PERKARA ASAS DAN KREATIF APABILA MELABUR DALAM HARTANAH

Kareer Hartanah

Disini saya senaraikan 3 perkara asas dan kretif untuk anda mengambil kira sebelum membeli apa-apa hartanah pada masa akan datang.

Adakah anda perlukan hartanah? Berapa mahal?

Ada sesetengah orang, segala yang diceritakan adalah tentang pelaburan rumah, dan ada pula sekumpulan lain hanya berceritakan tentang tanah. Sebahagian orang mahukan laman yang cantik, ada pula manusia yang lain hanya berpuas hati bila melihat berekar-ekar tanah itu adalah milik mereka. Setiap hartanah yang di beli dengan pelbagai tujuan, ada yang untuk kegunaan persendirian dan ada juga gunakan sebagai pendapatan tamabahan.

Buat keputusan sekarang, berapa banyak hartanah yang anda perlukan dan berapa kapasiti pelaburan anda. Adakah anda perlukan hartanah 1/2 ekar agar rumah anda mempunyai laman yang luas? Atau anda hanya perlukan 5 ekar tanah? Latihan ini dapat membantu anda mengecilkan senarai hartanah untuk di labur.

Kampung, pinggir bandar atau bandar?

Lokasi memang sangat penting, tetapi setiap orang mempunyai pendapat bebeza tentang lokasi apabila mereka mencari hartanah untuk dilabur. Kadang-kadang ada juga orang yang membeli hartanah di seremban, biar jauh asalkan tidak berdepan dengan kesesakan di Kuala Lumpur. Mereka ini tidak kisah untuk memandu 2-3 jam untuk sampai ke tempat kerja. Jadi jangan anggap hartanah di luar tidak berbaloi. Ianya sesuai untuk mereka yang membuat pelaburan jangka panjang. Mungkin 15 tahun hingga 20 tahun untuk pelan keluar.

Ada juga mereka berminat untuk melabur di tengah-tengah bandar dengan segala keriuhan dan lampu dianngap sebagai kemeriahan dan kemajuan. Mereka yang mampu di tengah-tengah bandar mampu menjana 30%-50% keuntungan dari sewaan dari pelaburan setiap bulan. Jika mahukan pendapatan pasif laburlah di tengah bandar.

 

SUMBER : BRIDGE ASIA

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  KEPENTINGAN MELANTIK EJEN HARTANAH BERDAFTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *