SEBAB KENAPA ANDA PERLU ASET HARTANAH YANG BANYAK

Pernah terlintas tak kat kepala anda soalan di atas “SIFU NI PESAN BELI HARTANAH BANYAK-BANYAK NAK BUAT APA?”. Kan? Saya kongsikan 3 sebab kenapa anda perlukan aset hartanah yang banyak.

1. Multiple Revenue Streams/ Kepelbagaian Sumber Pendapatan.

Apabila kita sudah set minda kita untuk menjadi seorang pelabur, kita harus memikirkan cara BAGAIMANA untuk kita MENINGKATKAN SUMBER PENDAPATAN kita.

Seperti yang kita sedia tahu, terdapat tiga (3) jenis sumber pendapatan utama iaitu; aktif, pasif dan projek.

Billionaire dan sifu kewangan Warrant Buffet pernah mengatakan “Keep all your eggs in one basket, but watch that basket closely.” Beliau mengingatkan kita bahawa jangan terlalu berharap dengan satu sumber pendapatan sahaja untuk hidup/ bisnes kita.

Kajian yang dibuat oleh Tom Corley tentang golongan kaya dan miskin juga menunjukkan bahawa hampir kesemua jutawan di dunia ini mempunyai banyak dan keperbagaian sumber pendapatan. Golongan Jutawan ini tidak mengharap sumber pendapatan dari satu sumber sahaja. Kajian yang beliau lakukan memberikan jawapan yang berbeza-beza. Antara hasil jawapan yang beliau perolehi adalah:

  • 65% dari mereka memiliki tiga (3) sumber pendapatan.
  • 45% memiliki empat (4) sumber pendapatan dan.
  • 29% dari mereka memiliki lebih dari lima (5) sumber pendapatan

Ini menunjukkan kebanyakan jutawan memiliki banyak sumber pendapatan yang menjadikan mereka terus kaya.

Dengan pembelian hartanah, anda juga dapat menambahkan sumber pendapatan AKTIF anda dengan menjadikannya BISNES. Sebagai contoh:

  • rumah tamu
  • sublet
  • sewaan
  • stor simpanan file, barang dan sebagainya
  • virtual office
  • pajak
  • dan lain-lain lagi.

Untuk pendapatan PASIF pula, anda boleh perolehi dengan membeli saham REITS dan peroleh dividen tahunan tanpa perlu buat apa-apa. Beli sahaja saham dan tunggu mendapat pulangan dividen tahunan. Nilai saham REIT juga rata-ratanya meningkat dalam jangka masa panjang. Selain dari REITS terdapat juga beberapa sumber pendapatan pasif yang anda boleh perolehi.

Anda juga boleh mendapatkan pendapatan PROJEK melalui hartanah dengan teknik ‘flip’ iaitu dengan membeli hartanah dengan harga rendah kemudian menjualnya dengan harga lebih tinggi. Teknik ‘FLIP’ ini selalunya digunakan untuk hartanah lelong dan tanah yang dipecahkan dan dijadikan tanah lot lebih kecil.

Dengan strategi yang betul, kita boleh meningkatkan pendapatan kita dengan sistematik. Bolehlah dibuat modal untuk bayaran bulanan kereta, duit melancong dan lain-lain lagi.

2. SUPERHERO

Memiliki hartanah boleh membantu anda sebagai SUPERHERO apabila diperlukan. Sebagai contoh bagi mereka yang berbisnes, sekiranya anda mengambil kemudahan ‘overdraft’ ia bakal membantu anda untuk menggunakan wang dari kemudahan overdraft anda itu untuk tujuan bisnes anda.

Ia selalunya digunakan ketika kempen tertentu seperti:

  • Pembelian stok untuk hari perayaaan.
  • Mata wang negara kita meningkat dengan baik, oleh itu kita boleh membeli stok dari luar negara dengan lebih murah.
  • Dan lain-lain lagi…… *nak tahu lebih tentang ilmu ni kena rajin hadir kelas dan bernetwork. =)
BACA JUGA:  KYRA, Koleksi Mampu Milik

Selain itu, dengan modal ini anda berpeluang membeli lebih banyak hartanah atau menjadikannya modal bisnes untuk mengembangkan perniagaan anda.

Dengan adanya potensi memiliki hartanah yang betul ini, anda juga berpotensi menghantar anak anda ke luar negara, memiliki kereta mewah dan menunaikan haji dengan wang yang mencukupi.

Menarik?

3. Saham Akhirat.

Memiliki hartanah ini boleh memberi saham akhirat anda. Contohnya hasil dari hartanah tu anda boleh sedekahkan untuk rumah anak yatim, pembinaan masjid, rumah mampu milik, bayar zakat lebih banyak, bersedekah lebih banyak, membantu saudara mara kita yang memerlukan, bantu rumah orang tua yang memerlukan dan lain-lain lagi.

So, tak semualah pelabur hartanah ni jahat kan? =)

Semoga perkongsian di atas ini dapat mengubah persepsi anda tentang pelabur hartanah dan pemilikan hartanah. 2018 tahun jual beli hartanah tau! Anda bersedia?

 

SUMBER: SHUKRI ZOHARI

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *