Ini adalah antara dokumen yang perlu anda bawa sebagai persediaan untuk berjumpa peguam hartanah.
Penjual (yang tak diwakili Peguam) perlu bawa atau sediakan :
1. Kad Pengenalana (IC)
2. Dokumen membuktikan Penjual adalah sebenarnya Tuanpunya seperti:
Perjanjian Jualbeli
Salinan Surat Hakmilik/Geran
Salinan Cukai Pintu/Cukai Tanah
Nombor Cukai Pendapatan
Resit/Bil Maintenance
Bil Api/Air/IWK TERKINI
Statement baki hutang (boleh juga print dari penyata online)
Perjanjian sewa (kalau disewakan)
Surat kuasa wakil/Power of Attorney kalau Penjual telah dilantik sebagai PA
Agreement/Dokumen yang sebabkan anada dilantik sebagai Attorney
Semua orang kena datang. Kalau 2 atau 3 ke atau berapa berapa jelah yang namanya ada, semua kena datang. Boleh datang serentak atau lain lain masa. Sebaiknya serentak sebab Peguam boleh attend sekaligus dan leh buat kerja lain pas tu
Kalau hartanah tiada/belum ada geran, bawa salinan Perjanjian Jualbeli masa beli, dan Perjanjian Jualbeli terdahulu dari owner lama yang jual pada Penjual. Bawa juga Loan Agreement dulu.
Surat surat dari Pemaju untuk yang belum keluar geran/strata. Ia memudahkan kerja.
Semoga bermanfaat 🙂
SUMBER: COACH HARTANAH