5 CARA KURANGKAN BEBAN BAYARAN BULANAN RUMAH

Ramai di antara kita dan kenalan kita mempunyai masalah dalam membayar bayaran perumahan dengan pihak bank. Ada disebabkan oleh komitmen keluarga, perniagaan sampingan, kesihatan, dibuang kerja dan lain-lain lagi.

Oleh itu saya kongsikan beberapa perkara yang anda boleh lakukan sekiranya anda mengalami masalah terbeban dengan bayaran perumahan anda. Ini adalah teknik asas dan ringkas serta pilihan yang paling mudah yang anda boleh lakukan.

NOTA: ini adalah perkongsian semata-mata. Kajian dan kefahaman tentang teknik ini amatlah diperlukan. Cara di bawah lebih khusus untuk mereka yang BEKERJA sahaja. Yang berniaga kurang sesuai. Selamat membaca dan semoga bermanfaat.

1.Keluarkan KW** Akaun 2 Anda

Pengeluaran KW** akaun 2 hanya boleh digunakan untuk beberapa perkara seperti yang dimaklumkan oleh KW** sendiri. Yang saya ingin kongsikan disini adalah yang berkait dengan hartanah sahaja.

Pengeluaran ini boleh dilakukan sekiranya anda ingin melakukan perkara seperti berikut:

a) Menyelesaikan baki pinjaman hartanah

b) Mengurangkan bayaran bulanan pembiayaan anda

c) Pengeluaran untuk pembayaran deposit rumah anda & kos-kos berkaitan pembelian hartanah

d) Pengeluaran untuk renovasi rumah

Bagi mereka yang membeli rumah jenis “under con” dari pemaju, tiba-tiba anda mengalami masalah kewangan, cuba memohon untuk pengeluaran deposit dahulu. Pengeluaran mestilah kurang dari 3 tahun dari tarikh perjanjian jual beli.

Sebabnya adalah pengeluaran lebih banyak iaitu 10%. Boleh guna untuk struktur kan semula kewangan atau bayar untuk setahun.

Dalam masa yang sama anda boleh memohon pengeluaran untuk support bayaran bulanan anda. Dengan ini beban anda dapat dikurangkan dan ambillah peluang ini untuk strukturkan kewangan anda secepat mungkin.

Faham? Senang kan?

2.Refinance
Cara kedua untuk mengurangkan bebanan anda adalah dengan menggunakan teknik ‘refinance’ ataupun penstrukturan semula pembiayaan hartanah anda. Caranya adalah dengan anda memohon pada bank untuk memanjangkan lagi tempoh pinjaman hartanah anda supaya bayaran bulanan ada direndahkan.

Namun ada beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu iaitu:

  • Peratusan Kadar Faedah
  • Bayaran Penilaian
  • Bayaran Guaman
  • MRTT/ MRTA baharu

Apa yang anda harus lakukan? Pertama, anda sediakan dokumen seperti anda ingin memohon pembiayaan perumahan *dokumen boleh didapati oleh pihak bank. Kemudian isi borang penstrukturan pembiayaan hartanah.

Ketiga, cerita kan niat anda untuk refinance iaitu:

  • Memanjangkan lagi tempoh pinjaman supaya bayaran bulanan direndahkan.
  • Anda rasa terbeban dengan bayaran bulanan yang ada.

Kemudian banker akan mengira kelayakan anda sama ada anda layak atau tidak. Tapi ingat ya. Untuk refinance ini ada beberapa kos yang anda harus tanggung, Namun boleh dimasukkan ke dalam pakej pembiayaan perumahan anda. Kos-kos ini ada saya nyatakan di atas. Jangan lupa tanya banker ya.

Jika anda dapat mengurangkan bayaran bulanan dan berbaloi, anda boleh teruskan. Jika ianya lebih membebankan, saya sarankan untuk anda tidak teruskan dengan refinance ini.

BACA JUGA:  6 LANGKAH YANG PERLU ANDA AMBIL UNTUK MEMULAKAN PELABURAN HARTANAH

MRTT dari bank lama itu boleh cubalah minta claim. Mana tahu dapat sedikit. Boleh cover kos apa yang perlu.

3.Let-Out
Cara let-out ini adalah dengan menyewakan ruang yang ada pada rumah anda. Cara ini dapat membantu mengurangkan beban anda untuk membayar bayaran bulanan kepada pihak bank.

Katakanlah anda memiliki sebuah apartment tiga bilik dan anda masih bujang, cadangan saya adalah anda sewakan per kepala atau per bilik dua bilik yang lain dan anda tinggal di bilik yang anda inginkan.

Sekiranya anda telah berkahwin mungkin tidak sesuai untuk anda gunakan cara ini. Maka saya mencadangkan anda untuk menyewakan sahaja hartanah anda itu dan anda menyewa hartanah yang lebih murah mengikut kemampuan anda. Sekiranya strategi anda baik, hasil sewa dari hartanah anda itu pasti dapat menampung bayaran bulanan rumah sewa yang anda duduk sekarang.

Dah terdesak begitulah. Jika masih dengan perangai ‘high taste’ kita memang susah untuk bantu diri sendiri.

4.Plan B
Meminta anak untuk membeli hartanah anda. Cara ini mungkin sesuai untuk mereka yang berumur 50an ke atas. Dimana anda sudah ingin pencen dan merasakan tidak mampu untuk menampung loan rumah walaupun hanya berbaki 5 tahun sahaja lagi.

Nak guna duit kw** lepas pencen takut tak cukup pula nak tanggung kos selepas pencen. Maka inilah cara yang boleh anda pertimbangkan. Dari pinjaman hartanah anda dahulu bermula dengan RM500K. Selepas 25 tahun berbaki RM200K. So anak buat loan dari RM200K sahaja lah.

Cara ini mungkin tidak sesuai jika ia boleh mendatangkan pecah belah sesama keluarga. Oleh itu, buat pengiraan terperinci terlebih dahulu sebelum gunakan cara ini. Kos seperti kos guaman, penilaian dan lain-lain harus diambil kira.

5.Jual
Cara terakhir adalah menjual hartanah tersebut. Walaupun sayang, tapi inilah cara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan beban anda sekeluarga. Sebelum anda teruskan dengan penjualan hartanah, kenalpasti kos-kos yang anda perlu tanggung seperti:

  • Kos guaman untuk proses jualan.
  • Kos ejen hartanah
  • RPGT/ CKHT (Cukai hasil dari keuntungan jualan hartanah)
  • Tunggakan cukai tanah, cukai pintu, indah water, bil air, bil api, yuran selenggara/ maintenance fees dan lain-lain lagi.
  • Kos pindah milik dari geran induk kepada geran individu/ strata.

Semoga 5 teknik cara di atas ini boleh membantu anda untuk menstrukturkan semula kewangan anda sekiranya anda mengalami masalah dalam membayar bayaran bulanan hartanah anda.

 

SUMBER : SHUKRI ZOHARI

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *