INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH

medical-travel-insurance.jpg

Sebenarnya terdapat juga satu lagi insurans/takaful yang perlu anda ketahui di dalam pelaburan hartanah ini iaitu insurans/takaful kebakaran. Tidak seperti insurans/takaful diri, insurans/takaful kebakaran ini dibayar secara konsisten setiap tahun dan premium yang perlu dibayar pula pada aku agak berpatutan.

Cumanya, satu tip ingin aku kongsikan di sini berkaitan insurans/takaful jenis ini ialah, pastikan anda tidak ‘terlebih insure‘ insurans/takaful ini terutamanya bagi pemilik hartanah bertingkat yang diuruskan oleh pihak pengurusan bangunan. Terlebih insure di sini membawa maksud, anda terpaksa membayar 2 kali untuk perlindungan yang sama.

 

“Bagaimana boleh terbayar 2 kali Bro?”

 

Bagi anda yang mungkin pertama kali memiliki rumah bertingkat, kebiasaannya polisi jenis ini akan dikeluarkan oleh 2 pihak iaitu pihak bank dan juga pengurusan bangunan. Pada awalnya, aku juga pernah ‘terkena’ kerana sangkaku ketika itu ianya adalah 2 jenis insurans/takaful yang berbeza tetapi setelah dinasihati oleh mentor aku, barulah aku menyedari yang ianya adalah untuk risiko yang sama. Justeru, apa yang anda boleh lakukan ialah :

 

Jangan bayar premium salah satu polisi yang ingin anda terminate itu.

Tulis satu ‘termination letter’ untuk salah satu polisi kebakaran tersebut.

Sertakan satu salinan polisi yang sedia ada dari pihak yang satu lagi.

Jika anda telah terbayar, cuba dapatkan kembali refund dari pihak insurans/takaful.

Moga entri ini mampu memberi manafaat kepada para pelabur, terutamanya yang newbie.

 

SUMBER: BLOG ABANG ENSEM

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...
BACA JUGA:  HARTANAH: DI MANA KEDUDUKAN MELAYU?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *