DAH SIGN LO BANK, APA LANGKAH SETERUSNYA? (HARTANAH SUBSALE)

Pembiayaan hartanah

Minggu lepas kita telah meneliti proses yang berlaku selepas menerima tawaran pembiayaan bagi hartanah dalam pembinaan (undercon). Pada minggu ini, mari kita teliti pula proses yang berlaku untuk pembelian di pasaran sekunder atau hartanah yang telah siap (hartanah subsale)

1. Buka akaun simpanan untuk arahan tetap. Kebanyakan bank kini mewajibkan anda mempunyai akaun simpanan/semasa dengan mereka apabila menerima tawaran pinjaman.

2. Daftar kemudahan online. Semua informasi yang diperlukan oleh anda akan diberikan secara digital. Informasi seperti baki pinjaman, bayaran ansuran, jumlah asal pinjaman, caj-caj lain yang dikenakan, penyata pinjaman dan lain-lain.

3. Pihak bank pula akan menyediakan dokumen Surat Arahan (LI) kepada peguam untuk menyediakan dokumen perjanjian pinjaman.

4. Pihak bank pula akan menyediakan dokumen Surat Arahan (LI) kepada valuer untuk menyediakan laporan jurunilai (valuation report)

Nota: Terdapat dua surat arahan (LI) yang dikeluarkan di sini berbanding hartanah dalam pembinaan (undercon) yang hanya mempunyai satu surat arahan (LI)

5. Peguam akan menghubungi anda untuk menandatangani dokumen jual beli (S&P) dan dokumen perjanjian pembiayaan selepas menerima LI daripada bank.

6. Tandatangan dokumen jual beli dan perjanjian pembiayaan apabila peguam telah siap menyediakannya.

7. Pada masa yang sama, valuer juga akan menghubungi anda untuk meminta kunci hartanah. Valuer perlu pergi ke hartanah tersebut untuk memeriksanya sebelum boleh mengeluarkan laporan jurunilai (valuation report) yang merupakan dokumen WAJIB sebelum bank boleh disburse duit kepada pihak penjual.

8. Sila bagi nombor agen hartanah anda kepada mereka untuk dihubungi bagi tujuan menjalankan pemeriksaan.

9. Sila selesaikan apa-apa caj tertunggak sama ada dari pihak peguam atau valuer apabila menerima invois daripada mereka (jika ada).

Ingat, bayar hanya kepada firma tersebut dan bukan kepada mana-mana individu.

10. Kedua-dua pihak ini akan menghantar dokumen yang diperlukan kepada bank.

11. Tunggu sehingga anda menerima surat daripada bank untuk memulakan bayaran. Di samping itu, saya menggalakkan anda terus berkomunikasi dengan peguam dan valuer untuk kemaskini status urusan pembiayaan anda.

Sekian sahaja untuk minggu ini.

Semoga bermanfaat!

Sumber:Hikayat hartanah

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  DUA JENIS INSURANS YANG DITAWARKAN SEMASA PROSES PEMBELIAN RUMAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *