4 LANGKAH SELAMAT MILIKI HARTANAH BARU KETIKA EKONOMI GAWAT

Cara Semak Harga Pasaran Rumah 2017

1. Pastikan Simpanan Betul-Betul Cukup

Beliau ada simpanan berjumlah RM80,000 sekarang sebagai emergency savings atau simpanan. Jumlah ini patut cukup untuk menyara hidup beliau selama 2 tahun. Kami menyarankan klien klien kami dalam industry minyak mempunyai simpanan sekurang-kurangnya untuk 1 tahun jumlah perbelanjaan sebagai persediaan jika mereka diberhentikan kerja.

2. Beli Hartanah Tanpa Modal

Beliau ada RM 50,000 yang beliau bajet sebagai duit pelaburan. RM50,000 bukan modal yang banyak terutamanya kalau beliau mahu membeli lebih daripada 2 hartanah untuk beliau menggunakan modal RM50,000 sahaja.

Saya sarankan klien ini supaya membeli hartanah yang bawah harga bank-value minima 10% dan boleh dimark-up sahaja supaya kami boleh mengurangkan penggunaan modal. Kalau kami berjaya membeli 2-3 hartanah tanpa modal untuk beliau, beliau akan ada jumlah simpanan berikut :

RM80,000 (simpanan untuk kecemasan)
RM50,000 ( modal yang sepatutnya digunakan untuk beli hartanah)
Dengan jumlah simpanan bernilai RM130,000, beliau tidak perlu risau walaupun beliau dibuang kerja kelak. Juga, kami ambil kesempatan membeli hartanah sekarang menggunakan gaji beliau yang tengah lumayan sekarang kerana belum tentu beliau akan dapat gaji yang sama kalau beliau dapat kerja baru nanti.

Dan besar kemungkinan kena potong gaji. Sebanarnya kami tidak berapa suka untuk buat mark-up deal atau zero down deal, tetapi dalam kes klien ini, kami perlu pastikan beliau ada reserve yang cukup sebagai persediaan.

3. Beli Hartanah Yang Sudah Siap & Boleh Terus Disewakan

Kalau kami suruh beliau beli hartanah yang belum siap, beliau akan perlu bayar interest atau faedah sewaktu pembinaan dan hartanah tersebut tiada memberikan sebarang pendapatan sehinggalah ianya siap. Jadi pilihan yang paling sesuai untuk beliau adalah membeli hartanah yng boleh terus disewakan.

4. Beli Hartanah Yang Kadar Sewa Tinggi & Boleh Menampung Kos Ansuran Bulanan

Kalau ansuran bulanan kita RM1,000 dan dan kadar sewa yang kita dapat hanya RM500, kita akan bocor dan perlu tambah RM500 setiap bulan untuk bagi orang lain duduk di rumah kepunyaan kita. Perkara ini mampu menggugatkan bajet bulanan kita dan akan menyebabkan kita rasa panik jika kita dibuang kerja.

Kalau kadar sewa yang kita dapat melebihi RM1,000, dan cukup untuk menampung ansuran bulanan kita, kita tidak akan panik dan risau meskipun kita dibuang kerja.

Inilah tanggungjawab kami di FAR Capital. Bukan main beli sahaja hartanah tapi mahu pastikan hartanah yang dibeli itu sesuai dengan keperluan dan situasi klien-klien kami. Kami cuba pastikan yang klien ini membeli hartanah yang sesuai untuk beliau berdasarkan situasi beliau supaya beliau tidak panik walaupun berkemungkinan kehilangan pekerjaan kelak.

Dan kalau beliau ikuti saranan kami, beliau insyaAllah akan boleh mendapat RM7 juta net worth dan pendapatan sewaan bersih RM15,000 sebulan selepas beliau bersara.

BACA JUGA:  7 KEBURUKAN PELABUR HARTANAH ANDA PERLU TAHU!

Setiap tahun, kita akan ada krisis baru. Memang sampai bila pun tidak boleh beli rumah kalau anda nak tunggu tahun yang sesuai di mana :

  • Tiada apa-apa krisis,
  • Harga rumah jatuh jadi murah,
  • Bank mahu memberikan pinjaman tanpa sewenang-wenangnya.
  • Ahli-ahli politik tidak keluarkan kenyataan bodoh dan semuanya bersih.
  • Kerja anda terjamin selamanya, sampai bila-bila.

Kesimpulannya, kalau anda nak tunggu tahun yang sempurna, sampai bila pun tidak akan beli hartanah. Realitinya waktu yang paling bagus untuk beli hartanah adalah waktu krisis dan waktu orang lain tidak berani beli. Sebab kalau waktu krisis pun harga hartanah susah nak jatuh, bayangkan harga hartanah waktu bukan krisis?

SUMBER : MAJALAH NIAGA

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *