Pelaburan Hartanah

Pelaburan Hartanah

 

Artikel Terkini Pelaburan Hartanah

  • Pembiayaan hartanah APA ITU MARGIN PEMBIAYAAN (MOF)

    Kebiasaannya, untuk rumah pertama, ramai yang layak untuk dapat 90% margin pembiayaan. Namun, ada sesetengah kes bila mohon pembiayaan dengan bank, mereka tak dapat 90% untuk pembiayaan perumahan. Nak tahu lebih lanjut? Jom kita sama-sama hadamkan perkongsian Tuan Amir Syahir ni. Mungkin ramai yang sudah tahu pasal MOF ni. Tapi sebagai ulang kaji, tak salah kan. Dulu, […]

  • HuhjpT4.png BOLEHKAH ANDA PERCAYA EJEN HARTANAH ANDA?

    Kebanyakan pembelian rumah dan sewaan telah dilakukan dengan bantuan ejen hartanah pada masa sekarang. Kedua-dua pihak boleh mendapatkan kemudahan dan perlindungan sekiranya mempunyai ejen hartanah sebagai orang tengah. Pemilik boleh menjual rumah mereka tanpa bertemu dengan pembeli yang berpotensi (terutamanya bagi pemilik yang tinggal di luar negara atau pemilik yang memegang sebilangan besar hartanah).

    Pembeli juga boleh memastikan bahawa deposit mereka adalah dalam keadaan selamat semasa perunding mengendalikan wang daripada papan berdaftar, bukannya memindahkan wang secara langsung kepada penjual.

    Walau bagaimanapun, sebahagian ejen hartanah adalah kejam dan mereka tidak jujur sepenuhnya. Kami sedang berbincang tentang rumah anda. Anda akan berada dalam keadaan yang memalukan kepada beberapa lama setelah anda membeli rumah yang bocor, berhantu, anai-anai yang memenuhi rumah daripada ejen hartanah.

    Marilah kita melihat beberapa ciri yang harus dimiliki oleh ejen anda. […]

  • auctionnnn.jpg HARTANAH LELONG MERUPAKAN PELABURAN BERPOTENSI

    KUALA LUMPUR: Bakal pembeli terutama bagi mereka yang ingin membeli kediaman pertama boleh mempertimbangkan hartanah lelong sebagai alternatif kepada pasaran utama atau pasaran sekunder.   Pengasas Superior Wealth Mastery, Alan Poon, berkata pembelian hartanah lelong masih menawarkan potensi pelaburan yang baik jika mengikut kaedah serta pengurusan yang betul.   “Lelongan hartanah diadakan hampir setiap hari […]

  • PELABURAN SAHAM DALAM HARTANAH

    Pelaburan saham dalam bahasa mudah bermaksud satu aktiviti pelaburan dengan membeli unit atau ekuiti organisasi atau institusi dan bertujuan untuk mencapai keuntungan maksimum. Namun begitu, pelaburan saham dalam hartanah masih lagi hijau dalam kolam rakyat Malaysia khususnya Bumiputera. Bila sebut sahaja pelaburan hartanah, kebiasaannya orang akan faham mereka perlu beli rumah atau tanah untuk memulakan […]

  • property-fraud.jpg PENIPUAN DALAM URUSAN JUAL BELI TANAH

    Sentiasa berjaga-jaga dengan penjenayah jual beli hartanah.

    Tanah adalah aset terpenting, terutamanya bagi individu yang mempunyai perancangan pelaburan jangka panjang.

    Pelaburan dengan tanah jika dibuat mengikut prosedur betul, boleh menjana pulangan yang menguntungkan.

    Tapi dalam keghairahan membuat pelaburan dengan tanah, ramai yang pernah kecundang dengan nafsu sendiri. Kebanyakkan yang tak ada tanah berlumba-lumba mendapatkan tanah.

    Bagi yang memiliki tanah, macam-macam perancangan bermain kat kotak fikiran. Setiap masa terbayang-bayang nilai ‘Ringgit Malaysia’ kat mata mereka.

    […]

  • Website-Under-Construction.jpg KETAHUI BAJET SEBELUM MENGUBAHSUAI RUMAH ANDA

    BIDANG hartanah tidak tertumpu kepada jual beli rumah atau pembinaan kediaman sahaja, sebaliknya merangkumi aspek yang lebih luas. Pengubahsuaian rumah juga termasuk dalam kelompok sama kerana melibatkan ciri-ciri yang ada dalam hartanah.

    Namun, tugas untuk mengubahsuai rumah bukan semudah seperti yang disangka. Memiliki bengkel kabinet sendiri, Mohd Ashry Abd Hamid akan turun padang berbincang dengan pemilik kediaman secara langsung bagi memberi idea dan khidmat nasihat.

    Boleh cerita mengenai bidang pengubahsuaian rumah, apakah ada syarat tertentu bagi pemilik rumah?

     

    Pertama sekali, selaku pengarah projek yang akan melakukan pengubahsuaian rumah, kami perlu mengetahui bajet pelanggan terlebih dahulu. Dengan ini, barulah kami boleh melakukan pengiraan mengikut bajet pelanggan. […]

  • 10 Tips Mudah Untuk Membantu Anda Membeli Rumah Pertama HARTANAH SEBAGAI PELABURAN

    Kenapa anda perlu memilih hartanah sebagai portfolio pelaburan anda? 1) Kestabilan Harga Hartanah merupakan aset yang mempunyai kestabilan dari segi nilai. Malah, nilai hartanah akan terus meningkat saban tahun. Berbanding kereta, nilainya semakin susut. Namun, trend anak muda lebih cenderung memiliki kereta mewah berbanding memiliki sebuah kondominium. 2) Sumber Pendapatan Pasif Rumah yang dibeli dan […]

  • Galak ceburi pelaburan hartanah strata GALAK CEBURI PELABURAN HARTANAH STRATA

    TUTONG, 16 Mei – Dalam usaha memberigakan semula mengenai kelebihan pemilikan hartanah menggunakan kaedah hak milik strata dan prosedur memprosesnya, Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan telah meneruskan lagi siri jerayawaranya di Dewan Seri Kenangan, Daerah Tutong, pagi tadi. Jerayawara tersebut menyentuh mengenai Pengenalan Akta Hak Milik Strata, Proses Pecah Bahagi Bangunan Strata, Proses Pindah Milik Hak […]

  • harga_hartanah.jpg KENALPASTI HARGA PASARAN

    Kenalpasti Harga Pasaran Hartanah Anda!! Sebelum hartanah dijualbeli, adalah penting untuk pihak penjual mahupun pembeli untuk mengetahui harga pasaran. Harga pasaran penting bagi mengelakkan berlakunya kesukaran semasa proses pindah milik kelak. Sudah menjadi kebiasaan penjual untuk merujuk harga semasa di laman web hartanah seperti Mudah, Iproperty, Propertyguru dan sebagainya. Walaubagaimanapun harga yang di iklankan terlalu […]

  • 10.10.16 House and Money Large Pic1 PERLABURAN LUAR NEGARA

    Kuala Lumpur: Pelaburan hartanah di luar negara adalah satu portfolio boleh dipertimbangkan oleh rakyat di negara ini untuk menjana pendapatan lebih tinggi, namun ia perlu dilakukan dengan pengetahuan bagi mendapatkan pulangan yang diharapkan, sekali gus mengelakkan daripada penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    Ketua Pegawai Eksekutif IM Global Property Consultant Sdn Bhd, Ishak Ismail berkata, pelaburan seumpama itu bukanlah satu perkara baru di negara ini, namun ia dilihat semakin meningkat apabila golongan berpendapatan sederhana tinggi mula menerokai bidang terbabit sebagai langkah untuk menjana pendapatan. […]

  • 02.jpg BAGAIMANA MENENTUKAN RUMAH IDAMAN ANDA?

    Apabila mendapat dua pilihan hartanah yang hampir sama, cuba kembali kepada asas sebenar dan membuat pertimbangan serta mengukur setiap perkara secara objektif sekali lagi. Sebelum anda mengikut kata hati dan memilih untuk mempunyai panduan sendiri yang ditampal di dinding. Hentikan perbuatan itu. Tanya diri anda sendiri beberapa soalan penting ini. Apakah pilihan dan kriteria peribadi anda?

    Adakah anda sedang mencari rumah yang mesra kanak-kanak? Jika inilah faktornya, anda perlu mencari kediaman bertanah dengan ruang besar di dalam kawasan yang mempunyai kemudahan mencukupi untuk kanak-kanak. Anda juga perlu mempunyai ruang di dalam rumah yang selamat untuk kanak-kanak, iaitu tidak mempunyai terlalu banyak anak tangga atau ruang terbahagi seperti yang terdapat dalam rumah bandar serta banyak lagi. […]

  • Buying Property In UK Australia How Does It Work 1 MAKIN RAMAI PELABUR MALAYSIA BELI HARTANAH DI AUSTRALIA , UK

     

    KUALA LUMPUR: Pelaburan Malaysia dalam bidang hartanah di luar negara terutama di Australia dan United Kingdom (UK) terus meningkat, lapor laman ekonomi The Investor.
    Ia berikutan penurunan mata wang pound sterling dan dolar Australia serta kelembapan pasaran di negara Asia Tenggara lain.

    Laporan yang disiarkan semalam itu memetik penganalisis firma pelaburan JLL Nick Charlton sebagai berkata, sebelum UK menarik diri daripada Kesatuan Eropah (EU), hartanah di sana tidak menarik perhatian pelabur Malaysia susulan ringgit terlalu lemah berbanding pound.
    Katanya, bagi Australia pula, antara faktor yang menarik pelabur Malaysia ke sana ialah terma pajakan jangka lama yang mampu memberi pulangan sama atau lebih baik berbanding hartanah komersial utama di Kuala Lumpur.

    […]

  • ISTILAH & PERKARA YANG PATUT PELABUR HARTANAH PERLU TAHU

    1- BU ~ Build Up / Keluasan Bangunan 2- LA ~ Land area / Keluasan Tanah 3- ROI ~ Return of Investment 4- BR ~ Base Rate. Kadar interest atau caj bank menggantikan BLR. Berdasarkan COF (cost of fund) & SRR (Statutory Reserved Requirement) (Sila Download imoney. my) 5- BLR ~ Base Lending Rate. Berdasarkan […]

  • BETUL KE HARGA RUMAH LAGI 2 TAHUN AKAN JATUH?

    Pesanan Ini Untuk Anak – Anak Muda Anak muda yang kacak dan jelita, belian hartanah ada 3 cara. Beli dari pemaju, pasaran sekunder dan pasaran lelongan. Pasaran yang dimaksudkan oleh Profesor ini mungkin belian dari pemaju. Ada dua pasaran lagi yang kita boleh beli, iaitu sekunder atau bahasa kampungnya rumah terpakai dan hartanah terlelong. Pasaran […]

  • gambar8 1 ELAK EJEN HARTANAH HARAM

    MEMBELI rumah hakikatnya bukanlah seperti membeli ikan di pasar. Banyak perkara remeh yang perlu diberi penelitian. Malah, pemilihan ejen hartanah adalah antara perkara penting yang sering diambil mudah oleh ramai orang.

    Pastikan anda menyiasat terlebih dahulu setiap ejen yang ditemui bagi mengelak sebarang risiko penipuan. Walaupun dijanjikan kadar bayaran yang lebih murah, mengambil khidmat ejen tidak berdaftar ibarat anda mengundang petaka dalam urusan pembelian aset anda.

    Ini kerana banyak kes penipuan mengenai pembelian hartanah berlaku seperti yang dilaporkan kepada Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH).

    Secara teknikal, ejen hartanah bertanggungjawab untuk menjual atau menyewa sebarang hartanah kepada pembeli pada kadar tertentu.

    Ini meliputi sama ada tanah kosong untuk pertanian atau pembangunan, rumah, bangunan pejabat, kilang serta gudang. Di samping itu, mereka juga berperanan mencari hartanah dengan spesifikasi tertentu yang dikehendaki oleh pembeli sama ada individu atau korporat. […]

  • MIPPM.png INSTITUT HARTANAH GESA KERAJAAN TINGKATKAN IBS UNTUK TURUNKAN KOS RUMAH

    KUALA LUMPUR: Institut Pengurus Hartanah Profesional Malaysia (MIPPM) mengesyorkan agar kerajaan dapat meningkatkan penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan membenarkan pengenalan konsep ‘rumah kerangka’ untuk menjadikan perumahan lebih mampu dimiliki. Presidennya, Sarkunan Subramaniam berkata, perumahan mampu milik adalah satu daripada isu penting dalam ekonomi Malaysia hari ini dalam usaha menyediakan lebih banyak rumah kepada orang […]

  • Kareer Hartanah 4 KELEBIHAN MELABUR DALAM HARTANAH

    Ramai yang menganggap bahawa pelaburan hartanah adalah untuk orang kaya sahaja. Memerlukan deposit yang banyak, gaji yang tinggi, kajian yang menyeluruh dan penyediaan dokumen sokongan yang banyak.

    Namun, ramai juga yang sudah menunjukkan minat dalam pelaburan hartanah dan ia adalah satu petanda yang baik. Apakah yang menyebabkan mereka ingin melabur dalam hartanah? Kami akan kongsikan beberapa kelebihan yang anda boleh dapat jika melabur dalam hartanah. […]

  • 4 EKOVEST MAHU PEROLEH PROJEK SEHINGGA RM800J

    KUALA LUMPUR 23 Nov. – Syarikat pemaju infrastruktur, Ekovest Bhd. (Ekovest), menjangkakan dapat me­ngaut kontrak-kontrak pembinaan bernilai se­hingga RM800 juta bagi tahun kewangan berakhir Jun 2017 sebagai tambahan kepada RM6.6 bilion kontrak kerja yang dimiliki syarikat itu.
    Pengarah Urusannya, Datuk Seri Lim Keng Cheng berkata, selain nilai kontrak pembinaan tersebut, syarikat turut mempunyai aset-aset di dalam sektor hartanah dengan nilai pembangunan kasar RM7.8 bilion dan jualan yang masih belum dibilkan sebanyak RM576 juta.
    Kata beliau, Ekovest berpotensi untuk terus berkembang berdasarkan beberapa projek yang telah dibida syarikat termasuklah aliran transit ringan tiga (LRT3), kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura, Lebuh Raya Pan Borneo dan beberapa lagi yang dianggarkan mencecah nilai terkumpul sebanyak RM10 bilion. […]

  • BSN New Logo BSN PERUNTUK RM6 BILION SKIM PERUMAHAN BELIA

    KUALA LUMPUR 15 Nov. – Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan 20,000 pemohon pinjaman dengan peruntukan bernilai RM6 bilion di bawah Skim Perumahan Belia bagi pembeli rumah pertama peluang untuk memiliki hartanah.
    Timbalan Ketua Eksekutif Perbankan Runcit BSN, Frede­rick Siew Kin Meng berkata, institusi per­bankan itu juga sedang meneroka kerjasama strategik bersama pelbagai pemaju hartanah sejajar dengan inisiatif kerajaan dalam pengumuman Bajet 2017.

    […]

  • 201312otoritas-jasa-keuangan-virtualservice-net-b.jpg 9 ASAS PERBANKAN YANG PERLU DIKUASAI DALAM PELABURAN HARTANAH

    Berdasarkan pengalaman Abe Nazz membantu pembeli rumah dan pelabur hartanah, satu kekangan utama mereka untuk mendapatkan kelulusan pinjamn bank adalah disebabkan gagal memahami prosedur dan cara pihak bank menilai peminjam. Ilmu asas memahami cara pihak bank berfikir ini amat penting terutama pembeli rumah pertama kerana meraka ini selalunya yang sering gagal mendapat pinjaman bagi kediaman idaman mereka.

    Selain itu ilmu asas ini amat penting bagi pihak pelabur hartanah yang ingin menaikkan portfolio hartanah mereka. Sekiranya anda mahu menjadi seorang pelabur hartanah yang professional, anda mestilah mahir selok-belok teknik meminjam wang dari rakan kongsi terbaik anda yakni pihak bank. Mari kita fahami ilmu asas ini. Apabila asas sudah kukuh, barulah kita mampu mempelajari teknik tahap yang lebih tinggi. […]