Bank, AmBank dan Bank Islam.

Sebelum itu, pastikan korang memenuhi syarat kelayakan untuk memohon Skim Rumah Pertamaku:
Rakyat Malaysia sahaja
Pembeli rumah pertama sahaja
Pekerja sektor swasta
Berumur tidak melebihi 40 tahun
Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan
Pendapatan keluarga tidak melebihi RM10,000 sebulan

Skim Rumah Pertamaku hanya tertakluk kepada hartanah di Malaysia sahaja dan korang kena ingat, rumah yang ingin dimiliki perlu mempunyai nilai minimum RM100,000 dan maksimum RM500,000. Sekiranya korang berjaya dalam permohonan, harus diingat bahawa rumah yang dibeli menggunakan duit Rumah Pertamaku tak boleh disewakan. Jangan ambil kesempatan wokeh!

Senang je nak memohon Skim Rumah Pertamaku ni. Kalau dokumen korang dah lengkap dan korang dah pilih unit yang ingin dibeli, korang hanya perlu ke bank yang terlibat dan nyatakan kelayakan korang untuk membeli dengan bantuan Skim Rumah Pertamaku.

Korang boleh melayari laman sesawang Skim Rumah Pertamaku untuk maklumat yang lebih terperinci.

Program Mydeposit

Program MyDeposit lebih kurang sama dengan Skim Rumah Pertamaku tetapi yang program ini lebih fokus kepada keluarga berpendapatan sederhana. Program ni diumumkan pada tahun 2016 oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak dengan tujuan memberi bantuan kepada golongan yang mempunyai kesukaran membiayai wang pendahuluan 10% untuk membeli rumah akibat harga rumah yang semakin tidak terkawal.

Semenjak diumumkan, Program MyDeposit telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM200 juta. Banyak kan? Jadi bagaimana program ini boleh membantu korang? Mudah saja. Program ini akan memberikan wang pendahuluan dengan nilai maksimum RM30,000 untuk menampung deposit 10% untuk setiap pembelian rumah. Tapi korang kena ingat, program ini hanya untuk pembelian rumah yang nilainya tidak melebihi RM500,000.

Berikut pulak adalah syarat kelayakan untuk memohon Program MyDeposit:
Warganegara Malaysia
Berumur 21 tahun dan ke atas
Pembelian rumah pertama bagi satu isi rumah
Pendapatan isi rumah antara RM3,000 sehingga RM15,000

BACA JUGA:  Garis Panduan Untuk Penilaian Rumah!

Sekarang korang dah tahu yang ada dua skim atau program yang korang boleh sertai untuk dapatkan rumah idaman korang tu. Korang boleh mendapat manfaat maksimum dengan membuat permohonan membeli Rumah PR1MA, iaitu skim untuk membantu pembeli rumah pertama.

Tapi kalau boleh janganlah terus pilih rumah yang berharga RM500,000. Sebabnya, walaupun nilai rumah maksimum yang dibenarkan di bawah Rumah Pertamaku adalah RM500,000, apa kata jimat sedikit dan beli rumah mampu milik seperti Rumah PR1MA. Ringan sikit poket untuk membayarnya nanti.

Tips: Ingat, program dan skim yang diwujudkan ini adalah untuk membantu korang, bukan untuk memiliki rumah-rumah mewah. Jadi, jangan fefeeling sangat.

Laman iProperty juga ada berkongsi pengalaman seorang pembeli rumah yang telah berjaya memiliki sebuah Rumah PR1MA di Kampar dengan harga sekitar RM250,000. Jadi tunggu apa lagi, daftarlah sekarang! Bayangkan penjimatan yang korang boleh dapat dengan kedua-dua Skim Rumah Pertamaku dan PR1MA.

Sambil tu, jangan lupa untuk semak kelayakan korang sebelum mohon pinjaman rumah dari bank kat sini. Korang juga boleh buat perbandingan pinjaman perumahan dari 15 bank yang ada kat Malaysia ni.

Sumber;loanstreet

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *