ASPEK YANG DIAMBIL KIRA SEMASA MENILAI HARGA SEBENAR RUMAH

HouseCalculatorMoney.jpg

Adakah harga sering berubah-ubah?

Harga rumah ini diakui oleh setiap agen malah penilai sendiri. Tiada harga yang tetap atau tepat untuk rumah anda sebenarnya, sebagai contoh nilai minima hartanah bermula pada titik x sehingga lah titik y. Perbezaan diantara dua garisan xy ini mungkin bernilai 15%, bergantung pada siapa yang berada di dalam pasaran utnuk membeli dan berapa banyakkah hartanah saingan. Dan berapakah harga jualan mereka.

Ada beberapa elemen kritikal yang digunakan untuk mendapatkan perbandingan yang tepat :

1) Lokasi atau kawasan.

Bagaimanapun perbandingan yang sebenar sebenarnya boleh didapati pada jiran tetangga. Mungkin anda harus pergi mengetuk pintu rumah jiran dan bertanyakan tentang harga rumah dikawasan ini jika beliau mengetahuinya. Dengan harapan anda mungkin boleh mendapatkan harga transaksi jualan rumah dikejiranan itu. Jika anda berusaha untuk lebih mengenali kawasan itu lebih baik penilaian anda terhadap hartanah tersebut.

2) Kemudahan.

Adakah rumah sasaran anda memiliki kolam renang? bilik tambahan, bilik tetamu, garaj, berhampiran klinik kerajaan, dewan awam, atau taman rekriasi? dari dalam hingga ke luar kawasan persekitaran juga memiliki nilai tertentu.

3) Saiz Rumah.

Bilangan bilik, keseluruhan kaki-persegi rumah, saiz tanah, saiz binaan juga menjadi penanda aras mencari perbandingan anda. Sebagai contoh jika rumah anda sebelum ini berkeluasan 1900 kaki-persegi, dan anda telah mengubahsuai keseluruhan rumah sehingga keluasan bertambah pada 2230 kaki-persegi dengan kos RM150,000. Tidak bermakna rumah yang anda jual ini bertambaha seratus lima puluh ribu. Mungkin hanya setengah dari boleh dimasukkan kedalam harga.

Walau apa pun elemen diatas, anda dituntut membuat sedikit analisis mengenai hartanah sebelum anda mengesahkan hartanah anda untuk dijual.

Minta bantuan agensi hartanah dikawasan anda. Kebanyakkan pemilik rumah membuat kesilapan dengan meminta agensi hartanah yang berada diluar kawasan untuk menjadi perantara hartanah anda. Jadi nasihat saya dapatkan agensi yang berhampiran rumah anda.

Buat lah carian diinternet untuk mencari agensi hartanah didaerah anda. Kerana merekalah yang benar-benar faham pasaran semasa kawasan sekitar.

Buatlah sedikit analisis agar anda benar-benar mengetahui nilai sebenar hartanah itu sebelum meneruskan sebarang transaksi. Menilai hartanah anda mungkin sesuatu yang boleh disangkal banyak pihak. Tetapi lebih baik anda mengetahui faktor-faktor yang menambah nilai hartanah anda supaya dapat di maksimakan.

Sumber : drumah.com

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  7 KELEBIHAN MEMBUAT PELABURAN HARTANAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *