4 Strategi Pelaburan Hartanah Yang Pelabur Baru Patut Tahu.

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Untuk Menjadi Seorang Ejen Hartanah

Saya rasa, anda sudah sedia maklum dengan perkara ini.

Suka sekali saya kongsikan pelbagai ilmu yang dibaca dekat anda. Sebab bagi saya, ilmu yang beri manfaat kat saya, juga akan beri manfaat kat anda.

Mana tahu, ilmu yang saya kongsikan ini boleh jadi batu loncatan anda, untuk dapatkan ilmu tentang hartanah yang lebih mantap pada masa depan.

Pelaburan hartanah sebagai salah satu cabang perniagaan.

Ramai yang menganggap harga rumah akan turun pada satu hari nanti.

Cuma, anggapan ini salah sama sekali (melainkan hartanah itu dijual bawah nilai pasaran).

Jadi, game plan menunggu boleh rugikan masa dan duit anda. Sebab harga hartanah akan terus meningkat setiap tahun. Tak mustahil rumah harga kurang RM100K sekarang, naik 2 kali ganda tahun depan.

Kalau terus menunggu, anda sendiri yang akan rugi. Kalau mulakan sekarang, ada lebih banyak peluang yang menanti.

Tapi, apakah strategi yang anda nak gunakan untuk capai matlamat dalam pelaburan ini?

4 strategi yang selalu buatkan sang pelabur untung.

Ini ada 4 jenis strategi yang ramai pelabur gunakan untuk jana untung:

Strategi #1: Konsep beli dan jual.

Ini strategi yang ramai pelabur hartanah gunakan.

Cari dulu hartanah dengan harga yang berpatutan (harga murah). Kemudian, jual balik hartanah itu untuk dapatkan untung.

Ia sama dengan asas perniagaan yang biasa. Beli dengan harga murah, dan jual mahal untuk jana untung.

Ini antara contoh yang senang kita nak faham:

  • Cari rumah lelong yang kita mampu nak beli. Rumah lelong terkenal dengan harga yang cukup rendah, dan ia boleh dijual pada harga semasa. Cuma, korang kena cari ilmu tentang hartanah lelong dulu (termasuk cara kira CHKT) kalau nak untung dan tak nak rugi.
  • Beli rumah yang sedang dalam pembinaan (underconstruction). Biasanya, pemaju akan jual pada harga bawah nilai pasaran. Beli dulu, kemudian jual rumah ini bila dah siap dibina dan dapat kunci rumah.

Strategi #2: Konsep beli, simpan, dan jual.

Anda semua dah sedia maklum, yang harga hartanah akan terus meningkat dari masa ke semasa, kan?

Ini yang boleh anda buat. Cari dan beli hartanah dengan harga semasa (atau bawah harga pasaran), dan simpan dalam satu jangka masa tertentu. Kemudian, jual balik hartanah ini untuk menjana untung.

Anda boleh gunakan strategi ini. Tapi, buat kajian terlebih dulu.

Kaji kawasan hartanah yang korang beli itu ada potensi untuk naik harga atau tak. Contohnya, ada tak pembangunan baru (seperti LRT atau MRT) kat kawasan itu? Ini semua akan jadi sebab sesebuah harga hartanah meningkat.

Tak lupa juga. Anda boleh belajar ilmu CHKT. Sebab ada cukai yang kita kena bayar dalam sesebuah tempoh, bila kita nak jual balik hartanah yang dibeli.

Strategi #3: Konsep beli, baik pulih, dan jual balik. 

Strategi ini sesuai kita pakai bila beli rumah lelong (atau rumah bawah nilai pasaran).

Pernah dengar tak ayat Wahid Senario ini?:

“FUYOO. LUAR MACAM SETINGGAN. DALAM MACAM KONDO!”

Ada banyak rumah lelong yang dijual murah sebab banyak kerosakan atau terbiar tak terjaga. Tak lupa juga akibat daripada faktor bencana alam.

Anda boleh jana untung dengan beli rumah ini, baik pulih dulu kerosakan yang ada, dan jual balik dengan harga yang lebih mahal.

Strategi #4: Konsep beli, simpan, dan dapatkan aliran tunai positif.

Ini juga sebuah strategi yang paling ramai pelabur gunakan, dan ia boleh berikan untung berganda untuk jangka masa panjang.

Kita boleh beli rumah lelong (atau rumah bawah harga pasaran), kemudian kita sewakan.

Sebelum guna strategi ini, rangka dulu pelan tindakan dan kaji peningkatan harga hartanah kat kawasan rumah anda.

Dengan ini, anda akan tahu bila masa yang sesuai untuk jual hartanah itu, dan elakkan bayar CHKT yang tak patut.

Pada masa yang sama, kita akan minum air sambil menyelam. Sebab untung sewaan akan terus-menerus masuk dalam akaun bank anda setiap bulan, hingga tiba waktu anda jual hartanah itu.

Nasihat personal Tuan Amir yang wajib anda semat dalam hati.

Ada banyak lagi strategi dan teknik pelaburan hatanah yang lain. Jadi, anda tak boleh ikut bulat-bulat game plan orang lain, dan orang lain pula tak boleh ikut game plan anda.

Apa salahnya kita raikan perbezaan? Tak perlu nak cakap game plan kita bagus, dan orang lain tak.

Yang terbaik anda boleh buat, adalah menetapkan matlamat yang anda nak capai. Lain orang, dah tentu lain matlamat. Kemudian, belajar konsep, strategi, atau teknik yang bantu capai matlamat yang anda nakkan itu.

Selain itu, anda juga perlu sesuaikan ia dengan kapasiti ekonomi dan kekuatan kewangan anda sendiri.

Ya, cari ilmu dan belajar dulu. Baru anda boleh tahu nak jana untung, dan elak daripada rugi.

Populasi rakyat Malaysia semakin meningkat naik. Kalau tak berusaha nak beli sekurang-kurangnya sebuah hartanah, kasihan kat anak anda nanti. Persaingan dah tentu bertambah sengit pada masa depan.

Pelaburan hartanah tak sentiasa perlukan modal yang tinggi. Cukup sekadar anda tahu apa yang nak dibuat.

Kalau perniagaan lain ada potensi nak turun, hartanah pula tak. Ia sentiasa akan meningkat pada masa depan.

Kawan sentiasa datang dan pergi dalam kehidupan kita. Jadi, mula berkawan dan ber-networking dengan orang yang berkongsi minat dan matlamat yang sama. Anda tak rugi apa-apa pun.

Orang yang beli banyak hartanah, adalah orang yang kejam?

Betul ke? Jadi, anda sanggup lagi menyewa sampai ke tua?

Bagi Tuan Amir, beliau sanggup lagi menyewa dengan tuan rumah bangsa Melayu. Kita masih ada peluang berunding dengan tentang hal berkaitan sewa rumah.

Kalau tak nak jadi penyewa sampai ke tua, mula ubah gaya hidup anda. Tambah dan jana pelbagai sumber pendapatan.

Ini tak. Asal tiba hari minggu, nak berjalan sana-sini. Habiskan duit gaji dengan beli benda yang kita tak perlu, dan akhirnya, menyesal kemudian hari.

Sementara masih muda ni, kawal perbelanjaan anda.

Kumpul duit untuk dibuat modal pelaburan hartanah, dan tangguhkan dulu kehendak anda. Berjimat cermat dalam berbelanja.

Lepas 5 tahun, keuntungan pelaburan korang tu boleh layan dan bayar kehendak anda. Kan lebih indah begitu?

Saya harap, ilmu yang saya kongsi ini berikan manfaat berganda buat anda semua.

Pengorbanan hari ini adalah modal untuk jana keuntungan pada masa depan. Kalau tak mulakan sekarang, sampai bila pun kita tak akan capai matlamat murni ini. Apatah lagi nak jadi kaya satu hari nanti.

Saya percaya, anda boleh buat dan berjaya satu hari nanti. Teruskan perjuangan. Ganbate!

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *