8 TIPS MENDEDAHKAN MINAT ANAK-ANAK TERHADAP HARTANAH

Bagaimana Hebat Realtors Membantu Penjual Hartanah

1 – Pelajaran

Selain penekanan ilmu agama, ibu bapa saya sentiasa menitik beratkan pelajaran anak mereka. Macam-macam mereka masukkan saya ke drawing class, computer class, English class, speech class, tae kwan do, mengaji dan juga tuition. Jika boleh, mereka mahu saya explore dalam banyak bidang.

Pengajaran : Asah bakat anak dan bagi anak terdedah dengan dunia luar untuk build self esteem dan confidence. Apabila anak interaksi dengan rakan sebayanya, secara tidak langsung mereka akan belajar soft dan communication skills.

2 – Persekitaran

Disebabkan jadual saya sangat padat dengan pelbagai kelas tersebut, saya hanya dapat pulang ke rumah pada pukul 10 malam, iaitu selepas habis tuition. Tempat transit saya antara sekolah rendah – sekolah agama – tuition adalah di pejabat mereka. Saya makan, mandi dan berehat di pejabat mereka.

Pengajaran : Saya didedahkan dengan persekitaran kerja di pejabat dan diasuh untuk tahan dan bersabar dengan kepenatan.

3 – Pendedahan

Ibu bapa selalu membawa saya mengikut mereka bekerja dan berjumpa pemaju, lawyers, bankers dan clients. Selain itu, mereka selalu membawa saya pergi ke bank, pejabat pemaju, show gallery, launching event dan juga site office.

Pengajaran: Dari situ saya perhati cara mereka berintaksi dan negotiate. Dari sini lah saya didedahkan dengan terma-terma hartanah pada umur yang sangat muda.

4 – Asah Pengetahuan Am

Ayah gemar berborak dengan saya topik yang sangat berat untuk dihadam di waktu itu umur sekitar 9-15 tahun. Iaitu topik ekonomi dan pembangunan.
Pengajaran: Walaupun topik agak membosankan, bagus untuk general knowledge anak-anak. Sebagai tip, buka topic ni masa dalam kereta. Nak tak nak, anak ’terpaksa’ dengar.

5 – Pengurusan Wang

Selain itu, ayah memang mengajar menabung dari kecil. Beliau akan beri allowance seminggu dan mengajar set target berapa boleh belanja dan berapa untuk simpan. Akhir tahun, ibu akan bawa pergi kembank untuk simpan duit. Beliau akan menunjukkan buku bank dan terangkan satu per satu duit yang ada dalam bank dan dividend yang dapat.

Pengajaran: Didik anak pengurusan wang pada usia yang muda. Pengurusan kewangan sangatlah penting dalam property investment.

6 – Pengurusan Masa

Ayah saya sering menyuruh membuat jadual harian yang komprehensif dan lekat dekat dinding untuk semua nampak. Masa itu rasa terkongkong sangat sebab hidup diatur setiap minit.

Pengajaran: Dalam property industry, time management dan strategi adalah penting.

7 – Pelaburan Hartanah – Sewa
Ibu bapa sering membawa saya untuk bersih dan furnish kan rumah mereka yang untuk disewa. Apabila peneywa nak masuk unit untuk disewakan itu, mereka akan membawa saya sekali.

Pengajaran : Belajar skill interior design. Selain itu mereka mengajar saya tentang investment in property untuk mendapat rental income. Mereka menerangkan kepada saya dengan bahasa yang senang untuk saya fahami. Kita (owner) kena bayar duit di bank kerana kita pinjam duit bank untuk beli rumah. Tapi bila ada penyewa yang duduk rumah sewa tersebut, mereka yang tolong bayarkan untuk kita (owner).

BACA JUGA:  JANA RM2,000 SEBULAN DENGAN HARTANAH TANPA PERLU ADA HARTANAH

SUMBER : MAJALAH NIAGA.

8 – Memperluaskan kosa kata hartanah
Bila berjalan ke sebuah kejiranan, ajar anak jenis-jenis hartanah serta sifat mereka. Antara kategori adalah: jenis rumah, fasiliti dan sebagainya. Apabila kita mengajar tentang jenis jenis hartanah, kosa kata anak-anak akan lagi luas.

i. Contoh jenis hartanah:

Bungalow, Semi-D, Corner Lot, End lot, Zero Lot, Town House, Terrace House, Service Residence, Office Tower, Duplex, Penthouse, Shopping Mall, dan lain-lain. Tapi ingat, terangkan dengan ayat paling mudah. Contoh: Semi-D – rumah yang cantum di tengah.

ii. Contoh fasiliti:

Guard house, swimming pool, infinity pool, wadding pool, gym, jacuzzi, hammock, gazebo, dan sebagainya.

iii. Lain-Lain

Cul de-sac, ingress, egress, living room, master bedroom, pantry, car porch, basement dan sebagainya.

Sebagai konklusi, ibu bapa boleh menanam rasa minat terhadap hartanah sewaktu anak masih kecil. Paling penting, gunalah bahasa yang senang untuk anak kecil faham. Terapkan pendidikan tidak formal ini dalam suasana yang ceria, anak pun tidak akan perasan yang mereka sedang belajar.

 

SUMBER: SURIEMPIREPREGTIGE

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *