BELI ATAU SEWA LEBIH BAIK?

buy-vs-rent-home-chicago.png

Beli Atau Sewa, Mana Lebih Bebaloi?

Harga rumah yang saya sewa tu sekitar RM550,000 – RM750,000. Saya kira, kalau beli rumah tu, saya menanggung ansuran bank termasuk maintenance RM3,000 – RM4,000 sebulan! Tapi kalau menyewa, saya hanya perlu membayar RM1,500 – RM2,200 sahaja! Dan ianya fully-furnished. Itulah kadar sewaan rumah di kawasan itu hari ini.

Dari perspektif pelaburan, ianya tak berbaloi. Kalau untuk pelaburan, lebih baik beli rumah-rumah kos sederhana yang nilai sewaannya sekurang-kurangnya boleh lepas bayar ansuran bank dan maintenance rumah. Walaupun kita berhutang untuk beli rumah, tapi hakikatnya kita tak perlu membayar hutang itu menggunakan duit poket kita. Ia dibayar dengan duit penyewa.

Satu rumah yang saya beli tahun lepas, ansuran bank termasuk maintenance sekitar RM1,050 sebulan. Tapi nilai sewaan rumah tingkat 1 (rumah saya di tingkat 1) apartment itu RM1,100 – RM1,200 kalau disewakan kosong. Kalau partly-furnish atau fully-furnish, pastinya lebih daripada itu. Kalau disewakan mengikut kepala (macam asrama), sewaannya boleh lebih RM2,000 sebulan! Bila stesyen MRT di sebelah apartment itu siap, sahabat boleh agak sendiri apa yang berlaku kepada kadar sewaan rumah-rumah di situ. Dan boleh dikatakan kadar sewaan meningkat dari tahun ke tahun sedangkan ansuran bank ‘fixed’. Jadi rumah-rumah begitulah baru berbaloi dibeli kalau untuk pelaburan.

Beli Rumah Sebagai ‘Mesin Duit’

Saya perhati, otai-otai hartanah beli rumah untuk dijadikan mesin-mesin duit. Bila ada duit, guna duit tu untuk sewa di mana-mana rumah impian yang kita suka. Kalau dah tak suka atau dah bosan dengan rumah tu, pindah ke rumah impian lain pulak (Jangan lupa, impian kita sentiasa berubah dari semasa ke semasa). Duit untuk menyewa rumah impian tu, kita bayar dengan keuntungan dari duit sewaan rumah-rumah yang kita beli tu. Dan itulah yang dilakukan oleh beberapa otai hartanah yang saya kenal. Mereka memiliki berpuluh-puluh hartanah, tapi mereka duduk menyewa rumah orang lain! Ianya pelik bagi kita, tapi tak pelik bagi jutawan hartanah…

Kalau terlalu gopoh beli rumah impian, kekayaan dan kemajuan kita mungkin tersangkut, terutamanya bagi orang muda seperti saya. Kita menanggung hutang besar yang tak bagi apa-apa pulangan. Bila hutang besar, bank takut untuk bagi pinjaman lagi. Kekayaan kita tak dapat dikembangkan lagi menggunakan duit-duit bank. Yang kedua, bila duduk di rumah impian, kita dah tak bebas bergerak (tak mobile). Contohnya, kita bekerja di Damansara dan beli rumah impian di Sg. Buloh. Jaraknya sekitar 15 – 20 kilometer untuk ke tempat kerja. Tiba-tiba kita dapat tawaran kerja dengan gaji yang lebih baik, tapi pejabatnya di Cyberjaya yang jaraknya 50 – 60 kilometer dari rumah. Masa tu kita akan dilema…

BACA JUGA:  6PROSEDUR BELI RUMAH – DEAL TERBAIK

Rumah Jadi Penjara Kewangan

Nak pindah ke Cyberjaya susah sebab sayang rumah impian. Kalau disewakan, ianya tak boleh cover untuk bayar ansuran bank. Itu belum cerita ianya tak sampai hati untuk disewakan sebab kita dah renovate rumah habis dekat RM100,000 guna personal loan! Oh, kita memang tak akan pindah. Mungkin ada sebahagian kita sanggup driving 1 jam – 2 jam (termasuk jalan jem) untuk ke tempat kerja dan habis duit beratus-ratus ringgit sebulan hanya untuk petrol dan tol ke tempat kerja. Duit kita habis, masa kita habis dan badan kita pun penat. Akhir sekali, kita stress dengan kehidupan kita. Rumah impian yang kita beli sudah bertukar menjadi penjara kewangan!

Satu perkara yang kita perlu realise, rumah yang kita duduk sendiri bukanlah aset (harta) kita. Ia adalah liabiliti (beban kewangan) kita. Jangan berbangga kalau beli rumah dahulunya RM200,000, tapi hari ni KALAU dijual harganya mencecah RM1 juta sekalipun. Kenapa? Walaupun harga sudah RM1 juta, kalau dijual, kita nak duduk merempat di mana? Adakah kita sanggup jual rumah tu dan duduk di rumah lebih murah yang lain? Saya rasa, majoriti kita tak sanggup jual rumah impian sebab hati kita terlalu sayang rumah itu. Ianya sangat sentimental bagi kita. Dari sudut pelaburan, ia tak memberi apa-apa kebaikan.

Rumah Impian Terlalu Sentimental

Hari tu, masa saya beritahu anak-anak, kami akan berpindah ke rumah lebih baik. Rumah 3 kali ganda lebih luas, pemandangan lebih cantik, fasiliti lebih baik, ada kolam renang dan taman yang luas, ada court badminton tertutup yang anak saya suka dan sekuriti lebih ketat! Saya terkejut, anak pertama dan anak kedua saya (darjah 5 dan darjah 3) sedih dan menangis. Mereka nak tinggal di rumah lama juga. Walaupun keluasan rumah hanya 1/3 daripada rumah yang kami menyewa sekarang ini, mereka sangat sayangkan rumah tu. Katanya, rumah tu jangan disewakan. Mereka nak datang duduk sesekali…(“,)

Saya rasa, bukan kanak-kanak jer macam tu, orang dewasa lebih-lebih lagi sayang. Rumah kita sangat sentimental bagi kita. Dan bila ianya terlalu sentimental (ikatan emosi yang kuat) dengan kita, janganlah anggap ianya sebagai harta. Ia adalah beban kewangan selagi kita hidup dan membayar untuk duduk. Hinggalah bila kita dah mati dan rumah tu dijual dan difaraidkan oleh ahli keluarga, masa tu barulah boleh dianggap sebagai harta bagi keluarga, tapi bukan lagi harta untuk kita.

Yang Mana Aset, Yang Mana Liabiliti

Saya ingat pesan guru-guru kewangan, “liabiliti” ialah duit keluar dari poket kita. “Aset” ialah apa yang menambah duit ke poket kita. Jadi kalau nak beli rumah untuk pelaburan, kita mesti ‘clear cut’ dari sudut itu. Asingkan antara ikatan emosi dan kiraan matematik. Rumah boleh jadi liabiliti (beban kewangan), dan rumah juga boleh jadi aset kepada kewangan kita. Beli rumah untuk kediaman sendiri tak ada masalah, tapi jangan ambil kira ianya sebagai aset selagi ia tak dapat menambah kekayaan kita. Dan lebih bijak kalau rumah impian itu kita bayar hasil dari duit yang dijana dari harta-harta kita berbanding membayarnya dengan duit gaji kita.

BACA JUGA:  11 LANGKAH BELI RUMAH SUBSALE/ SECONDHAND DI MALAYSIA

 

SUMBER: MOHD ZULKIFLI

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *