Bajet 2019: Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT)

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau Real Property Gains Tax (RPGT) ini bukan lah perkara baru. Polisi ini telah diperkenalkan sejak 1975 melalui Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. Dalam bahasa mudah, CKHT ialah:

Cukai yang dikenakan ke atas keuntungan modal (atau untung bersih) yang terhasil daripada pelupusan (penjualan) sesuatu hartanah.

Dalam pembentangan Bajet 2019 sebelum ini, satu pengumuman telah dibuat berkaitan CKHT:

Kerajaan akan memperkemas Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah dan saham dalam syarikat hartanah dalam tahun ke-6 dan tahun seterusnya, seperti berikut:
• Bagi syarikat, individu bukan warganegara dan bukan pemastautin tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada 5% kepada 10%; dan
• Bagi individu warganegara dan penduduk tetap, kadar CKHT dinaikkan daripada 0% kepada 5%. Walaubagaimanapun, CKHT dikecualikan atas harga hartanah, rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah mampu milik di bawah RM200,000.

Kemungkinan yang bakal berlaku kepada pasaran hartanah?
Masih terlalu awal untuk menjangka kesan jangka panjang. Ada yang mengatakan langkah ini dapat menggalakkan penjualan unit hartanah underconstruction kerana kemungkinan kekurangan bekalan rumah subsale pada masa akan datang. Mungkin juga sebaliknya boleh berlaku. Cuma yang jelas, pemilikan oleh syarikat dan individu bukan warganegara dilihat akan semakin terkawal dengan pengenalan cukai ini dengan 10% cukai minima akan dikenakan bagi setiap pelupusan hartanah. Perlu diingatkan, cukai ini hanya dikenakan sekiranya terdapat keuntungan bagi pemilik hartanah dalam transaksi jual & beli. Sekiranya rugi atau tiada keuntungan, tiadalah CKHT untuk anda.

Pelabur hartanah jangka masa pendek (Flipper) bawah tempoh 5 tahun.
Buat masa ini masih belum ada perincian tentang sebarang perubahan kepada pelupusan hartanah di bawah tempoh 5 tahun. Sekiranya tiada perubahan, golongan ini mungkin paling kurang terkesan dengan pengumuman terkini berkaitan CKHT.

Pelabur hartanah jangka masa panjang (pegangan melebihi 5 tahun)
Inidividu dalam golongan ini berkemungkinan yang paling terkesan dengan pengumuman ini. Sekiranya mana-mana pemilik hartanah bercadang untuk melupuskan pegangan hartanah mulai Januari 2019, mereka akan dikenakan cukai tambahan 5% atas keuntungan penjualan hartanah masing-masing, walaupun pegangan dah melebihi 5 tahun.

Pemilik hartanah untuk kediaman sendiri
Bagi golongan ini, kesan CKHT mungkin hanya akan dirasai apabila pemilik bercadang untuk berpindah atas sebab upgrading lifestyle. Mereka akan melupuskan hartanah untuk pembelian yang baru. Oleh itu, mereka perlu memastikan keuntungan selepas ditolak cukai dapat digunakan untuk pembelian rumah seterusnya.

Bakal pembeli rumah pertama
Bagi pengumuman berkaitan CKHT, mungkin tidak banyak kesan kepada bakal pembeli rumah pertama. Cuma dijangkakan, pembeli rumah pertama akan lebih tertarik untuk melihat projek perumahan baru yang dilihat lebih banyak diberikan keistimewaan bagi golongan pembeli rumah pertama dalam pembentangan Bajet 2019 yang lalu.

BACA JUGA:  Wujud segera undang-undang wajib istihar harta

Rugilah kalau nak jual hartanah tahun 2019?
Nak diikutkan, tiada kerugian pun kalau ada yang bercadang nak jual rumah tahun 2019. Cuma keuntungan yang bakal diperolehi tu dikurangkan sedikit dengan pengenalan CKHT yang baru. Tapi kalau betul ada yang bercadang nak jual, boleh cuba jual awal sebelum bermulanya Januari 2019. Klik sini untuk saya semak nilai hartanah, dan kita boleh bincang lebih lanjut untuk proses penjualan.

Sumber: aemanruslan//

 

 

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *