CARA BELI RUMAH BAGI PEMBELI BARU

20 Tips Untuk Pembeli Rumah Pertama

Bagi mereka yang pertama kali nak beli rumah, sudah semestinya masih kabur tentang cara beli rumah pertama mereka.

Maklumlah, bukan selalu orang beli rumah, mungkin sekali sahaja dalam seumur hidup bagi orang biasa.

Oleh kerana kurang pengalaman, maka kebanyakan orang kurang arif dalam proses pembelian rumah yang sebenar.

Lain pula bagi mereka yang merupakan pelabur hartanah; semua selok belok cara beli rumah pertama, kedua, ketiga dan sehingga berpuluh-puluh buah rumah pun sudah mereka kuasai sepenuhnya.

Membeli, memiliki dan mendiami rumah yang selesa dan memenuhi citarasa sendiri merupakan idaman semua orang.

Bagi orang biasa, pembelian rumah kebiasaannya merupakan pembelian paling besar dan penting dalam hidup mereka.

Tersilap langkah, pembelian rumah boleh menjadi mimpi ngeri.

Ditipu pemaju, rumah terbengkalai, rumah yang dibeli rosak teruk atau tidak memenuhi spesifikasi yang diingini; semua ini merupakan antara mimpi ngeri yang ditakuti mereka yang ingin membeli rumah.

Oleh itu, amat penting untuk tahu tentang perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam proses membeli rumah agar mimpi ngeri seperti di atas tidak menghantui.

Jika anda merupakan salah seorang yang baru nak memiliki rumah sendiri, panduan asas cara beli rumah pertama yang akan saya terangkan nanti mungkin boleh membantu anda.

Baca juga:  Cara Jimat Belanja Dengan ShopBack Cashback Buddy

Panduan asas cara beli rumah pertama

Secara asasnya, pembelian sesebuah rumah melibatkan 3 fasa iaitu fasa pra-pembelianpembelian dan post-pembelian.

Dalam setiap fasa ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan agar proses pembelian rumah anda menepati apa yang anda impikan.

Jom kita lihat satu per satu.

Fasa cara beli rumah pertama #1 – Pra-pembelian

Fasa pra-pembelian juga turut dikenali sebagai fasa penilaian.

Dalam fasa ini, penilaian yang teliti ke atas beberapa aspek perlu dibuat, antaranya:

#1 Kemampuan kewangan

cara beli rumah pertamaNak beli rumah bukannya murah, lebih-lebih lagi pada masa sekarang yang mana harga rumah seolah-olah harga mampu tengok sahaja terutama di bandar-bandar utama.

Apabila membeli rumah, banyak kos terlibat seperti bayaran tempahan(booking), wang pendahuluan, yuran guaman, duti setem dan kos-kos dokumentasi.

Setiap bulan pula, jika beli rumah melalui pembiayaan pinjaman perumahan, kena keluarkan bayaran bulanan.

Apabila rumah dah siap pula, akan ada pula kos-kos lain seperti deposit air, deposit elektrik, cukai tanah, cukai pintu dan kos-kos kelengkapan rumah seperti lampu, gril rumah, perabot, peralatan elektrik dan kerja-kerja pengubahsuaian.

Semua kos ini kebiasaannya berkadar langsung dengan harga rumah; semakin tinggi harga rumah, semakin tinggi kos yang akan terlibat.

Jadi, sebelum beli rumah, kenalah buat kira-kira tentang kemampuan kewangan sendiri untuk sediakan wang bagi membayar semua kos ini.

Daripada kira-kira itu nanti, anda akan dapat tentukan julat harga rumah yang sesuai untuk anda beli.

kalkulator pinjaman rumah

#2 Rumah idaman

Nak beli rumah, maka kenalah cari rumah yang nak dibeli tersebut.

Pastikan rumah yang anda nak beli tersebut memenuhi spesifikasi yang anda idamkan dan objektif yang anda ingini.

Spesifikasi rumah untuk didiami sendiri adalah sedikit berbeza dengan spesifikasi rumah untuk dijadikan aset pelaburan, maka kenal pasti tujuan anda nak beli rumah terlebih dahulu.

Untuk dapatkan rumah terbaik, boleh buat penilaian atas ciri-ciri yang berikut:

  • Harga rumah – Pastikan harga rumah tersebut mampu dimiliki
  • Jenis rumah – Banglo? Semi-D? Teres? Apartment? Kondominium?
  • Jenis geran – Pegangan bebas (freehold)? Pajakan (leasehold)? Tempoh pajakan? Sekatan kepentingan?
  • Pelan rumah – Pelan lantai, saiz ruang, jumlah bilik, jumlah bilik air dan tandas
  • Kelengkapan – Soket elektrik, punca air, tempat letak kereta, lif, kolam renang, pagar
  • Lokasi – Dalam bandar? Pinggir bandar? Luar bandar? Jarak dari tempat kerja?
  • Kemudahan – Sekolah, pusat beli-belah, bank, stesen minyak, taman awam
  • Jaringan pengangkutan – Lebuh raya, jalan raya, pengangkutan awam
  • Komuniti persekitaran – Kejiranan, pengawal keselamatan, status banjir

Bagaimana nak cari rumah yang sesuai untuk dibeli?

Anda boleh melawat ke ekspo-ekspo hartanah atau bertanya kepada syarikat-syarikat pemaju perumahan sama ada mereka mempunyai projek perumahan yang sesuai untuk anda.

Boleh juga cari melalui laman web seperti MudahPropertyGuru dan iProperty

Atau pun, rujuk kepada ejen-ejen hartanah berdaftar atau orang perseorangan yang nak jual rumah.

Kalau nak beli rumah lelong, boleh rujuk pada ejen rumah lelong atau syarikat-syarikat pelelong.

Apabila dah jumpa rumah yang sesuai, jangan lupa untuk melawat lokasi tapak rumah tersebut untuk menilai ciri-ciri yang disenaraikan di atas.

Dapatkan lebih banyak maklumat berkenaan rumah tersebut sebelum buat keputusan untuk beli.

Kalau beli rumah daripada pemaju, dapatkan maklumat berkenaan lesen pemaju dan permit iklan & jualan.

#3 Pembiayaan pinjaman perumahan

Oleh kerana kebanyakan harga rumah zaman sekarang adalah harga mampu tengok, maka agak mustahil untuk orang biasa beli rumah secara tunai.

Oleh itu, kemudahan pembiayaan pinjaman perumahan menjadi keperluan bagi mereka yang nak dapatkan rumah impian.

Tetapi, pembiaya-pembiaya (bank-bank, agensi-agensi) pula ada syarat dan terma mereka sendiri dalam meluluskan permohonan pembiayaan pinjaman perumahan.

Antara kriteria yang mereka akan lihat adalah jumlah pendapatan pemohon, komitmen kewangan lain, rekod bayaran kredit pemohon dan jenis rumah.

Jadi, dalam fasa pra-pembelian cara beli rumah pertama anda, amatlah penting untuk menilai kelayakan pembiayaan pinjaman perumahan anda.

Sebagai permulaan, boleh lihat dahulu perbandingan antara pakej-pakej pembiayaan pinjaman perumahan yang disediakan bank-bank di Malaysia.

Boleh lihat di iMoneyLoanStreetBolehCompare atau RinggitPlus

Daripada perbandingan ini, anda boleh senarai pendekkan pakej-pakej terbaik daripada bank-bank tertentu.

Kemudian, dengan membawa dokumen-dokumen berkaitan kewangan anda dan rumah yang ingin dibeli, anda boleh pergi ke bank-bank yang disenaraikan tersebut untuk mendapatkan penerangan lebih lanjut.

Anda boleh tanya berkenaan ciri-ciri pakej pembiayaan pinjaman perumahan tersebut di samping menilai kelayakan pinjaman anda dan juga mengira komitmen bayaran bulanan yang akan dikenakan.

SUMBER: JOMURUSDUIT.COM

 

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *