7 PERKARA ANAK MUDA PERLU TAHU SEBELUM MEMULAKAN PELABURAN HARTANAH

Pelaburan hartanah

Nak memiliki hartanah bukanlah sesuatu yang mudah tetapi tidaklah begitu susah jika anak muda tahu strategi dan caranya.

Jom tengok cara-cara yang Tuan Amir Syahir kongsikan di bawah;

***

1. Simpan Simpan Simpan
Simpan di tempat yang boleh gandakan wang korang. Contohnya Tabung Haji dan ASB. Kalau simpan dalam bank hanya pulangan dividen 3%-4%.

2. Beli Rumah Harga Murah
Dengan gaji yang masih kecil, kau orang beli dulu rumah apartmen berharga di bawah RM150K. Susah nak jumpa? Buka Mudah.my sekarang.

3. Kira Kelayakan Pembiayaan
Belajar kira berapa jumlah pembiayaan perumahan bank boleh beri berdasarkan Debt Service Ratio (DSR). Jika kau ada komitmen hutang kereta, kad kredit dan pembiayaan peribadi, DSR kau memang kelaut. Cubalah baiki dulu.

4. Jangan Terburu-buru
Kau orang tengok ada orang banyak rumah. Kau jangan terburu-buru. Baiki dulu CCRIS dan profil kewangan semua.

5. Tambahkan Ilmu Hartanah Yang Asas
Dari masa ke semasa belajarlah ilmu hartanah yang asas. Kau orang beli rumah lelong rugi. Orang lain beli untung. Ada orang beli unit untuk disewakan, kau beli rugi. Jadi, ilmu itu penting. Nama lagi pelaburan. Ia ada risiko yang tersendiri. Dengan ilmulah kau boleh elakkan daripada terdedah risiko.

6. Jangan Cepat Putus Asa
Jika unit kau berminat sudah disambar orang, usah risau dan cepat berputus asa. Banyak lagi rumah. Usaha lagi okay.

7. Dapatkan Nasihat Pakar / Orang Berpengalaman
Belajar daripada yang mahir dalam bidang hartanah ini. Tanya pendapat mereka sebelum buat apa-apa keputusan. Ada juga syarikat yang berlindung disebalik skim pelaburan perumahan yang memang menipu duit orang. Kena hati-hati juga supaya tak masuk perangkap.

***

Belilah rumah dengan segera walaupun rumah busuk, terbiar, kecil atau sederhana. Satu sahaja pun tidak mengapa daripada terus menerus merungut rumah mahal setiap masa.

Utamakan keperluan dan lupakan kemahuan. Hiduplah di bawah kemampuan. Lupakan semua kemewahan terlebih dahulu.

Moga bermanfaat.

Sumber;propertybah.my

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  7 KELEBIHAN MEMBUAT PELABURAN HARTANAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *