Boleh ke beli rumah letak nama anak bawah umur

#1: Kelayakan

Secara prinsipnya kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak mempunyai kelayakan dari segi undang-undang untuk memasuki sebarang kontrak atas kapasiti dirinya sendiri, termasuklah kontrak jual beli hartanah.

 

#2: Ibu bapa sebagai pemegang amanah

Walaubagaimanapun, ibu bapa atau penjaga yang sah kepada kanak-kanak tersebut boleh memasuki kontrak jual beli hartanah bagi pihak anak mereka di bawah umur, di mana dalam keadaan tersebut ibu bapa atau penjaga kepada anak tersebut hanya bertindak sebagai pemegang amanah sahaja.

 

#3: Perjanjian 

Di dalam perjanjian jual beli dan geran hartanah tersebut kelak akan ditulis nama ibu bapa atau penjaga yang sah kepada anak tersebut sebagai pemegang amanah.

 

#4: Suratcara ikatan amanah

Kebiasaannya disamping perjanjian jual beli, satu suratcara ikatan amanah akan disediakan untuk merekodkan ikatan amanah tersebut, di mana surat ikatan amanah itu akan didaftarkan di pejabat tanah.

 

#5: Kaveat amanah

Demi melindungi hak dan kepentingan anak tersebut sehingga beliau mencapai umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga yang sah kepada anak itu boleh memohon supaya kaveat amanah dimasukkan oleh pentadbir tanah ke atas hartanah tersebut.

 

#6: Pindah milik hartanah setelah capai umur

Setelah anak tersebut mencapai umur 18 tahun, ibu bapa atau penjaga yang sah tadi, selaku pemegang amanah akan memindahmilikkan hartanah itu kepada nama si anak sebagai pemilik berdaftar yang sah.

 

#7: Memohon kaveat dibatalkan sebelum memindah milik

Sebelum pindahmilik didaftarkan kepada nama si anak, ibu bapa atau penjaga yang sah kepada anak tersebut hendaklah terlebih dahulu memohon kepada pentadbir tanah agar kaveat amanah yang telah dimasukkan sebelum ini dibatalkan.

 

#8: Urusan dilakukan oleh siapa?

Sebaik-baiknya segala urusan yang dinyatakan di atas dilakukan oleh peguam yang dilantik oleh pembeli.

 

Setelah pindahmilik dibuat kepada nama si anak, kini hartanah tersebut sah menjadi milik si anak sepenuhnya.

 

Sumber: Halalmoney

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  PELABURAN HARTANAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *