IKUTI PETUA BELI HARTANAH

Beli Hartanah

Membeli rumah/hartanah idaman anda boleh menjadi satu urus niaga yang paling penting dalam hidup anda, oleh itu ia adalah penting bagi anda untuk mengetahui selok belok untuk mengelakkan diri anda diri terperangkap dengan penipuan hartanah. Cara lain yang selamat dan percuma ialah bekerja dengan ejen hartanah yang mempunyai pengalaman, kepakaran profesional dan integriti untuk membuat transaksi hartanah anda yang seterusnya menyeronokkan. Apakah benar khidmat ejen untuk mencari rumah idaman anda adalah percuma? Ya benar, kerana yang membayar fee professional ejen adalah penjual, iaitu pemilik rumah. Berikut adalah langkah-langkah yang anda bakal hadapi bila membeli rumah di Malaysia.

  • Belajar dari expert di bidang hartanah. Orang yang paling mudah didekati (selain dari percuma) ialah ejen hartanah. Dalam banyak kes, anda tidak perlu untuk mengeluarkan wang untuk membayar nasihat dari ‘guru hartanah’ ataupun pergi ke seminar mereka. Ejen hartanah adalah penunjuk arah yang terbaik. Pastikan ejen hartanah tersebut berdaftar dan berpengalamanan. Sekiranya anda memerlukan bantuan, sila pergi ke tip memilih ejen hartanah. Ataupun anda boleh hubungi Coach Abdul Rashid untuk free consultation.
  • Ketahui harga purata kawasan yang anda ingin labur.
  • Semak kemampuan dan kelayakkan anda untuk membeli hartanahtersebut. Anda boleh membuat conggakkan disini, bercakap dengan ejen anda ataupun berhubung dengan pakar pinjaman perumahan.
  • Kenal pasti hartanah yang anda inginkan. jumlah bilik, keluasan, tenure (pajakan/pegangan kekal) dan sebagainya
  • Adakah anda mempunyai cukup wang untuk membayar deposit? Secara kasar, anda memerlukan 15% tunai dari harga rumah. Ini kerana, pinjaman maksima untuk perumahan ialah 90% sementara anda perlu mempunyai wang tunai untuk urusan perundangan dan duti setam.
  • Semak kadar keuntungan pinjaman anda. Setiap bank mempunyai tawaran pinjaman yang berbeza. Tawaran ini sentiasa berubah mengikut keadaan ekonomi dan BLR (Base Lending Rate) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.
  • Sekiranya ini adalah rumah pertama anda, semak kelayakkan anda untuk mendapat skim yang disediakan oleh kerajaan. Contoh skim yang ditawarkan ialah My First Home Scheme dan sebagainya. Klik sini untuk belajar bagaimana kerajaan membantu anda untuk own your dream home.
  • Membuat viewing bersama ejen hartanah anda. Anda boleh belajar pointers untuk menilai sesebuah hartanah disini.
  • Membuat tawaran untuk membeli dengan membayar 3.18% dan menanda tangani surat tawaran kepada pemilik. Pastikan anda letakkan sebarang syarat-syarat khusus didalam surat tawaran ini kerana surat tawaran ini adalah satu perjanjian  sebelum SPA (Sales Purchase Agreement) ditandatangani.
  • Semak segala dokumentasi dari owner selepas tawaran anda diterima. Selalunya tugas ini dibuat oleh peguam, namun anda boleh sahaja melihat geran dan SPA lama untuk menyemak pemilik serta matlumat hartanah yang anda bakal beli tersebut. Pastikan segala matlumat seperti yang digambarkan semasa viewing.
  • Membuat permohonan pinjaman perumahan. Anda disarankan untuk membuat permohonan dengan multiple bank untuk mengelakkan anda membuang masa sekiranya permohonan anda gagal.
  • Menandatangi SPA. Anda dikehendaki untuk membayar balance 6.18% kepada akaun pelangan peguam semasa menandatangi SPA. Semak schedule yang terlibat serta pastikan info yang ada tepat dan sama seperti didalam geran dan SPA lama. Selepas stamping SPA, tugas agensi tamat. Pihak peguam akan mengambil alih semua transaksi hartanah idaman anda.
  • Peguam akan menguruskan semua cagaran dari pihak peminjam, penukaran nama dan pembayaran baki 90% dari harga rumah yang dipersetujui. Proses biasanya mengambil masa 90 hari bagi pegangan bebas, dan lebih lama lagi untuk pajakkan negeri dan lain-lain sekatan pejabat berkaitan. Kunci anda akan diberikan selepas semua proses selesai. Tahniah, you are now a proud owner.

SUMBER: LOAN STREET

 

 

{module Topik Beli Hartanah}

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *