5 Sindiket Yang Mudah Dipercayai Rakyat Malaysia

5 Sindiket

Malaysia merupakan negara yang kuat dari segi ekonomi dan socio-status. Akan tetapi, kita mendengar khabar tentang sindiket penipuan yang sering berkesan terhadap rakyat kita. Fenomena ini bukan kerana kita kurang sedar tetapi disebabkan sindiket ini kelihatan meyakinkan. Penipu semakin pintar menipu orang.

Jangan risau. Mari kita maklumkan 5 sindiket penipuan utama di negara ini.

1. Penipuan Panggilan Bank
Kami mengutamakan sindiket ini kerana ia adalah kejadian yang paling dipercayai dan paling kerap berlaku. Ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa perangkap ini setiap hari. Penipuan bermula dengan panggilan telefon, biasanya dari landline atau nombor tersembunyi. Orang di sebelah talian memberitahu anda bahawa dia berkerja di bank peribadi anda. Dia kemudian akan memberitahu anda salah satu daripada yang berikut:

Seseorang telah membuat transaksi di suatu tempat dengan kad anda.
Anda mempunyai bayaran yang belum dijelaskan (pinjaman kereta, pinjaman rumah, dan lain-lain).
Terdapat tawaran hebat untuk penjimatan yang lebih tinggi untuk masa yang terhad sahaja. Daftar sekarang.
Caranya ialah mendapatkan butiran bank anda bersama-sama dengan butiran telefon anda. Penipu ini mengambil butiran anda dan menggunakannya untuk menggodam akaun anda atau menjual maklumat peribadi kepada pihak lain. Jika anda mendapat panggilan ini, potongkan panggilan serta-merta.

2. Skim Cepat Kaya
Sejak tahun 1980-an, ramai rakyat Malaysia mempunyai perniagaan sampingan untuk menyokong gaya hidup mereka dari segi kewangan. Mujurlah ada ramai yang telah mendapat rezeki secara sah dengan perniagaan Amway, Shaklee, Rainbow, Cosway, dan lain-lain. Ramai juga yang terpesong dengan skim cepat kaya.

Perniagaan secara piramid (pyramid scheme business) menggunakan hieraki untuk menjadi kaya. Hanya daftar sebagai ahli dan galakkan rakan-rakan dan keluarga anda buat sedemikian, akan menjadi kaya. Rupa-rupanya, kebanyakan “perniagaan” ini akan tutup tiba-tiba.

Sesetengah perniagaan ini juga menjual idea kerja dari rumah. Skim cepat kaya sebegini memujuk sikap malas untuk mendapat duit yang banyak.

3. Sindiket Putera Afrika
Betapa gila idea ini, sindikat putera Afrika telah menipu ramai di Malaysia. Taktik ini bermula dengan e-mel yang tidak berbahaya dari seseorang rakyat Afrika. Pengirim mengatakan bahawa dia mempunyai bapa yang merupakan royalti di Afrika. Ayahnya telah meninggal dunia dan dia memerlukan wang untuk dimasukkan ke dalam akaunnya.

Dia kemudian meminta anda untuk memindahkan wang melalui deposit banknya untuk membebaskan akaunnya. Jumlah yang agak kecil katanya, RM10,000 sahaja. Beliau berkata selepas akaun ayahnya tersedia, dia akan memindahkan RM100,000 kepada anda. Taktik ini menyerang sisi lembut setiap orang.

Adalah mudah untuk mengelakkan ini. Anda boleh menetapkan keutamaan e-mel anda untuk menghantar e-mel spam seperti ini ke dalam folder sampah sebaik sahaja ia masuk ke peti masuk anda.

BACA JUGA:  Stok hartanah tidak dijual beri impak kepada pemaju

4. Penipuan Visa Pelancong
Rakyat Malaysia suka melancong ke Australia. Tetapi apabila memohon visa pelancong ke Australia, anda perlu berhati-hati terhadap penipuan besar. Perkara pertama yang kita lakukan ialah mencari dalam talian untuk memulakan proses visa. Tetapi terdapat banyak laman web yang dakwa mempercepatkan proses visa anda dengan harga yang lebih rendah.

Oleh kerana Australia sangat ketat dengan dokumen imigresen, anda ingin menggunakan cara yang sah untuk mendapatkan visa anda. Anda tidak mahu terjebak di imigresen apabila anda sampai ke Australia terutamanya jika anda dating dengan keluarga anda.

Untuk mengatasi kemungkinan masalah ini, anda hanya boleh membuat aplikasi visa melalui Pesuruhjaya TInggi Australia dengan email visakl@dfat.gov.au.

5. Sindiket Loteri
Seiras skim cepat kaya, sindiket loteri menggalakkan anda melabur wang untuk mendapat ganjaran yang besar secepat mungkin. Kemenangan loteri bergantung kepada probabiliti anda untuk teka nombor loteri yang betul. Biasanya nombor ini adalah nombor 4 atau 6 digit. Kebarangkalian kemenagan anda adalah berjuta kali ganda kurang daripada anda melabur wang itu.

Dalam beberapa kes, anda akan dipanggil oleh seorang anggota dari syarikat loteri. Mereka akan maklumkan bahawa anda telah memenangi hadiah lumayan dan hanya perlu deposit duit (beratus Ringgit) ke dalam akaun mereka. Begitulah duit anda akan dirampas dan anda akan ditipu.

Untuk mengatasi masalah sindiket dan kes penipuan di Malaysia, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa dan sindiket-sindiket yang kian beroperasi.

sumber : majalah labur

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *