HARGA RUMAH RM450,000, INSTALLMENT RM1,000 JE SETIAP BULAN?

Bagaimana Hebat Realtors Membantu Pembeli Hartanah

Semua orang pasti nak ada paling kurang 1 rumah setiap seorang.

Kalau bukan untuk pelaburan, paling kurang pun, mesti untuk duduk sendiri. Lagi-lagi untuk anda yang dah berumah tangga.

Tanggapan umum tentang “kena beli rumah dulu sebelum beli benda lain” ada masanya, boleh jadi tak berapa kena dengan kapasiti kewangan seseorang.

Takde masalah pun nak menyewa dulu selagi mana anda belum mampu untuk membeli.

Betul ke menyewa lebih baik daripada membeli rumah?

Mungkin kenyataan ni nampak songsang di mata ramai orang. Tapi, anda boleh fikirkan sendiri logiknya.

Perkara ni bergantung kat sesuatu lokasi dan bukan terpakai kepada semua jenis hartanah.

Persepsi beli rumah mesti untung adalah satu persepsi yang tak sesuai diguna pakai lagi pada masa sekarang. Dan setiap masa, dah jadi tanggungjawab penyewa untuk membuat pilihan yang baik dan tepat untuk memiliki sesebuah hartanah.

Ada beberapa perkara yang anda kena selidik dan kaji dulu seperti lokasi tumpuan penyewa, lokasi yang matang, lokasi yang banyak kosong, lokasi duduk sendiri, dan yang lain-lain.

Nah, saya bagi satu contoh lokasi yang menjurus untuk sewaan dengan kepadatan penduduk yang harga jualannya RM450,000. Tapi market sewa dalam lingkungan RM1,000 sebulan.

Kalau anda tanya saya, saya akan jawab macam ni:

“LEBIH BAIK MENYEWA DARIPADA BELI RUMAH TU.”

Kalau anda beli rumah tu, anda kena keluarkan deposit lebih kurang RM50,000 termasuk kos yang lain. Lepas tu, monthly installment lingkungan RM2,000. Maintenance fee lagi. Profit keuntungan bank je dah capai RM1,500.

Lain cerita kalau anda menyewa pulak. Deposit (entry cost) yang anda kena keluarkan hanya lebih kurang RM3,500 dan sewa bulanan hanya RM1,000 je.

“Takpe rugi kejap. Kami tunggu harga rumah tu naik”

Anda kena fahamkan dulu. Biasanya, lokasi rumah tumpuan penyewa tak lari jauh daripada pengaruh market rental (pasaran penyewa).

Saya bagi contoh. Kalau sekarang anda menyewa RM1,000, tapi sewa purata kawasan tu RM2,000, baru la nilai hartanah tu match dengan harga RM450,000.

Anda fikir sewa akan naik mendadak dalam tempoh 4, 5 tahun?

Fikir balik baik-baik.

Kalau kawasan tu ramai penyewa dan market rental dalam RM1,000 sebulan dan market value rumah kawasan tu RM450,000, mungkin kawasan tu dah terkena penangan “teori spekulator.”

“Habis tu, nak menyewa sampai ke tua ke?”

Saya tak maksudkan macam tu. kita ada banyak pilihan untuk cari rumah yang lain, yang mana berpotensi untuk bina cash flow positif dan kenaikan nilai rumah (market value).

Anda boleh sewakan rumah yang anda beli tu dan anda boleh menyewa untuk duduk sendiri kat rumah lain.

Tapi, kalau anda nak jugak beli unit tu (mungkin sebab anda memang dah lama nak beli), anda tak boleh letak faktor positive cash flow pada hasil sewaan.

Anda hanya boleh jana untung dengan kenaikan harga rumah (capital appreciation) untuk tempoh pendek atau sederhana.

Dan kalau anda beli rumah semata-mata untuk duduk sendiri, anda kena bersedia dari sudut kemampuan kewangan (komitmen), dan tak mengharapkan sebarang pulangan cepat.

Kalau confirm anda mampu, tak salah beli terus

Kalau anda tak percaya, boleh kaji sendiri sesuatu kawasan yang mana majoriti penduduk kawasan itu terdiri daripada penyewa.

Ini antara contoh benchmark yang neutral:

Sewa RM600 = Nilai rumah RM120,000.
Sewa RM800 = Nilai rumah RM160,000.
Sewa RM1,000 = Nilai rumah RM200,000.
Sewa RM1,200 = Nilai rumah RM240,000.
Sewa RM1,500 = Nilai rumah RM300,000.
Sewa RM2,000 = Nilai rumah RM400,000.
Sewa RM3,500 = Nilai rumah RM700,000.

Pandangan tehadap benchmark harga sewa tak boleh gunakan untuk kawasan yang matured dan kepadatan penduduk kat situ adalah orang yang duduk sendiri (own stay).

Kalau anda mampu beli rumah pada harga macam ni, tak rugi untuk anda beli. Potensi kenaikan harga rumah ni lebih jelas sebab mereka yang nak beli memang untuk kegunaan sendiri.

Kalau anda dah suka dan mampu, apa salahnya anda beli terus, kan?

SUMBER : GILA HARTANAH 

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *