EKOVEST MAHU PEROLEH PROJEK SEHINGGA RM800J

4

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Syarikat pemaju infrastruktur, Ekovest Bhd. (Ekovest), menjangkakan dapat me­ngaut kontrak-kontrak pembinaan bernilai se­hingga RM800 juta bagi tahun kewangan berakhir Jun 2017 sebagai tambahan kepada RM6.6 bilion kontrak kerja yang dimiliki syarikat itu.
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Lim Keng Cheng berkata, selain nilai kontrak pembinaan tersebut, syarikat turut mempunyai aset-aset di dalam sektor hartanah dengan nilai pembangunan kasar RM7.8 bilion dan jualan yang masih belum dibilkan sebanyak RM576 juta.
Kata beliau, Ekovest berpotensi untuk terus berkembang berdasarkan beberapa projek yang telah dibida syarikat termasuklah aliran transit ringan tiga (LRT3), kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura, Lebuh Raya Pan Borneo dan beberapa lagi yang dianggarkan mencecah nilai terkumpul sebanyak RM10 bilion.

“Berdasarkan pengalaman serta tahap kewangan yang ada, kami memiliki kelebihan untuk me­rebut beberapa pro­jek mega yang akan dilancarkan,” katanya kepada pemberita se­lepas me­syuarat agung tahunan (AGM) Ekovest di sini hari ini.
Ekovest disenaraikan di Bursa Malaysia dengan sahamnya didagangkan sekitar RM2.33 sesaham menjadikan nilai pasarannya hampir RM2 bilion.
Awal bulan ini, anak syarikat Ekovest, Nuzen Corporation Sdn. Bhd., melupuskan 40 peratus kepentingannya di dalam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) (Kesturi) kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melibatkan RM1.13 bilion.

Nuzen ialah syarikat pegangan Kesturi yang merupakan pemegang konsesi Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), sepanjang 34 kilometer, membabitkan dua fasa dengan tempoh konsesi 54 tahun.

Sumber :UTUSAN 

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  3 PERKARA ASAS DAN KREATIF MELABUR DALAM HARTANAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *