CARA UNTUK BELI RUMAH GUNA WANG KWSP

kwsp.jpg

“Saya nak beli rumah tapi saya tiada deposit yang cukup..”. biasa dengar ayat ini ? . Ya, Itu lah keluhan kebanyakan pembeli rumah. Hari ini mari kita belajar trick untuk membeli rumah tanpa mengeluarkan sebahagian deposit.

Membeli rumah menggunakan Kumpulan Wang Simpanan (KWSP) atau EPF sudah tidak lagi pelik di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, persoalan yang timbul ialah bagaimana ?

 

Prosedur 10% deposit

Pertama sekali anda haruslah ingat bahawa beli rumah subsale atau second hand anda mestilah perlu mengeluarkan deposit sebanyak 10% sebagai pendahuluan, manakala baki 90% adalah pinjaman Bank jika anda beli menggunakan pinjaman bank. Namun, bagi sesetengan pembeli yang tidak cukup untuk mengeluarkan 10% deposit, ianya menjadi salah satu option sebagai membayar deposit. Namun tidak semudah itu, pilihan ini tertakhluk kepada budi bicara si penjual. Ini kerana penjual rumah berhak mendapat deposit mereka tanpa perlu menunggu masa yang lama sehingga anda mengeluarkan EPF.

 

Bilakah saya boleh mengeluarkan KWSP ?

Jika anda hendak membuat sesuatu pembelian rumah, 10% deposit akan dipecahkan kepada 2 bahagian.

1. Bayar 3% sebagai booking rumah.

2. Bayar 7% sebagai baki ketika menandatangani perjanjian jual beli atau SNP.

Maka lengkaplah 10% deposit anda, manakala baki 90% adalah tanggungjawab bank.

Mendahulukan 3% booking

Jika anda memilih untuk menggunakan KWSP, anda masih perlu dan wajib membayar booking rumah sebanyak 3%. Baki 7% anda boleh untuk menggunakan KWSP (atas budi bicara penjual).

Selepas anda membayar booking 3%, anda menandatangani perjanjian jual beli. Kemudian dengan bantuan peguam anda akan diberikan surat pengesahan yang menyatakan rumah tersebut boleh dipindah milik tanpa sebarang halangan atau dikenali sebagai consent letter daripada pihak berkuasa. Proses untuk mendapatkan surat tersebut mengambil masa berbulan sehingga anda boleh untuk memohon KWSP. Jadi, itulah faktor utama mengapa pilihan KWSP ini perlu mendapat persetujuan pihak penjual. Ini kerana mereka perlu tunggu berbulan lama sehingga mereka dapat deposit mereka.

 

Maksima pengeluaran KWSP

Berapakah jumlah maksimum saya boleh keluarkan KWSP ?

Mudah sahaja, jumlah tersebut mengikut formula seperti di bawah :

(harga jual – jumlah pinjaman) + 10% harga jual = jumlah maksima pengeluaran KWSP

Contoh rumah yang dibeli berharga RM 300K.

(RM 300k – RM270k) + RM 30k = RM 60k adalah jumlah maksima yang boleh dikeluarkan.

Maksudnya, jika anda beli rumah berharga RM300k, anda tolak (-) kan dengan jumlah pinjaman bank anda iaitu 90% x RM300k ). Jika pinjaman anda 70% maka (70% x RM300k). Kemudian, jumlah tolakan(-) tersebut di tambah(+) kan dengan 10% daripada harga jual. Jadi, (10% x RM300k) iaitu RM 30k. Maka jumlah tolak(-) RM30k tambah(+) jumlah 10% RM 30k adalah = RM 60k.

BACA JUGA:  DAH SIGN LO BANK, APA LANGKAH SETERUSNYA? (HARTANAH SUBSALE)

Berbalik kepada topik, bolehkah keluar KWSP untuk beli rumah ?

Jawapannya Ya. Tetapi sekurang-kurangnya mesti ada wang untuk bayar booking dan mesti mendapat persetujuan pihak penjual.

 

Bilakah saya boleh keluar KWSP ?.

Selepas mendapat surat consent.

 

Berapakah jumlah maksima saya boleh keluarkan ?.

Seperti formula, (harga jual – jumlah pinjaman) + 10% harga jual = jumlah maksima pengeluaran KWSP.

Sekian, Selamat maju jaya!

 

SUMBER: KAKIPERSEGI

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *