5 Soalan Wajib Untuk Pembeli Semasa Berurusan Dengan Ejen Hartanah

Semasa viewing appointment bersama ejen hartanah (pastikan berurusan dengan ejen hartanah yang mempunyai REN tag) dan sebelum anda bercadang untuk membuat bayaran booking. 5 soalan berikut merupakan tips membeli rumah yang boleh digunakan untuk memberi gambaran lebih mendalam berkaitan hartanah tersebut:

1. Jumlah Deposit Yang Diperlukan

Secara asasnya, deposit yang diperlukan adalah 10% daripada harga yang dipersetujui. Tetapi, terdapat juga owner yang tidak terlalu strict berkaitan dengan jumlah deposit tersebut. Kerana yang penting bagi pihak mereka (owner), rumah tersebut berjaya dijual.

Sebagai contoh, jika anda tidak mempunyai cash in hand yang cukup untuk deposit sebanyak 10%. Tetapi anda berkelayakan untuk membuat pinjaman sebanyak harga yang dipersetujui. Dengan kebenaran daripada pihak owner, jumlah deposit dapat dikurangkan daripada 10% ke 5% (contoh).

Selain itu, dengan mengetahui jumlah sebenar deposit yang diperlukan. Ia memudahkan anda untuk merancang kewangan dari segi total entry cost yang diperlukan untuk membeli hartanah tersebut. Tidaklah nanti anda terkapai-kapai mencari duit untuk menampung kos-kos lain yang terlibat.

2. Harga Sewa Semasa

Jangan terlalu confident bahawa anda akan selamanya menghuni hartanah tersebut selama-lamanya. Mungkin nanti disebabkan oleh faktor-faktor tertentu, anda terpaksa berpindah lokasi atas faktor pekerjaan (contoh). Pastikan hartanah tersebut mempunyai nilai sewaan yang baik jikalau anda terpaksa menyewakan hartanah tersebut dikemudian hari. Ini dapat mengurangkan kos pembayaran atau komitmen bulanan anda.

3. Penilaian Dari Pihak Bank

Jumlah pembiayaan atau pinjaman yang dibenarkan oleh pihak bank adalah 90% daripada nilai pasaran. Pastikan harga yang dipersetujui sekurang-kurang bersamaan dengan nilai pasaran. Jikalau harga tersebut menjangkaui daripada nilai pasaran, total deposit yang diperlukan bukan lagi 10%, berkemungkinan 15% atau 20% daripada harga yang dipersetujui. Ini bermaksud anda perlukan extra cash untuk membeli hartanah tersebut.

Terdapat perbezaan daripada nilai pasaran(market value) dengan harga pasaran(market price).

4. Sebab Utama Rumah Hendak Dijual

Untuk memastikan proses jualbeli berjalan lancar tidak menyebabkan anda sakit kepala atau kerugian wang ringgit. Anda perlu mengetahui secara dasar mengapa rumah tersebut hendak dijual. Pastikan rumah tersebut dalam keadaan yang tidak mempunyai masalah.

Antara contoh masalah adalah rumah tersebut dalam proses lelongan bank atau owner sudah diisytiharkan muflis dan sebagainya.

Kesulitan akan berlaku jika proses jual beli diteruskan.

Ya betul. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Tetapi, anda disarankan untuk mendapat nasihat pihak ketiga sebagai contoh peguam hartanah atau ejen hartanah yang berpengalaman berkenaan hal ini.

5. Pembangunan Di Kawasan Sekitar

Menjadi satu kelebihan kepada  hartanah yang berada dilokasi yang rancak dengan pembangunan. Nilai sewaan mahupun nilai pasaran akan meningkat dengan drastik seterusnya memberi pulangan yang menguntungkan untuk anda di kemudian hari.

BACA JUGA:  LANGKAH & LALUAN MENJADI EJEN TAKAFUL / INSURANS
Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *