ADAKAH HARTANAH BOLEH MENJADI MULTIVITAMIN KEPERLUAN PELABURAN

image_prodprod430037_white450px.jpg

 

Dalam mencari kunci kepada kejayaan dalam pelaburan, anda amat memerlukan penasihat kewangan dalam kata lainnya untuk mengurangkan risiko kerugian pelaburan.

Pelaburan yang seimbang seiring dengan ekuiti yang bagus, pendapatan yang tetap bersama wang tunai dipisahkan pula kepada bahagian-bahagian seperti faktor umur pelabur, keperluan gaya hidup mereka dan risiko dalam bertoleransi adalah ‘emas’ dalam pencapaian jangka panjang didalam mencapai kekayaan.

Tetapi, bagaimana pula dengan hartanah?

“Dianggarkan dua pertiga daripada rakyat Kanada yang memiliki kediaman sendiri sudah pun menjadi orang kaya hartanah,” menurut Kevin Macleod, seorang perancang kewangan memegang jawatan penasihat Money Management Wealth berpangkalan di Calgary.

“Orang ramai tidak menyedari bahawa hartanah boleh menjadi salah satu daripada pelaburan yang bagus apabila mereka menjadi pemilik rumah. Mereka juga tidak sedar, mereka terdedah dengan aset berkelas,” katanya lagi. “Malahan, ada juga orang yang tidak mempunya kewangan yang kukuh tetapi kaya dari segi hartanah.

Diatas perkara inilah, apabila penasihat membantu pelanggan mereka membuat strategi pelaburan, mereka mengalih kekayaan daripada hartanah utama kepada beberapa kategori yang berasingan, kemudiaannya terus kepada aset yang masih ada. Mereka perlu tinggal di suatu tempat, jadi menjual rumah jarang menjadi pilihan mereka.

“Setelah aset diasingkan, kebanyakan pelabur Kanada kurang didedahkan tentang hartanah yang mampu membawa kembali keuntungan kepada mereka,” menurut Brian Himmelman, Presiden Halifax-Himmelman & Associates Financial Advisors Inc.

“Bukan semua penasihat memahami hartanah,” tambahannya lagi. “Malahan, pelabur yg sedia kaya juga, boleh mengukuhkan pelaburan mereka melalui pelaburan hartanah.”

Selain daripada itu, ramai perancang kewangan menyatakan jika gagal untuk mengurangkan risiko kerugian dengan menggunakan hartanah ia bukan sahaja mengorbankan idea untuk mengurangkan risiko tersebut, tetapi ia juga menyebabkan keuntungan jangka panjang seseorang terakru.

Dalam menentukan jenis pelaburan hartanah secara asasnya adalah lebih kepada keputusan persendirian.

Sesetengah pelabur meraih kekayaan dengan memiliki hartanah sewaan. Mereka mencari dan membeli hartanah yang betul, mencari dan mengekalkan penyewa, mengutip sewa, mengekalkan hartanah dan lain-lain. Kebanyakan tugas ini diberikan kepada syarikat pengurusan hartanah tetapi perkara ini hanya mengurangkan untung.

Walaupun hartanah sewa yang diselenggarakan dengan baik di kawasan yang betul boleh membawa kepada keuntungan berlipat ganda, ia juga boleh menjdi satu pelaburan yang berisiko. Seperti yang diketahui oleh tuan tanah, dengan hadirnya beberapa penyewa yang teruk, malah menangguhkan bayaran sewa sehingga sebulan dua lalu menjejaskan kewangan tuan tanah.

Anda sendiri tidak pasti jika anda sesuai untuk memiliki dan mengurus hartanah sewa? Encik Macleod mencadangkan ujian tekanan yang mudah: Mampukah anda hidup beberapa bulan tanpa pendapatan daripada hartanah anda dan masih menanggung hutang dan kos pengelenggaraan yang lain? Bagi mereka yang menjawab “tidak”, cara terbaik adalah dengan melaburkan duit mereka ke tempat lain.

BACA JUGA:  Anda berminat untuk buat duit dalam pasaran hartanah secara pasif?

“Terdapat banyak masalah pengurusan yang tak semestinya kita ambil kisah dalam membuat keputusan pelaburan,” kata Matthew Bacchiochi, Portfolio Manager, Gavin Management Group Inc. di Toronto.

“Anda perlu lihat kadar permodalan dan kadar pulangan (atas hartanah pelaburan), kemudian bandingkan dengan pelaburan sedia ada,” katanya lagi. “Jika bangunan pangsapuri menawarkan pulangan 4 peratus, tetapi pelaburan lain seperti dana pelaburan menawarkan pulangan 10 peratus, maka pelaburan itu bertambah baik,” tambahnnya lagi. Maka anda tak perlu risau dalam menukar cek atau mendapat panggilan paip rosak di tengah-tengah malam.

Oleh itu, kebanyakan penasihat memberi pandangan dalam mengurangkan risiko kerugian, mereka perlu melabur di dalam REITs, atau amanah pelaburan hartanah iaitu organisasi yang memiliki dan mendapat pendapatan daripada menguruskan hartanah seperti pejabat komersial, pangsapuri dan kilang secara bijak. Pelaburan ini menawarkan peluang untuk memiliki saham dalam pelbagai jenis pendapatan hartanah walaupun di kawasan geografi yang berbeza.

“Menurut Sejarah, REIT juga memberikn pulangan pendapatan di atas purata 8 peratus kepada 12 peratus,” menurut Mr. Himmelman lagi.

Namun, ganjaran- ganjaran ini pasti diikuti dgn risiko yang tinggi.

“Boleh dikatakan REIT lebih kepada duit pencen: ia bukanlah boleh didapatai kurang daripada 5 tahun kerana ia sangat berisiko. Bagi kebanyakan pelabur jangka panjang, tempoh yang paling sesuai adalah dalam 10 hingga 20 tahun.

Seperti mana-mana pelaburan, pendekatan yang terbaik adalah penyesuaian pelabur itu sendiri. MR. Himmelman biasanya menyesyorkan kepada pelanggannya, keuntungan saham hartanah adalah antara 10 peratus hingga 20 peratus.

Ia adalah nisbah yang sentiasa menaik untuk semakan atas perubahan dalam pasaran.

“Sama seperti anda memakan diet yang sihat,” tambahnya lagi. “Anda tidak semestinya mengambil multivitamain, tetapi jika ia hilang maka anda akan perlukan ia untuk menaikkan ia semula ke tahap yang tertentu.

 

Sumber: COACHHARTANAH

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *