7 TIP BELI RUMAH LELONG

7 Tip beli rumah lelong
Lelong rumah
“Beli rumah lelong? nah… sebelum tu awak kena pastikan benda ni… ni… ini…” itulah
cakap-cakap yang kerap kali kita dengar dari kawan-kawan yang entah berpengalaman atau tidak dalam selok belok beli rumah lelong. Walau apa pun cakap-cakap orang, dibawah inisaya sertakan 7 tip beli rumah lelong. sila baca tip-tip dibawah.
1. Sebelum membeli rumah lelong, buatlah carian hak milik secara rasmi dipejabat tanahterbabit, lawat rumah lelong berkenaan dan jika boleh pergi ke pejabat pemaju untuk dapatkan maklumat selanjutnya. (benda ni kadang-kadang boleh dapat, kadang-kadang
 pemaju tak layan kita… apa boleh buat cari jalan lain lah!)
2. Hubungi pelelong untuk perisytiharan jualan lelong dan dapatkan nasihat lanjut daripadapeguam untuk mendapatkan segala maklumat.
3. Selain itu, mungkin wajar juga anda meninjau sendiri rumah lelong itu dan mengambil
gambar hartanah itu, lepas tu yang paling penting… datang tempat lelongan tepat pada
waktunya.. kalau awal lagi baik.
4. Pada hari lelongan, pembida wajib sediakan 10 peratus daripada harga rizab harta ataurumah, sama ada dalam bentuk bank draf atau tunai. Cek selalunya tidak diterima.
5. jangan lupa pembida perlu membawa kad pengenalan asal dan 2 salinan kad pengenalan.
6. Jika menjadi wakil, kedua-dua kad pengenalan asal dan surat kuasa yang membenarkan diamenjadi wakil untuk mendapatkan lelongan perlu dibawa.
7. Kalau hantar wakil, wakil pun mesti bawa wang untuk bayar antara 10 peratus hargapembelian dan tandatangan jualan kontrak.
7 tip ini sebagai pengetahuan umum saja, dari pengalaman saya, 7 perkara ni memang wajibdan kena tahu. Walau apa pun rumah lelong mungkin ada masalah jika hartanah tu sendiriada masalah. Jadi nasihat saya, dapat kan nasihat kawan-kawan dan selamat berlelong!
Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  9 CARA BELI RUMAH TANPA MODAL BESAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *