5 Faktor Penting Untuk Pelaburan Hartanah.

Terdapat lima (5) faktor penting yang anda perlu fahami jika ingin membeli rumah atas kapasiti pelaburan hartanah.

1. Kawasan. 

Kredit: The Malay Mail Online

Aspek paling utama dalam industri pelaburan hartanah. Anda harus membuat analisa mendalam akan kebolehan untuk hartanah di kawasan pilihan anda itu menjadi sumber pendapatan anda.

Dalam kata lain, kenal pasti seperti:-

  • Infrastruktur
  • Pusat Beli Belah
  • Pusat Pengajian
  • Kawasan Industri
  • Hospital
  • Pusat Hiburan

2. Seni Bina.

Bangunan yang mempunyai seni bina moden dan futuristik dikatakan mampu menambat hati bakal penyewa anda kerana nilai yang terdapat pada seni bina hartanah tersebut mempunyai maksud dan kelasnya yang tersendiri.

Bangunan yang mempunyai seni bina unik pada kebiasaannya mempunyai lanskap air pancut dan fasiliti kolam renang jenis infinity dan tidak sukar untuk mencari penyewa bulanan mahupun harian menerusi AirBnb.

3. MRT Atau LRT.

Kredit: MRT Corp

Jika anda pernah baca artikel Hartabumi sebelum ini mengenai Beli Rumah Sepanjang Aliran MRT, anda akan mendapati terdapat kelebihan jika anda mempunyai hartanah di sepanjang jejaran laluan MRT.

Hal ini kerana, MRT atau LRT yang telah siap atau sedang dalam pembinaan saat ini memberikan akses jaringan pengangkutan kepada penyewa rumah dan mempunyai hartanah sekitar 2KM dari MRT adalah penting.

4. Bangunan Berintegrasi

Kredit: iProperty

Maksud bagi bangunan berintegrasi ialah sebuah bangunan yang mempunyai lebih dari satu fungsi seperti kediaman, jaringan pengangkutan awam, pusat komersial dan juga pusat beli belah.

Tahun 2018, adalah tidak sukar untuk mencari bangunan berintegrasi seperti ini dan permintaan terhadap hartanah jenis ini kian meningkat.

Contoh bangunan / kediaman berintegrasi ialah D Sara Sentral, Kwasa Damansara dan M101 Skywheel di Kampung Baru (dalam pembinaan).

5. Tarikan Pelancong. 

 

 

Bagi anda yang ingin membuat pelaburan hartanah dan tidak mahu terbatas mendapat penyewa bulanan sahaja, anda boleh cari hartanah di sekitar kawasan tarikan pelancong seperti di Kundasang dan sebagainya.

Hal ini kerana, menerusi Airbnb anda mampu mendapat penyewa harian yang ingin menyewa secara harian atas tujuan merasai keindahan alam dan juga berlibur di kawasan tarikan pelancong tersebut.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  3TIP BELI RUMAH PERTAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *