Dua Jenis Perlindungan Yang Tidak Menyusahkan Ahli Keluarga Selepas Anda Beli Hartanah.

Nak Jual Rumah? Soalan-soalan Utama Kepada Perunding Hartanah

Bagaimana melindungi setiap hartanah yang kita beli?

Bagi seorang pelabur hartanah tegar, pemilihan perlindungan insuran untuk pinjaman perumahan sangat penting.

Ia bertindak sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman rumah yang dibayar sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

 

Apa kelebihan dan kekurangan insuran MRTA dan MLTA?

1. MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance).

2. MLTA (Mortgage Level Term Assurance).

 

MRTA (Mortage Reducing Term Assurance)?

Saya akan berkongsi beberapa komponen yang terdapat dalam MRTA.

Perlindungan: Ia tidak boleh dipindahkan kepada pembelian rumah baru atau pembiayaan semula (refinancing) dan nilai premium meningkat seiring umur.

Cash value: Cash value menurun sering tempoh pinjaman dan kita tidak akan dapat apa-apa ganjaran berbentuk tunai apabila tempoh pinjaman berakhir.

Penama: Bank akan jadi penama.

Pembayaran: Pembayaran adalah secara lump sum. Nilai MRTA dicadangkan oleh bank, berdasarakan nilai rumah kita.

Premium: Rendah.

Contoh premium: Apabila pihak bank sudah bagi nilai perlindungan RM1 juta dengan harga RM10,000, maka kita perlu bayar RM10,000 secara tunai.

Jika tiada kematian atau TPD (Total Permanent Disability / cacat kekal): Tidak akan dapat sebarang tunai.

Jika ada kematian atau TPD (Total Permanent Disability / cacat kekal): Syarikat insuran akan bayar baki pinjaman kepada bank dan penerima hanya terima rumah yang habis dibayar.

MLTA (Mortgage Level Term Assurance)?

Anda faham tentang MRTA? Ini pula perkongsian komponen berkaitan dengan MLTA.

Perlindungan: Boleh dipindahkan kepada pembelian rumah baru atau pada pembiayaan semula (refinancing

Cash value: Cash value yang tetap (dijamin) sepanjang tempoh pinjaman. Peminjam akan dapat jumlah pembayaran di masa hadapan (bergantung pada polisi insuran).

Penama: Penerima boleh jadi sesiapa sahaja.

Pembayaran: Pembayaran boleh dilakukan secara bulanan, suku tahunan, setengah tahun atau setahun.

Premium: Rendah.

Contoh premium: *Bayaran sebanyak RM303.60 secara bulanan atau RM3,643.20 secara tahunan atau RM109,296 sepanjang tempoh pinjaman.

* Contoh berdasarkan umur peminjam adalah 26 tahun dan pinjaman selama 30 tahun.

Jika tiada kematian atau TPD (Total Permanent Disability / cacat kekal): Dapat jumlah premium selepas tempoh pinjaman berakhir (Dalam contoh sebelum ini, RM109,296).

Jika ada kematian atau TPD (Total Permanent Disability / cacat kekal): Syarikat insuran akan bayar baki pinjaman kepada bank dan penerima akan terima tunai serta rumah yang telah habis dibayar.

 

Apakah jenis perlindungan yang bersesuaian dengan hartanah kita?

Dengan memahami konsep MRTA dan MLTA, kita dapat tahu perlindungan kewangan yang bersesuaian dengan objektif hartanah kita.

Jadi apakah perlindungan yang biasa orang ambil?

Ini jawapan saya apabila bertanya ramai pelabur hartanah tegar,

“BIASANYA PEMILIHAN MRTA DAN MLTA INI LEBIH SESUAI UNTUK PEMILIK RUMAH APABILA MEREKA BELI RUMAH UNTUK DUDUK SENDIRI.”

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *