Diskaun Bumiputera

Apakah Ia?

Pembelian Lot Bumiputera oleh warga bumiputera adalah tertakluk kepada diskaun sehingga 15% dari harga jualan asal. Peratus ini berbeza untuk setiap negeri dan di Johor, ia berkadaran langsung dengan harga hartanah. Senarai Diskaun Bumiputera dan Kuota Bumiputera dikategorikan menurut negeri boleh didapati disini.

Kebiasaanya, ketika dalam proses pembinaan, pemaju, dengan kebenaran kerajaan negeri, akan menetapkan beberapa unit sebagai lot bumiputera. Unit akan dipasarkan sebagai Lot Bumiputera dan hanya akan dijual kepada bumiputera. Kekurangan permintaan dari bumiputera menyebabkan pihak pemaju sukar untuk menjual unit tersebut untuk mengelakkan kerugian dan penalti dari pihak berkuasa.

Maka, daripada menetapkan sebahagian unit sebagai lot bumiputera, pihak pemaju akan mengumpulkan senarai pembeli bumiputera dan menetapkan ia sebagai lot bumiputera, dengan kebenaran pembeli. Bumi diskaun akan digunapakai dalam pembelian ini setelah kebenaran diberi oleh pembeli.

Pandangan Kedua

Bergantung kepada lokasi hartanah, Unit Bumi mungkin lebih sukar untuk dijual kerana terhad kepada Bumiputera sahaja. Menjangkakan kekurangan ini, kebanyakan bumiputera (pelabur hartanah terutamanya) tidak mahu membeli unit ini . Asas ekonomi menunjukkan bahawa kekurangan permintaan menyebabkan harga unit-unit itu tetap rendah. Walaupun harga hartanah disebelah (bukan bumi lot) meningkat secara mendadak, harga Lot Bumiputera masih kekal atau meningkat secara perlahan.

Walaubagaimanapun, tidak semua Lot Bumiputera mengalami keadaan ini. Hartanah yang terletak dikawasan majoriti Bumiputera (Shah Alam, Dengkil, Putrajaya), kebanyakkan permintaan datang dari bumiputera, maka pemilik tidak perlu risau dengan proses jualan hartanah ini.

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *