SPECIALITY RUMAH PELABURAN DI 4 LOKASI INI

confusion.man_.jpg-2.1.17-640x437.jpg

 

Lokasi hartanah antara salah satu topik hot yang selalu pelabur bincangkan.

Susah kita nak rugi dalam pelaburan ini kalau beli dekat tempat yang betul.

Dan kita boleh pastikan sesuatu hartanah tu boleh buat banyak untung, walaupun dibeli pada harga yang murah.

1: Pernah tak kaji harga rumah dekat kawasan komersial?

Hartanah yang dekat dengan pusat komersial mega atau kompleks membeli-belah ada nilai yang tinggi. Cuba anda kaji harga rumah yang dekat dengan mall seperti MidValley, KLCC, Pavilion atau sebagainya. Susah nak cari yang harga murah, betul?

Kalau ada pelan nak beli rumah kat kawasan ini dengan harga murah, kaji projek mega yang sedang dalam perancangan atau pembinaan. Lepas dah dapat tahu apa yang perlu, beli rumah yang dekat dengan kawasan projek ini cepat-cepat.

Buat masa sekarang, ini adalah antara projek kompleks membeli-belah kat negara ini:

The Two, Rawang,
Pavilion 2, Bukit Jalil,
KSL Mall, Klang,
Fox Studios, Genting Highlands.

2: Nilai rumah apa pun senang naik bila beli dekat kawasan “ini”

Kemudahan pengangkutan awam juga salah satu sebab permintaan hartanah meningkat di sesuatu kawasan.
Anda perlu ambil contoh kemudahan MRT yang dah beroperasi sekarang ni.

Banyak rumah flat kos rendah yang terletak dekat dengan stesyen MRT naik harga secara mendadak. Walaupun rumah ini berstatus low cost, tapi lokasi yang strategik jadi sebab rumah ni meningkat dari sudut harga jualan.

Projek pengangkutan awam semakin berkembang dari masa ke semasa. Antara yang akan datang termasuk:

LRT3
MRT2
BRT

Anda dah boleh mula kaji hartanah yang ada di sekitar kawasan projek ini, dan siapkan pelan tindakan seawal mungkin.

3: Kawasan rumah yang ramai pelabur seasoned tunggu masa nak serang

Rumah yang dekat dengan universiti sentiasa jadi tumpuan para pelabur. Sebab ada permintaan daripada pelajar universiti berdekatan. Tapi, kita jugak harus berhati-hati. Tak bermakna ada permintaan, bermakna anda akan sentiasa jana untung.

Kalau ada banyak sangat rumah dalam sesuatu kawasan tu, ini boleh rendahkan peratus mereka yang berminat nak menyewa.

Benda ni ikut logik je. Sebab penyewa ada pilihan yang lebih luas.

Mereka bebas memilih hartanah yang terbaik dari segi nilai dan harga sewaan yang sesuai dengan bajet mereka.

Sentiasa ambil tahu tentang universiti yang sedang dibina. Dah ada pun beberapa universiti yang baru siap dan tengah tunggu masa diserang pelabur.

Antara beberapa contoh seperti:

Xiamen University, Sepang.
Manipal University, Negeri Sembilan.
UiTM Dengkil.
Nilai University.

4: Memang jackpot kalau dapat. Ramai orang tak kisah bayar lebih untuk sewa rumah dekat kawasan ini

Fungsi lebuhraya adalah untuk kurangkan masa perjalanan dan kesesakan lalu lintas. Hartanah yang ada kemudahan ini boleh meningkat daripada sudut permintaan serta nilai sewaan.

Antara faktor yang boleh kita ambil kira adalah jarak hartanah ke pusat bandar, melalui akses lebuhraya yang ada.

Ini sebab ramai yang bekerja di pusat bandar. Kalau jarak lebih dekat, hartanah itu boleh disewa pada kadar yang lebih tinggi.

Antara lebuhraya yang sedang dalam pembinaan adalah:

SUKE (Sungai Besi – Hulu Kelang Expressway),
DASH (Damansara – Shah Alam Elevated Expressway),
EKVE (East Klang Valley Expressway),
KIDEX (Kinrara – Damansara Expressway),
WCE (West Coast Expressway).

Anda perlu kaji 4 lokasi ni sebelum membeli. Selepas tu fikir dan buat keputusan membeli yang betul.

Senang nak jana untung kalau anda beli hartanah betul. Dah beli nanti, hanya tunggu masa nak tuai je. Nak lagi best, sewakan dulu.

SUMBER : GILA HARTANAH 

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *