BETUL KE VALEU HARTANAH DI MALAYSIA BOLEH JATUH?

Ramai yang beranggapan harga pasaran sesuatu hartanah sentiasa naik setiap tahun.

Tetapi tidak ramai yang ambil tahu atau peduli bahawa adakalanya sesetengah hartanah boleh jatuh nilainya atau tiada kenaikkan.

Ya, tidak mustahil nilai sesetengah hartanah boleh jatuh tanpa kita sedari.

Malah salah seorang client yang pernah berurusan dengan saya, harga pasaran apartment beliau sekarang lebih rendah dari harga beliau beli.

Apa yang membuatkan nilai hartanah boleh jatuh ?

1. Tiada Permintaan

Ataupun no demand. Bermaksud hartanah tersebut kurang atau langsung tiada permintaan untuk dibeli.

Apabila berlaku perkara tersebut, pemilik hartanah mengalami kesukaran untuk menjual hartanah mereka kerana tidak ada yang berminat.

Jadi apa yang mereka lakukan ialah menjual hartanah mereka dengan harga yang murah dan kadang kadang harganya lebih rendah dari harga pasaran atau harga yang mereka beli asalkan hartanah mereka terjual dan ada pembeli yang sanggup membeli.

2. Over Supply

Apabila sesuatu kawasan dipenuhi dengan unit unit perumahan yang terlampau banyak sehinggakan melebihi dari permintaan, ia juga merupakan salah 1 punca nilai hartanah boleh jatuh.

Apabila terjadi sedemikian, maka pemilik hartanah yang ingin menjual hartanah mereka terpaksa bersaing dengan pemilik hartanah yang lain dengan kadar segera, jadi bermulalah perang ‘Drop Your Price’ antara 1 sama lain. Apabila terdesak apa sahaja boleh berlaku.

3. Sejarah Jualan

Sejarah jualan hartanah terbaru di kawasan kejiranan juga mempengaruhi nilai sesuatu hartanah.

Oleh kerana angka jualan semasa membantu menentukan nilai hartanah, jika terdapat harga jualan hartanah yang rendah di kawasan tersebut maka ia adalah sama dengan nilai bagi hartanah yang serupa.

Sebagai contoh, jika ada hartanah di kawasan kejiranan anda serupa dengan hartanah anda dijual untuk RM 200K dua tahun lalu tetapi ianya telah dijual hanya RM 100K dalam tempoh enam bulan lepas, maka hartanah anda sekarang bernilai RM 100K.

4. Kemudahan Kawasan

Kemudahan di sesuatu kawasan hartanah juga memainkan peranan dalam menetukan nilai hartanah.

Kemudahan sekolah yang teruk , pusat membeli-belah telah tutup, tidak adanya kemudahan perubatan seperti hospital atau klinik dan kerja-kerja jalan yang teruk semuanya menyumbang kepada penurunan nilai hartanah anda.

Tambah pula wujud kes kes jenayah di kawasan tersebut akan menakutkan mana-mana individu yang mungkin berminat untuk membeli.

5. Ekonomi Kawasan

Ekonomi keseluruhan masyarakat di sesuatu kawasan juga mempengaruhi nilai hartanah tersebut. Sebagai contoh, jika kadar pengangguran yang tinggi dan sejumlah besar pemilik hartanah yang kehilangan hartanah mereka, bilangan rumah yang lebih murah akan wujud dalam pasaran akibat desakan hidup akan memberikan kesan penurunan nilai hartanah lain.

Apabila perniagaan jatuh atau tutup, memaksa pemilik hartanah untuk meninggalkan kawasan itu untuk mencari pekerjaan, peningkatan secara tiba-tiba hartanah yang sedia terjual dan bakal pembeli yang terhad akan menyebabkan nilai hartanah kawasan tersebut jatuh.

BACA JUGA:  8 SAHAM PELABURAN HARTANAH DI MALAYSIA

 

SUMBER : HALALMONEY.MY

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *