DUA JENIS INSURANS YANG DITAWARKAN SEMASA PROSES PEMBELIAN RUMAH

Pembiayaan hartanah

Tiga aspek penting perlu diberi penekanan apabila seseorang individu itu hendak atau sedang dalam proses membeli rumah iaitu pembiayaan, yuran dan surat perjanjian jual beli (S&P) serta insurans.

Namun, antara tiga aspek itu insurans adalah perkara yang paling kurang diberi perhatian dan difahami sepenuhnya oleh bakal pembeli.

Tahukah anda, terdapat dua jenis insurans ditawarkan semasa proses pembelian rumah iaitu Insurans Jangka Pengurangan Gadai Janji atau lebih dikenali Mortgage Reduce Term Assurance (MRTA) dan Insurans Jangka Tahap Gadai Janji atau Mortgage Level Term Assurance (MLTA) dalam bentuk konvensional dan Mortgage Reduce Term Takaful (MRTT) dan Mortgage Level Term Takaful (MLTT) yang Islamik serta patuh syariah.

Secara asasnya, semua jenis insurans dan takaful di atas adalah berkaitan gadai janji di mana ia bertujuan melindungi pinjaman rumah pembeli dengan menyelamatkan pihak yang memberi pinjaman (bank) dan pihak peminjam (pembeli rumah) jika pihak peminjam tidak dapat meneruskan bayaran ansuran pinjaman disebabkan meninggal dunia atau hilang upaya kekal.

Jika berlaku kejadian tidak dijangka itu, polisi MRTA dan MLTA yang dibeli peminjam bersama pinjaman perumahan yang dibuat sebelum itu dengan pihak bank akan berfungsi dengan membayar baki pinjaman tertunggak disebabkan masalah untuk membayar semula kerana peminjam mengalami kehilangan keupayaan untuk membayar.

MRTA adalah perlindungan insurans yang perlu dibeli bakal pembeli rumah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan (Total Permanent Disable) kepada peminjam di mana jumlahnya akan berkurangan mengikut baki pinjaman di sepanjang tempoh perlindungan.

MLTA pula adalah perlindungan insurans dengan tujuan sama dengan jumlah perlindungan berkadar rata atau sama di sepanjang tempoh perlindungan berkuatkuasa. Ia dianggap alternatif kepada MRTA dengan menawarkan lebih manfaat seperti simpanan dan pulangan di samping perlindungan kepada bakal pembeli rumah.

Sumber: Harian Metro

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  Pinjaman / Pembiayaan Rumah Islam di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *