3 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Oleh Ejen Hartanah Baru

1) Tidak Membuat Saringan Pembeli

Ni juga kesilapan yang biasa perunding hartanah baru buat. Tuan puan kena buat saringan dengan prospek pembeli yang hubungi tuan puan. Tujuan saringan ni nak memastikan mereka ni prospek yang serius dari segi motivasi dan juga kewangan apabila menyatakan hendak membeli atau menyewa rumah.

Apabila tidak melalukan saringan, nanti tuan puan yang letih dimana lepas membawa 20 pembeli baru lah rumah tersebut terjual. Sedangkan kalau tuan puan buat saringan awal, mungkin hanya perlu bawa 3 pembeli sahaja rumah dah terjual.

2) Tidak Berunding Harga Dengan Pemilik

Ada juga yang dah semak nilai pasaran dan transaksi. Tetapi gagal. Gagal kerana tidak berunding terus harga rumah dengan pemilik. Bila inspection ni, jika tuan puan tak yakin keadaan rumah boleh dijual dengan harga yang pemilik minta: berunding terus. Jangan pula tunggu dah iklankan dan dapati rumah tak dapat sambutan. Ataupun dah ada pembeli, tapi pembeli tak mahu teruskan belian kerana harga.

Oleh itu, ejen hartanah yang cekal akan sentiasa berunding awal. Mereka beri khidmat konsultasi kepada pemilik. Dalam kebanyakan kes, pemilik memang hargai khidmat nasihat tuan puan.

3) Melanggar Etika 

Pertamanya, kalau tiada kebenaran menjual ni salah dari segi undang-undang. Yang boleh jual rumah ni pemilik je. Tuan puan tak boleh jual kalau tak dilantik.

Dalam industri hartanah ni ada etika yang perlu tuan puan patuhi. Bermula dengan kad bisnes, pengiklanan, hinggalah cara tuan puan nak berkerjasama dengan ejen atau perunding hartanah lain. Nak tampal banner dekat pokok tak boleh tau. Huhu. Yang biasa jadi isu ialah bila berkerjasama dengan perunding hartanah lain. Bila berkerjasama dengan perunding hartanah lain hormati mereka dan faham cara nak berunding dengan mereka.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  PERLUKAH SAYA PERBAIKI, UBAH SUAI ATAU TERUS JUAL?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *