BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MELABUR DI DALAM REIT MALAYSIA

REITs.jpg

Apa itu REIT?
Amanah Pelaburan Hartanah (Real Estate Investment Trust ‘REIT’) ialah sebuah syarikat yang membuat pelaburan saham mereka ke dalam harta tanah yang memberikan keuntungan dan membahagikan dividen kepada pemegang sahamnya. Ia merupakan satu sistem dimana hasil pelaburan datang daripada pembelian saham dan pelaburan membeli hartanah untuk disewakan dalam mendapatkan kewangan.

 

Contoh hartanah yang terlibat adalah hotel, pejabat dan gudang, hospital dan pusat membeli belah.
REIT bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1880 untuk mengelakkan para pelabur dikenakan cukai berganda pada perniagaan mereka. Walaupun pelaburan yang sedikit dalam perniagaan yang berskala besar, ia telah memecahkan tradisi bahawa bukan semua perkara dikawal oleh orang kaya dan syarikat besar.

 

REIT Malaysia
Malaysia juga terikut dengan konsep ini dan menggunakan REIT dari Amerika Syarikat dan Australia. Kesan positif REIT adalah ia membawa keuntungan pada pelabur sejak beberapa tahun ini. Dianggarkan enam hingga lapan peratus keuntungan dividen pada 2005 dimana ia jumlah yang paling tinggi daripada mana-mana negara membangun di Asia pada tahun tersebut.
Sebahagian daripada REIT di Malaysia hanya fokus pada bidang-bidang tertentu seperti AXIS-REIT pada penyewaan gudang dan bangunan pejabat , KPJ Healthcare REIT pada hospital dan YTL-REIT lebih kepada pembangunan mereka sendiri seperti pusat membeli belah dan kompleks.

Pemaju hartanah adalah pemegang saham biasa dan pemilik kepada REIT kerana mereka pakar dalam pembangunan hartanah. Mereka mempunyai kelebihan dalam mewujudkan dan memberi penambahbaikan pada hartanah yang mana membuatkan strategi perniagaan mereka bertambah baik dengan menyewakan semula hartanah tersebut. Mereka juga tahu bagaimana untuk beroperasi dan mengekalkan perniagaan mereka sehingga ia membawa kepada keuntungan.

 

Kenapa perlu melabur di dalam Malaysia?
Malaysia telah menjadi salah satu negara yang mendahului apabila berkaitan dengan keuntungan REIT di segenap Asia ini. Dalam pembangunan ekonomi, ia boleh dikatakan amat memberangsangkan apabila Malaysia berada dalam kedudukan yang terbaik antara negara membangun di Asia.
Selain daripada itu, REIT masih lagi di peringkat pembangunan di Malaysia dengan kreativiti dan kepintaran dalam strategi perniagaan yang masih boleh diterima oleh pasaran.

 

Apa yang perlu anda tahu mengenai REIT
Anda perlu tahu kemana duit anda dilaburkan dan diuruskan dengan betul – anda juga tidak mahu duit anda disalahguna malah tidak membawa keuntungan. Berfikir secara mendalam dan kaji latar belakang REIT adalah satu perkara penting sebelum melakukan pelaburan tersebut. Jadi apa yang perlu anda tahu dalam melakukan urusan REIT?

 

1. Pertama, pembayaran dividen kepada pelabur haruslah semakin meningkat.
Lihat pada rekod-rekod yang lepas jika terdapat sebarang peningkatan pada wang yang mereka kembalikan kepada pelabur mereka. Jika tiada sebarang peningkatan, anda harus mempertimbangkan semula keputusan anda.

2. Kedua, ia bukanlah satu entiti yang lambat mendapat pulangan. Ia sepatutnya sentiasa bertambah baik dari sudut aset mereka untuk tahun-tahun yang sebelumnya. Sentiasa ingat, anda tidak disarankan untuk melabur duit anda pada saham yang sentiasa mendapat pulangan dividen yang sama pada setiap tahun ataupun dividen yang semakin kurang.

3. Hartanah perlulah sentiasa dijaga dan berada didalam kawasan yang strategik kerana ia akan mempengaruhi kadar jualan dan sewaannya. Memastikan hartanah berada di kawasan yang sesuai untuk tujuan pembangunanan atau senang untuk pergi ke mana-mana pasaraya. Jika anda ingin melabur pada pusat membeli-belah, tanya pada diri anda semula jika ia berada pada pusat tarikan yang boleh menarik perhatian pengguna? Jika ia adalah gudang, adakah ia akan sentiasa selamat dan barang binaannya boleh dipercayai?

4. Keempat, memenuhi kehendak penyewa agar mereka tertarik untuk melakukan penyewaan jangka panjang. Adakah hartanah tersebut sesuai untuk dijalankan perniagaan yang mana ia boleh bertahan untuk dua tahun? Atau biarkan sahaja mereka yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan agar mudah untuk ditamatkan kontrak mereka pada masa-masa tertentu. Apabila mereka yang menyewa kekal, ia adalah salah satu faktor bahawa REIT itu berjaya.

5. Adakah cukup dari segi jumlah penyewa jika pelanggan utama tidak lagi berminat? Perniagaan sepatutnya tidak bergantung pada pelanggan yang tertentu sahaja.

6. Keenam, pengurusan perlulah terdiri daripada mereka yang berdaya saing dan lengkap dengan kemahiran professional dimana mereka boleh mengurus perniagaan secara keseluruhannya. Pelbagai jenis perniagaan akan mengalami masalah kewangan atau masalah pengurusan itu sendiri tetapi itu adalah cara terbaik untuk pasukan pentadbiran dalam bekerjasama untuk melalui dan menyelesaikannya bersama. Kakitangan mencerminkan perniagaan dan apa yang bakal terjadi. Jika REIT diuruskan oleh perkerja yang bagus dan berpengetahuan, anda pasti dapat melaluinya pada saat sukar ataupun senang.

Kenapa melabur dengan REIT
Kini, melabur di dalam REIT adalah cara yang paling selamat dalam pelaburan bergantung pada persekitaran dan strukturnya. Pertimbangkan kelebihan mengikut perbezaan pelaburan sebagai contoh hartanah dan bank.
REIT akan mengurangkan risiko anda kerana ia dikongsi bersama dengan ramai pemegang saham dan pelabur. Perlu diingatkan jika anda membeli saham, secara automatik akan menjadi pemilikan bersama.

Ia memberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada perniagaan berskala besar dimana ia agak mustahil jika anda lihat dari sudut pelaburan tradisional. Pengawalan juga diberikan kepada sesiapa yang melabur dan bukan hanya pada golongan yang memegang saham paling banyak.
Pengurusan diuruskan oleh pasukan pentadbiran dimana ia akan melegakan anda jika terdapat masalah didalam perniagaan ini.

 

Dengan memberikan kepercayaan kepada pihak pengurusan sama seperti anda yang menguruskan perniagaan tersebut ia membawa keuntungan dan tidak perlu dikhuatiri.
Saham yang anda beli boleh dijiual didalam pasaran saham sama seperti saham biasa. Malah anda boleh tunaikan ia seawal tiga hari. Saham ini juga mengaut keuntungan tetapi bergantung dengan kenaikan atau penurunan harga dalam pasaran ekonomi.

 

Membeli pelaburan REIT di Malaysia
Anda boleh membeli saham REIT dengan mana-mana entiti di dalam Bursa Malaysia sama dengan saham-saham di dalam pasaran lain. Anda juga boleh meminta pendapat broker saham mengenai saham yang sedang dijual dalam pasaran Malaysia. Anda juga boleh menggunakan senarai REIT Malaysia atas talian di laman sesawang IPO.

 

REIT adalah salah satu pelaburan yang selamat. Malaysia juga adalah salah satu negara di Asia yang berjaya mengetengahkan REIT dan mewakili ekonomi negara malah menjadi pilihan yang membenarkan pelabur untuk menonjolkan kreativiti dan kepintaran dalam strategi perniagaan malah menghebatkan lagi pasaran saham.

 

SUMBER: KCLau.com

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *