ASAS PINJAMAN HARTANAH KOMERSIAL DI MALAYSIA

PINJAMAN_RUMAH.jpg

Apabila berbincang tentang pembiayaan hartanah, kebanyakan orang hanya mempunyai pengetahuan tentang pinjaman hartanah kediaman seperti pinjaman rumah atau pinjaman perumahan. Akan tetapi, jika anda bukan membeli hartanah kediaman, pinjaman rumah bukan penyelesaiannya. Anda harus mendapatkan pinjaman hartanah komersial untuk membiayai pembelian hartanah seperti rumah kedai, pejabat, kilang, apartment berservis, SoVo, SoHo dan lain-lain.

Apabila berbincang tentang pembiayaan hartanah, kebanyakan orang hanya mempunyai pengetahuan tentang pinjaman hartanah kediaman seperti pinjaman rumah atau pinjaman perumahan. Akan tetapi, jika anda bukan membeli hartanah kediaman, pinjaman rumah bukan penyelesaiannya. Anda harus mendapatkan pinjaman hartanah komersial untuk membiayai pembelian hartanah seperti rumah kedai, pejabat, kilang, apartment berservis, SoVo, SoHo dan lain-lain.

Artikel ini menjelaskan segala informasi tentang pinjaman hartanah komersial. Mekanik fungsi pinjaman komersial hartanah adalah sama seperti pinjaman perumahan. Pinjaman komersial hartanah juga boleh manjalankan pembiayaan semula. Walaupun kedua-dua pinjaman ini banyak persamaan, perbezaan juga wujud antara kedua-dua pinjaman tersebut.

Tiada Had Maksimum Sekatan Nisbah Loan-To-Value
Sebagai sebahagian usaha untuk menbendung inflasi harga hartanah, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewajibkan jika seseorang sudah mempunyai 2 pinjaman hartanah kediaman yang sedia ada, had maksimum margin pembiayaan bermula dari pinjaman hartanah kediaman ketiga adalah 70%.

Pinjaman hartanah komersial tidak menpunyai sekatan tersebut. Ramai pelabur menggunakan pinjaman ini sebagai salah satu kelebihan untuk mereka.

Jenis Hartanah yang Dibiayai
Kedai runcit/Rumah kedai
Pejabat
Kilang
SoVo/SoFo unit
Tanah komersial, tanah pertanian
Mungkin termasuk unit SoHo dan apartment berservis, bergantung kepada polisi dalaman bank.
Perhatian: Kekeliruan wujud apabila memilih pinjaman untuk menbiayai unit SoHo dan apartment berservis dengan pakej pinjaman rumah atau pinjaman komersial hartanah. Sebenarnya, bank tiada garis panduan yang menyeluruh untuk diikuti. Bank akan membuat keputusan untuk setiap projek secara individu dan banyak berdasarkan toleransi bank untuk sebarang komplikasi yang kurang berpotensi sebagai contoh, untuk projek-projek SoHo di bawah Akta Pembangunan Perumahan, bank yang sama akan menggunakan pinjaman perumahan untuk sesuatu projek dan manggunakan pinjaman hartanah komersial untuk projek yang satu lagi.

Pilihan jenis hartanah oleh bank
Secara perbandingan, untuk pinjaman rumah, bank tidak terlalu memilih hartanah yang akan dibiayai. Sebaliknya, untuk pinjaman hartanah komersial, bank akan sangat menekankan pilihan jenis hartanah yang akan dibiayai atau dibiayai semula (Sebagai contoh, sesetengah bank tidak akan membiayai kilang / ruang runcit dalam pusat membeli-belah / selain tingkat bawah pembangunan bercampur). Ianya berbeza dari bank ke bankdan boleh berdasarkan pertimbangan berikut:

Lokasi
Jenis hartanah komersial
Tanah komersial atau pertanian
Jumlah tingkat dalam pembangunan
Tingkat mana hartanah tersebut berada
Jenis unit yang mana jika hartanah tersebut dalam pembangunan bercampur.
Perhatikan
Had maksimum margin pembiayaan yang lebih rendah dalam kebanyakan kes jika dibandingkan dengan pinjaman kediaman.
Had maksimum tempoh pinjaman yang lebih rendah, biasanya dari 25-30 tahun.
Sekatan sesetengah bank atas jenis hartanah komersial yang akan dibiayai seperti margin pembiayaan yang lebih rendah untuk sesetengah jenis hartanah.
Kesimpulan
Jika anda sedang mencari pinjaman hartanah komersial, anda boleh alat Perbandingan pinjaman perumahan Loanstreet untuk mencari pakej dan kadar faedah yang sesuai dengan keperluan anda.

BACA JUGA:  TEKNIK SELESAIKAN HUTANG RUMAH DENGAN REFINANCE

sumber: LOANSTREET.COM.MY

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *