7 Kelebihan Membuat Pelaburan Hartanah

real-estate-investing.jpg

1) Terbukti Boleh Melawan Inflasi Untuk Jangka Masa Panjang

Memang tidak boleh kita nafikan lagi, harga hartanah akan sentiasa naik jika pemilihan lokasi hartanah anda tersebut adalah tepat.

Semakin lama anda menyimpan hartanah anda tersebut, dalam masa yang sama juga semakin meningkatnya kadar inflasi (nilai harga barang), nilai hartanah anda turut akan melonjak naik.

 

Ini belum lagi diambil kira dengan permintaan tinggi di lokasi tersebut dan dalam masa yang sama kekurangan tanah. Pasti pulangan pelaburan hartanah anda ini akan buatkan anda tersenyum lebar sepanjang masa 🙂

2) Anda Mampu Menikmati Pendapatan Sewa – Pendapatan Pasif

Inilah ‘syurga dunia’ setiap pelabur hartanah. Sementara menunggu nilai hartanah milik anda meningkat, anda boleh sewakannya.

Tahukah anda, pada hari ini, hartanah yang bernilai RM100,000 senang-senang anda boleh sewakan RM500 atau lebih sebulan.

Bayangkan anda ada 2, 3 atau lebih buah hartanah yang memberikan anda pendapatan sewa bulanan RM500 minimum setiap satunya. Bukankah ianya sudah mampu menyamai gaji bulanan kerja tetap anda?

3) Boleh Jadikan Cagaran Untuk ‘Emergency Case’

Anda memerlukan wang daripada pihak bank disaat-saat ‘kritikal’ anda?

Usah risau, dengan hartanah milik anda sendiri, anda boleh jadikannya sebagai cagaran dan gadaian untuk anda buat pinjaman wang di bank.

Pihak bank pasti akan tersenyum lebar dan mengalu-alukan untuk meluluskan dengan mudah pinjaman anda.

4) Satu-Satunya Jenis Pelaburan Boleh Anda ‘Guna-pakai’

Dengan hartanah seperti rumah, anda boleh ‘gunakannya’ untuk kegunaan sendiri anda disaat anda memerlukannya. Anda boleh duduk dan tinggal di dalamnya.

Bandingkan dengan saham atau emas, bolehkan anda ‘duduk’ di dalamnya?

5) Boleh Miliki Pada Kos Minima, Tapi Nilai Maksimum

Untuk membeli sesebuah hartanah yang bernilai ratusan ribu Ringgit, anda cuma perlu sediakan 10% sahaja sebagai wang pendahuluan. Yang selebihnya, pihak bank akan dengan rela-hati memberi anda pinjaman.

Malah, sekarang anda boleh dapatkan pinjaman 100% – inilah yang akan kita kupaskan lebih mendalam, Pelaburan
Hartanah TANPA modal!

6) Boleh Dinaiktaraf Seterusnya Meningkatkan Nilai

Satu lagi kelebihan yang tidak terdapat pada mana-mana jenis pelaburan lain.

Anda boleh naiktaraf sesebuah hartanah anda dengan mencantikkannya seperti mengecat, membuat renovation kecil, memasang kabinet dan sebagainya.

Setelah itu, nilai hartanah anda tersebut akan meningkat naik dengan mendadak seterusnya anda mampu menjualnya dimasa hadapan dengan harga jauh lebih tinggi.

7) Sebagai Jaminan Hidup Masa Depan Lebih Tenang

Anda tidak perlu lagi risau berurusan dengan tuan rumah yang ‘bengis’ atau secara tiba-tiba anda ‘dihalau’ keluar oleh tuan rumah yang anda sewa tersebut.

Dengan hartanah milik anda sendiri, segala kawalan pemilikan terletak di tangan anda. Dari situ anda boleh membina kehidupan keluarga yang lebih tenang dan stabil.

 

Sumber : Pelaburan Hartanah Tanpa Modal 

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *