BAJET 2017 BANYAK INSENTIF RUMAH

bajet.jpg

Ketua Eksekutif dan Pengasas FAR Capital Sdn. Bhd, Faizul Azwan Ridzuan berkata, antaranya ialah insentif khas kepada pemaju swasta untuk membina rumah mampu beli berharga antara RM250,000 hingga RM400,000.

Katanya, inisiatif itu dapat membantu belia yang berumur 35 tahun ke bawah untuk memiliki rumah pertama.

“Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini, saya harap kerajaan dapat beri insentif khas pada bajet kali ini sekali gus membantu golongan sasaran memiliki kediaman,” katanya pada Simposium Hartanah Utusan 2016 (SHU 2016) di sini hari ini.

Menurut Faizul, adalah penting bagi orang ramai untuk mempunyai ilmu hartanah terlebih dahulu bagi mengelakkan mereka tertipu atau terjebakhttp://www.utusan.com.my/berita/nasional/bajet-2017-banyak-insentif-rumah-8232-1.395458 dengan skim cepat kaya.

Katanya, hartanah adalah pelaburan jangka panjang dan keuntungannya tidak boleh dilihat dalam sekelip mata.

“Untuk melabur juga, jangan tunggu sehingga 2018 sebab mengharapkan harga akan jatuh. Tetapi kebarangkalian itu adalah amat tipis kerana berdasarkan data sebelum ini, hanya ada satu era kejatuhan iaitu 1997 hingga 1999.

“Hakikatnya tidak perlu sehingga 2018, beli jika mampu pada hari ini. Pada masa sama, pastikan siapkan diri dengan ilmu pelaburan hartanah supaya dapat membuat persediaan pada masa hadapan,” katanya.

 

SUMBER: UTUSAN ONLINE

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  MENILAI KEKUATAN PELABURAN HARTANAH MELALUI KADAR KENAIKAN MASA LEPAS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *