Anda berminat untuk buat duit dalam pasaran hartanah secara pasif?

 

1. Melabur dalam pasaran hartanah secara tradisional dan dapatkan bantuan daripada pengurus hartanah.
Dalam menjalankan urusan hartanah secara pasif, anda tidak memerlukan perkara-perkara yang luar biasa. Jika hartanah dapat memberikan anda aliran tunai yang positif selepas anda membayar cukai, penyelenggaraan, insurans, hasil daripada kutipan sewa dan anda masih lagi mempunyai sedikit wang, anda telah membuat pelaburan yang betul. Jadi, untuk membuatkan pelaburan ini menjadi lebih menarik, anda perlu melantik seorang pengurus hartanah. Pengurus ini akan sentiasa melakukan pemeriksaan, mengutip sewa dan menguruskan penyewa.

Kelemahannya, anda perlu membayar pengurus ini hasil daripada pulangan sewa rumah, dianggarkan 8-12 peratus daripadanya. Kelemahan yang lain pula, dalam urusan penjualan rumah, anda perlu membayar bayaran muka terlebih dahulu, seperti yang kita jangkakan. Keadaan ini mungkin bukan cara yang terbaik atau cara yang paling mudah untuk mendapatkan pendapatan pasif tetapi ia berkemungkinan menjadi salah satu hartanah yang menguntungkan.

2. Pelaburan hartanah seluruh negeri.
Anda telah melantik pengurus atau syarikat hartanah untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan penyelengaraan dan penyewa. Anda juga boleh melabur dalam hartanah dalam negara anda sendiri. Ia akan membuat anda senang untuk melabur kerana terdapat banyak pilihan hartanah dan pasaran. Kawasan yang bagus untuk pelaburan adalah kawasan dimana kadar penganggurannya rendah, ekonomi setempatnya bagus dan pasaran sewa dengan penduduk setempat yang ramai.

3. Pelaburan bersama rakan kongsi.
Jangan sesekali melakukan kerja ini sendiri jika ingin mendapatkan duit secara pasif dalam urusan hartanah. Berkongsi idea dan pengalaman kerana rakan kongsi anda mungkin mempunyai perspektif yang berbeza, begitu juga dengan pengalaman mereka. Mereka boleh membantu anda dalam membuat keputusan jika anda perlu melabur atau tidak dalam pasaran tertentu. Begitu juga dengan pembelian sesetengah hartanah yang agak mahal, melalui perkongsian ini segala kos akan ditanggung bersama.

Dengan adanya rakan kongsi, risiko dan tanggungjawab dapat digalas bersama. Apabila kedua pihak mula memberi tumpuan terhadap pelaburan yang berbeza, salah seorang mungkin dapat keputusan yang lebih rendah. Jika segalanya mengikut apa yang dirancangkan, anda dan rakan kongsi anda akan dapat pulangan yang memberangsangkan.

4. Melabur ke dalam Amanah Harta Tanah PNB.
Ramai tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mendapatkan duit melalui pelaburan yang besar seperti projek perumahan, bangunan pencakar langit, pusat membeli belah dan lain-lain. Jawapannya adalah Amanah Harta Tanah PNB. Ia merupakan syarikat yang membeli pelaburan hartanah secara besar-besaran seperti yang disebut tadi. Menariknya mengenai amanah harta tanah ialah setiap tahun mereka akan memperuntukkan 90 peratus dividen kepada pelabur. Tetapi, dividen ini dikenakan cukai sama seperti pendapatan biasa.

5. Melabur ke dalam ‘crowdfunding’ harta tanah.
Jika anda adalah seorang pelabur yang bertauliah, anda boleh melabur ke dalam ‘crowdfunding’ harta tanah. Crowdfunding harta tanah adalah diantara pelaburan hartanah yang aktif dan pasif. Ia aktif kerana pelabur boleh membuat keputusan sendiri tanpa ada campur tangan dari pihak syarikat. Selain daripada itu, kebanyakannya adalah pasif.

BACA JUGA:  Kelebihan melantik REN untuk urusan hartanah yang anda perlu tahu

Sebagai contoh, seorang pelabur boleh melabur dalam kadar rendah, katakan dalam RM20000, dan beliau masih mendapat pulangan yang tinggi. Tambahan pula, beliau tidak dikenakan cas pengurusan dan sewaan. Kelebihan lain dalam pelaburan ini ialah pelabur mendapat kelebihan dalam cukai kerana pemilikan harta, tidak seperti amanah harta tanah. Crowdfunding adalah cara yang sesuai dan kreatif dalam membuat duit secara pasif melalui hartanah.

6. Pelaburan dalam hartanah yang pelbagai.
Melabur didalam hartanah yang pelbagai sementara mempunyai pekerja yang sedikit pada setiap kediaman akan membawa pulangan yang tinggi. Perkara ini boleh digunakanpada setiap yang dikatakan tadi.

 

SUMBER: STASHAWAY

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *