BELI RUMAH DENGAN MODAL KECIL DAN PULANGAN YANG LEBIH BESAR

empire-residence-laurel-park-parcel-9-newlaunchproperty.my-13.1.17-640x360.jpg

Siapa kata tak boleh beli rumah baru tanpa keluarkan modal yang besar?

Ramai pemaju dah sedia maklum dengan syarat-syarat memohon loan rumah yang semakin ketat.

Ia disebabkan, banyak yang mula bagi macam-macam tawaran yang menarik seperti diskaun, dan lain-lain kos ditanggung beres oleh pemaju.Saya nak bantu anda capai 4 matlamat ini:

4 perkara yang saya akan bantu anda capai:

1.Beli rumah secara percuma, atau paling kurang, dengan modal yang sedikit tanpa guna sehingga 10 hingga 13% deposit.

2.Sementara rumah tiada penyewa,anda masih boleh dapatkan pulangan rental.

3.Lepas dapat rumah, masih ada duit lebih untuk buat renovation, tanpa perlukan pulangan cash back dari hartanah tadi.

4.Lagi awal beli rumah, lagi cepat anda terima peningkatan capital appreciation.

Macam mana nak beli rumah baru tanpa perlu tanggung 10 – 13% down payment?

Ikuti langkah-langkah kat bawah ini. Baca dengan perlahan

1. Anda cari rumah under construction sekitar tahun ni hingga tahun depan. Kita dah sedia tahu, tahun ni adalah financial year yang mencabar. Bermakna, ramai pemaju yang tawarkan pembelian rumah under construction di kawasan hot dengan entry cost yang rendah dalam lingkungan RM500 ke RM5,000. Kos guaman, jurunilai, dan kos MOT biasanya akan ditanggung beres oleh pemaju. Kos yang anda terpaksa tanggung dulu tu, dah berjaya dilupuskan. Cuma, pastikan anda kaji dulu latar belakang pemaju terlebih dulu sebelum buat keputusan membeli. Ini untuk elakkan anda tergendala (kes projek tak siap) di tengah jalan.

2. Selepas anda dah booking rumah, dapatkan pembiayaan perumahan. Lepas dah approve, dapatkan salinan Offer Letter dan Perjanjian Jual Beli (Sales and Purchase Agreement) daripada pemaju. Bawak 2 dokumen ni ke KWSP untuk buat pengeluaran 10% deposit rumah. Nilai ni akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan anda.

Nota: 10% pengeluaran untuk pinjaman rumah 100%. 20% untuk pengeluaran pinjaman perumahan 100%. Ini adalah guideline daripada KWSP. Contohnya, kalau rumah tu RM300,000, anda akan dapat RM30,000 (ambil contoh kes orang makan gaji berumur 30 tahun ke atas, dan dah ada purata RM20,000 dalam Akaun 2).

Kenapa kena keluarkan duit dekat KWSP?

3. Selepas selesai semua ini, progress payment untuk rumah anda akan berjalan. Tempoh pembinaan biasanya akan ambil masa 3 hingga 4 tahun. Untuk tahun pertama dan ke-2, biasanya progress payment bulanan akan jadi rendah dan tak lebih 50% installment pinjaman asal yang sepatutnya anda bayar.

Katakan, anda pinjam RM300,000, installment RM1,500 sebulan. Serve ansuran ini seperti biasa. Ini adalah komitmen yang anda kena serve selama tempoh rumah tu disiapkan. Kekurangan bila beli rumah under construction adalah, kos bulanan anda dah tercipta (progress payment), tapi keuntungan masih belum ada daripada rental. Jadi, komitmen negatif berlaku kat situ.

BACA JUGA:  DAH LEBIH 1 TAHUN BEKERJA DALAM SEKTOR KERAJAAN?ANDA LAYAK BELI RUMAH DENGAN 100% PINJAMAN TANPA LETAK SEBARANG DOWN PAYMENT.SERIUS !

4. Duit deposit dari pengeluaran KWSP Akaun 2 tadi ada minimum RM20,000 (bergantung pada berapa yang ada). Gunakan tunai tu untuk buka akaun ASB dekat PNB.

Nilai RM20,000 akan hilang dari baki terakhir dalam buku lepas di-update kemudian. Tapi, dividen akan tetap diperolehi dari nilai simpanan yang disijilkan tadi. Pergi ke bank dan sediakan fasiliti OD ASB. Cagarkan. Setiap bulan, anda perlu bayar charge penggunaan OD. Saya kongsikan cara kira kat bawah ni:

(RM13,400 X 5.2%) X (31/365) = RM60.
Sebulan RM60 je pun. Anda mesti mampu tanggung punya.

Dapat dividen, jelaskan semua yang perlu dibayar (tanpa guna duit anda 1 sen pun)

5. Withdraw RM13,400 tadi dari akaun anda. Kali ni, anda mohon pula ASB2 Financing RM200,000 selama 30 tahun, tanpa Takaful. Insuran tahunan bernilai RM13,200. So, tiap-tiap bulan anda kena commit bayar RM1,100 (anggaran).

Nak lagi senang,anda bayar untuk setahun. Tidak perlu berfikir lagi. Gunakan tenknik ulangan setiap tahun (compunding).

Jangan lupa. ASB anda ada sijil RM20,000 tadi, dan dividen pula anda akan dapat 6.75%. Jadi, setahun anda boleh dapat RM1,350. Untuk setahun,anda kena bayar maintenance OD sebanyak RM720 (RM60 X 12). Bila dah tolak bayar OD, anda akan ada baki RM630 setiap tahun.

6. Katakan, projek rumah yang anda hendak beli akan siap dalam masa 4 tahun. Selepas 4 tahun, anda teminate ASB2 RM200,000 tadi, dan dapatkan total tunai terkumpul dari prinsipal dan dividen terakhir sebanyak RM25,000.

Tutup akaun OD anda dengan menebus semula nilai yang dah guna RM13,400 dengan gunakan hasil ASB yang anda dapat:

RM25,800 – RM13,400 = RM12,400.
Anda akan dapat semula sijil RM20,000 yang dicagarkan mula-mula tadi.

RM12,400 + RM20,000 = RM32,400.
Dividen lebihan dari ASB sijil RM20,000 pulak ada RM1,890:

RM630 X 3 tahun = RM1,890.
Total tunai yang anda bakal dapat nanti berjumlah RM34,290. Kalau kita kira net profit daripada modal, purata keuntungan bersih bulanan adalah:

RM14,290 / 48 bulan = RM298.
Kita berjaya kurangkan kos progressive payment dengan mencipta hasil daripada pelaburan yang anda buat tadi.

Kenapa tak guna teknik mark up loan untuk dapatkan duit lebih?

7. Jadi lepas rumah siap, modal sebanyak RM34,290 dah sedia untuk anda furnish-kan rumah untuk tingkatkan value sewaan, atau lebih baik, ada peluang untuk jual semula hartanah tu bila siap nanti.

Ada yang tanya:

“KENAPA TAK MARK UP JE UNTUK DAPATKAN CASH?”

Sebenarnya, saya tak galakkan mark up loan untuk rumah under construction sebab risiko harga stagnant dan terlampau tinggi untuk dijual semula bila dah siap dibina. Anda juga harus tanggung dah kukuhkan cash holding power untuk pertahankan rumah tadi sebelum ada pembeli.

BACA JUGA:  7 TIP BELI RUMAH LELONG

Disclaimer: Perkongsian ini adalah sekadar teori, tapi berdasarkan pengalaman sebenar penulis dan sumber bacaan luar. Strategi ni boleh dibuat kalau anda faham cara dan dapatkan tunjuk ajar daripada mereka yang ada pengalaman.

Anda boleh sesuaikan strategi ini mengikut kapasiti kewangan masing-masing. Mesti anda dah tak sabar nak beli rumah under construction tahun ni lepas dah habis baca ni, kan?

Ada macam-macam cara nak beli rumah dengan hanya keluarkan modal yang sedikit. Tidak perlu kumpul duit sampai banyak.

SUMBER : GILA HARTANAH (FAIZUL RIZWAN)

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *