5 PERKARA PERLU TAHU TENTANG RUMAH PERTAMA

5 PERKARA PERLU TAHU TENTANG RUMAH PERTAMA

 

1# RUMAH PERTAMA UNTUK TUJUAN PELABURAN

Rumah pertama yang dibeli adalah sangat bagus untuk anda jadikan sebagai sumber pendapatan. Hal ini kerana selain anda memperolehi keuntungan dengan kenaikan hargasemasa rumah, anda juga boleh jadikan sumber pendapatan daripada sewa yang dikenakan. Dengan erti kata lain, anda beli rumah orang lain yang bayarkan.
Harga rumah sentiasa naik, sudah ramai kawan-kawan kita yang berjaya membuat keuntungan dengan kenaikan harga rumah. mereka beli rumah waktu murah, dan jual sewaktu harga rumah naik beberapa tahun kemudian.Contoh harga rumah di Shah Alam pada tahun 2006 adalah RM40k, pada tahun 2016 harga rumah telah cecah rm200k. Begitulah keuntungan rumah yang dibeli untuk rumah pertama.

RUMAH PERTAMA adalah untuk pelaburan.

un

2# BELI RUMAH PERTAMA DI BAWAH HARGA PASARAN

Pada tahun 2017, adalah mustahil untuk golongan muda beli rumah. Hal ini kerana, harga rumah yang sangat tinggi dan tidak mampu untuk golongan muda miliki. Oleh itu, mereka haruslah mencari alternatif seperti rumah di bawah harga pasaran (below market value).

Antara rumah di bawah harga pasaran adalah seperti rumah lelong dan juga rumah subsale (rumah second hand).Walaupun rumah subsale dan rumah lelong ada sedikit usang, namun rumah tersebut tetap ada nilai, tetap ada orang nak tinggal. Dan paling penting, jika anda dapat rumah di tempat yang memang hot, memang masyuk la anda. Ini kerana, rumah anda akan sentiasa berpenghuni dan sentiasa ada permintaan untuk sewa. Paling best, anda ada rumah sendiri. Biar la kurang cantik pun, sekurangnya anda ada asset dan tempat berteduh. Dah cat, hias sedikit cantik juga la rumah tu.

Nak tunggu rumah banggalow dan di atas tanah agak sukar melainkan anda mampu danberpendapatan tinggi.

RUMAH PERTAMA adalah bawah harga pasaran.

3# RUMAH PERTAMA ADALAH KECIL

Anda bayangkan waktu anda mula-mula berkeluarga, Hanya isteri dan anak sahaja, anak masih kecil. Dan waktu anda masih bujang, rumah anda mesti lah bersaiz kecil. Rumah bersaiz kecil dan yang sesuai dengan bajet adalah rumah apartment dan juga rumah teres 1 tingkat.
Walaupun rumah bersaiz kecil, tapi modal untuk beli rumah adalah besar juga. contoh harga rumah mampu milik adalah RM100000, agak-agak kalau 15% deposit mestilah RM15000 kan. RM15000 tu agak besar dan agak sukar juga untuk dicari pada usia muda.
Untuk permulaan dengan hidup bujang dan keluarga kecil, memadai dengan rumah pertama yang kecil. Ini kerana kalau hendak beli rumah besar di atas tanah agak sukar untuk beli dan menjadikan anda menangguh-nagguhkan urusan beli rumah.

RUMAH PERTAMA adalah kecil.

4# BELI RUMAH PERTAMA SEBELOM BELI KERETA

Ramai kawan-kawan kita yang lepas graduate dari universiti, perkara pertama yang mereka nampak adalah kereta. Namun mereka tidak pernah nampak untuk beli rumah.
Hal ini sangat merugikan mereka dimana apabila mereka beli kereta mereka tiada hasilyang diperoleh.Manakala apabila mereka membeli rumah, mereka boleh sewakan rumahtersebut dan hasil sewaan boleh digunakan untuk bayar kereta.
 

RUMAH PERTAMA adalah sumber pendapatan

5# RUMAH PERTAMA CASH SEBELUM KAHWIN

Semua orang mahu kahwin, dan jumlah perbelanjaan untuk kahwin meningkat saban hari.
Ada orang, nak kahwin, mereka buat loan, ada juga yang kumpul duit untuk perbelanjaan kahwin.
Namun, anda juga boleh dapat modal untuk kahwin dengan rumah pertama. Simple sahaja, kata kan anda plan nak kahwin tahun depan ataupun 2 tahun akan datang. Apa yang anda perlu buat adalah anda beli rumah pertama yang anda mampu,dan anda lihat harga rumah anda setahun akan datang. Ada duit x?ada untung x?boleh buat modal kahwin tu.hehe
Anda ada duit untuk kahwin dengan keuntungan market value harga rumah sudah naik selama setahun.

RUMAH PERTAMA boleh buat modal kahwin.

.

Itu adalah serba sedikit cerita tentang rumah pertama yang dapat saya kongsikan pada anda. Anda perlulah usaha dan buka minda untuk cari rumah pertama kerana tak rugi anda beli rumah.
Walaupun rumah buruk, dah ade duit, cat cantik juga. Harga pun tak jatuh,malah untung lagi.
Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *