BAYARAN KETIKA MENYEWA RUMAH

Ramai daripada kita sebenarnya lebih senang atau selesa untuk menyewa rumah daripada membeli rumah sendiri. Kalau baru sahaja bekerja tu, tentunya duit masih belum cukup untuk membeli rumah, kecualilah anak orang kaya atau kahwin dengan orang kaya 🙂

Sebelum menyewa rumah, buat survey dulu. Terpulanglah kepada individu masing-masing, mengikut cita rasa masing-masing. Contohnya kalau tak ada kenderaan sendiri, pastikan rumah tu dekat dengan stesen bas, LRT, dsb..

Kebanyakan tuan rumah sekarang ni meletakkan tanggungjawab mencari tenant (penyewa) kepada agen. Ini secara tidak langsung akan menambah kos (perkhidmatan). Antara bayaran yang selalunya perlu anda sediakan sebelum menyewa rumah adalah:

1) deposit 2 bulan sewa. Contohnya sewa RM 450.00 sebulan. Anda perlu membayar deposit RM 900.00. Deposit ini boleh anda dapat semula bila anda keluar rumah nanti dengan syarat anda mengikut cara-caranya sebelum berbuat demikian. [RM 900.00]

2) bayaran sewa sebulan. [RM 450.00]

3) deposit api /air (utility deposit), selalunya setengah bulan sewa (lebih kurang). [RM 225.00]

4) bayaran kepada agent untuk servisnya. Ini bergantung kepada kebijaksanaan anda untuk tawar menawar. Servis di sini termasuklah setem duti dan juga perjalanannya. Sediakan antara RM 100.00 hingga RM 200.00 untuk tujuan ini. [RM 150.00]

Untuk contoh di atas, jumlah perbelanjaan hadapan (upfront) yang perlu anda sediakan untuk menyewa rumah dengan sewa sebulan RM 450.00 ialah RM 900+450+225+150 = RM 1,725.00.

Pastikan anda menyimpan semua dokumen perjanjian dsb di tempat yang selamat, manalah tahu kalau ada apa-apa perbalahan kelak.

Jangan lupa untuk membaca dengan terperinci perjanjian sewa rumah tersebut supaya anda tidak terinanya. Selalunya perjanjian yang telah disediakan oleh agen adalah perjanjian standard yang digunapakai oleh semua orang.

Sumber Rujukan : Gila Hartanah

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  14 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM MENYEWA RUMAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *