IKUTI PETUA BELI HARTANAH

Ramai orang beranggapan membeli hartanah dan rumah adalah sangat sukar dan seringkali mereka mengalah dan ‘rela’ menyewa berbanding membeli rumah sendiri. Kami di Hartabumi memahami kesulitan yang anda hadapi dan kami sediakan panduan beli rumah dari a – z khusus kepada pembeli rumah pertama.

Terdapat 20 langkah yang wajib anda ikuti dalam panduan beli rumah a-z ini dan setiap rantaian langkah itu bersangkutan antara satu sama lain.

1. Kumpul Modal.

Kos asas untuk pembelian rumah atau hartanah merangkumi deposit rumah , SPA dan duti setem. Untuk deposit rumah, anda perlu sediakan 10% daripada harga rumah idaman anda dan bagi SPA ialah 3% harga rumah manakala duti setem ialah 2.5% daripada harga rumah.

2. Cari Ilmu.

Bidang hartanah adalah luas dan anda perlu mendapatkan ilmu hartanah bagi mengelakkan anda tersilap langkah dan kerugian. Anda boleh belajar ilmu hartanah daripada ejen hartanah, membeli buku atau ebook, menonton YouTube, FB Live dan sebagainya.

3. Sediakan Profil Kewangan.

Anda wajib mempunyai sumber pendapatan yang konsisten dan mengisytiharkan diri anda untuk cukai. Selain itu, elakkan berhutang dan konsistem dalam menyimpan mahupun dalam pelaburan. Setiap perkara ini anda dokumenkan agar mudah untuk pihak bank menyemak profil kewangan anda.

4. Semak CCRIS dan CTOS.

Tahukah anda, segala tunggakan anda dengan bank lain direkodkan di dalam CCRIS dan CTOS. Jika anda berhasrat untuk membeli rumah, pastikan lejar CCRIS dan CTOS anda adalah baik. Jika tidak, maka pihak bank sukar untuk meluluskan pinjaman bagi pembelian hartanah.

5. Kira Kelayakan Anda.

Untuk mengira kelayakan anda adalah tidak sukar, anda boleh pergi ke mana-mana institusi perbankan di Malaysia dan tanyakan kelayakan pinjaman perumahan anda. Setiap bank mempunyai kadar faedah yang berbeza dan anda haruslah bijak dalam melihat peluang.

6. Beli Untuk Duduk atau Pelaburan?

Bila anda telah mula masuk di dalam ‘industri’ hartanah, anda harus tahu samada rumah yang hendak anda beli itu untuk tujuan anda duduk ataupun sewakan kepada orang lain. Hal ini kerana, kedua-dua objektif adalah berbeza dan anda harus menetapkan pegangan anda sebelum membeli rumah tersebut.

7. Rumah Pilihan Anda.

Seterusnya, tibalah masa untuk anda mula mencari jenis rumah pilihan anda samada jenis subsale, rumah undercon mahupun rumah baru. Memandangkan terdapat banyak projek pembangunan hartanah pada tahun ini, anda mempunyai banyak pilihan sebelum membuat keputusan.

8. Jenis Pelaburan Yang Anda Hendak Masuk.

Jika anda sememangnya berniat membeli hartanah untuk tujuan pelaburan, maka pastikan dengan betul jenis pelaburan yang hendak anda lakukan seperti konsep AirBnB, sewa kontrak, rumah tumpangan dan sebagainya. Pastikan anda belajar ilmu pelaburan hartanah dengan baik.

9. Putuskan Pembelian Rumah Dari Pasaran Apa.

Selepas itu, anda perlu pastikan apakah pasaran rumah yang hendak anda masuk samada ianya adalah pasaran lelong, rumah undercon mahupun jenis subsale. Ketiga-tiga jenis rumah adalah dalam pasaran yang berbeza.

10. Tengok Bajet.

Bajet mempengaruhi jenis rumah yang akan anda beli samada untuk dihuni mahupun dibuat pelaburan. Jadi, pastikan anda lihat dan semak bajet anda, kerana dikhuatiri tersilap melihat harga rumah maka seluruh strategi pelaburan yang anda rencanakan akan terbantut.

11. Nak Beli Sendiri Atau Dengan Ejen.

Pada hemat kami, adalah lebih baik untuk anda beli hartanah melalui ejen kerana urusan bank dan dokumen akan diselesaikan oleh ejen. Jika anda mempunyai masa yang lapang dan tahu langkah untuk pembelian hartanah, tiada masalah untuk anda beli sendiri tanpa khidmat ejen hartanah.

12. Kenal Pasti Lubuk Iklan Hartanah.

Anda harus tahu dimana platform ideal mengenai hartanah atas tujuan untuk mencari hartanah dan mengiklan hartanah. Hal ini kerana, platform yang tepat mampu menyingkatkan masa anda dan membolehkan anda mendapat prospek yang tepat.

13. Semak Harga Pasaran.

Sekali lagi, sebelum anda membuat sebarang tindakan untuk menandatangani dokumen pembelian hartanah, pastikan anda semak harga hartanah yang anda hendak beli di pasaran. Hal ini kerana, harga di pasaran boleh berubah atas pelbagai faktor.

14. Sign Booking (OTP).

Selepas anda menyemak harga pasaran, maka anda hendaklah menandatangani dokumen booking atas hartanah yang hendak anda beli.

15. Mohon Pinjaman Perumahan dari Dua Bank.

Jangan lupa untuk mohon pinjaman perumahan dari dua bank yang berbeza. Hal ini kerana, anda terpaksa menunggu sekurang-kurangnya tiga (3) bulan jika bank yang anda mohon itu tidak meluluskan permohonan anda.

16. Tandatangan Perjanjian Pinjaman Perumahan.

Selepas permohonan anda diluluskan, dan anda juga telah menandatangani LO (offer letter), maka tibalah masa untuk anda turunkan tandatangan bagi perjanjian pinjaman perumahan dengan pihak bank.

17. Tandatangan SPA & Bayar 6.82%

Selepas itu, anda perlu menandatangani surat perjanjian SPA dan bayar baki 6.82% (deposit) tersebut kepada pihak pemaju hartanah tersebut.

18. Follow Up Peguam.

Sila follow up peguam yang menguruskan segala urusan perjanjian dan dokumentasi pembelian hartanah anda agar tidak berlaku sebarang kesulitan yang boleh menyebabkan kelewatan anda mendapat kunci rumah baru anda.

19. Bank ‘Disburse’ Pinjaman.

Bank akan ‘disburse’ pinjaman permohonan untuk selesaikan tunggakan pemilik rumah.

20. Bank Disburse Kali Kedua Menjadi Full Disbursement.

Selepas itu, pihak bank yang memberikan anda pinjaman perumahan akan ‘disburse’ sekali lagi (dua kali) agar ianya menjadi ‘full disbursement’.

Itulah sedikit sebanyak perkongsian mengenai langkah-langkah dalam panduan beli rumah a-z. Semoga anda semua yang membaca mendapat manfaat dari artikel ini dan mampu membeli hartanah idaman anda kelak!

sumber: hartabumi.com

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *