JENIS LOAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBELI HARTANAH

loan.jpg

Sebelum membeli rumah, bagus untuk kita kaji dan kenal pasti dulu jenis-jenis loan yang ada. Secara asas, kat Malaysia ni ada 3 jenis loan rumah yang biasa digunakan. Jenis pinjaman yang dimaksudkan adalah basic term, semi-flexi, dan juga full-Flexi. Mesti anda pernah dengar, kan?

 

1: Cerita dulu-dulu – Basic Term Loan

Ini adalah satu jenis pinjaman yang datang dengan jadual bayaran balik yang tetap, di mana ansuran bulanan yang anda bayar akan sentiasa sama sepanjang tempoh pinjaman keseluruhan. Secara umum, pinjaman ketegori ni tak membenarkan anda (atau mungkin sukar untuk anda buat) kurangkan kadar faedah dengan membayar ansuran pendahuluan. Maksudnya, kalau anda bayar awal sekalipun, bank susah nak kurangkan kadar interest yang dah ditetapkan. Apa-apa bayaran tambahan yang anda buat tu, bank akan kira sebagai pra-pembayaran untuk bayaran ansuran rumah untuk masa depan. Dan ini tak berikan sebarang kesan kat kadar faedah pinjaman itu sendiri, Bermakna, anda tetap kena bayar ansuran bulanan pada kadar yang sama.

Tapi, anda boleh je memohon kat bank untuk ubah perkara ni. Lulus atau tak lulus tu, terpulang kat budi bicara bank. Dulu-dulu, pinjaman jenis ni adalah pinjaman yang pembeli rumah kat Malaysia gunakan. Tapi sekarang, ada jenis loan rumah yang lebih fleksible berbanding basic term loan ni.

2: Apa yang anda patut tahu tentang semi-flexi loan?

Pinjaman jenis ni pula lengkap dengan kemudahan yang membolehkan peminjam buat bayaran pendahuluan, untuk kurangkan faedah pinjaman tanpa perlu membuat sebarang permohonan rasmi kat bank. Apa-apa jumlah pembayaran tambahan yang anda buat setiap bulan, secara automatik akan mengubah kadar faedah asal untuk pinjaman rumah yang anda buat. Dan kalau anda nak gunakan duit, anda boleh buat permohonan dengan pihak bank untuk dapatkan balik bayaran tambahan yang dibuat. Cuma, proses ini tak percuma. Mungkin anda akan dikena caj sekitar RM50 hingga RM100, bergantung kat bank mana yang anda pinjam.

Kalau nak dibandingkan dengan pinjaman rumah full-flexi, pinjaman rumah jenis ini dianggap sebagai pilihan terbaik buat peminjam yang mempunyai lebihan wang tunai, dan juga pendapatan yang fleksibel. Ini sebab potensi skim ini untuk mengurangkan faedah pnjaman yang ada.

3: Ada apa pula dengan full-flexi loan?

Pinjaman rumah full-flexi (atau “pinjaman flexi”) mengambil konsep pembayaran yang fleksibel ke peringkat seterusnya. Loan jenis ni membenarkan peminjam membuat bayaran pendahuluan untuk kurangkan faedah pinjaman. Pada masa yang sama, membenarkan peminjam keluarkan bayaran tambahan yang dibuat pada bila-bila masa yang mereka suka, tanpa sebarang prosedur yang memakan masa atau caj tambahan. Dalam pakej flexi biasa,anda akan dapat satu akaun pinjaman yang dikaitkan dengan akaun semasa, serta dengan sebuah buku cek.

BACA JUGA:  CIRI YANG PATUT ADA UNTUK MILIKI UNIT STRATA

Setiap bulan, ansuran pinjaman ini akan ditolak secara automatik daripada akaun semasa, dan dibayar kat akaun bank yang anda buat pinjaman. Dengan membuat deposit tambahan ke dalam akaun bank tu, anda boleh mengimbangi jumlah pinjaman prinsipal, dan mengurangkan kadar faedah pinjaman pada masa yang sama.

Contoh yang bantu anda lebih faham

Katakan, anda buat pinjaman jenis ini (full-flexi) sebanyak RM300,000. Dan anda pula, dah deposit RM100,000 ke dalam akaun semasa yang berkait dengan bank yang anda buat pinjaman.

Kadar fedah pinjaman anda akan berdasarkan jumlah ni:

RM300,000 – RM100,000 = RM200,000.
Sama juga macam semi-flexi loan,anda boleh keluarkan bayaran tambahan yang dibuat dengan menulis jumlah dalam buku cek yang diberikan. Proses ni adalah lebih mudah, sebab anda tidak perlu buat sebarang pemohonan kat bank, seperti pinjaman semi-flexi tadi. Cuma, kebanyakan pinjaman jenis ini datang dengan yuran bulanan tetap (biasanya RM10 sebulan) untuk mengekalkan akaun semasa.

Bermakna, mungkin anda kena menilai semula komitmen kewangan untuk kemudahan pinjaman ini sebelum anda buat keputusan.

 

SUMBER : GILA HARTANAH

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *