Jangkaan Pasaran Hartanah 2019

hartanah 2019

Harga rumah akan turun

Kredit: Rescom

Melihat kembali kepada data-data hartanah 2018, secara umumnya bilangan rumah tidak terjual semakin meningkat. Bilangan rumah tidak terjual meningkat sebanyak 48.35% daripada 20,304 unit (2017) kepada 30,115 unit (2018).

Mengapa rumah ini gagal dijual?

“Hal ini kerana berlaku ketidaksepadanan antara permintaan dan bekalan. Rata-rata rakyat Malaysia tidak mampu membeli rumah kerana harga yang terlalu mahal.”

Baca : Harga Rumah di Penang Turun

Adakah pemaju akan mengurangkan harga rumah?

Kebanyakan syarikat pemaju hartanah di Malaysia kini mengalami pengurangan keuntungan berbanding tahun sebelumnya. IOI Property Group mencatatkan penurunan hasil sebanyak 33.3% daripada RM4.2 juta kepada RM2.8 juta.

Kredit: Malaysia Stock Biz

Kredit: Malaysia Stock Biz

Dengan bilangan rumah tidak terjual yang semakin meningkat, ada kemungkinan pemaju akan memberikan diskaun bagi rumah ini. Bagi projek baru pula, pemaju akan lebih memfokuskan kepada rumah mampu milik berbanding rumah mewah.

Produk pembiayaan inovatif daripada bank
Berdasarkan beberapa sumber, pihak bank akan mengeluarkan produk baru bagi membantu meningkatkan pemilikan rumah di Malaysia. Namun tidak diketahui secara spesifik produk bagaimanakah yang akan dikeluarkan.

Baca : CIMB Perkenal Pembiayaan Kediaman Sepantas 60 Saat

Masalah yang biasa dihadapi pembeli rumah ketika memohon pinjaman adalah kelulusan pinjaman yang memakan masa yang panjang atau pun sukar mendapatkan kelulusan pinjaman kerana syarat yang terlalu ketat.

Ketika ini, CIMB telah mengeluarkan produk pinjaman kenderaan yang hanya memerlukan masa 1 minit sahaja untuk mendapatkan kelulusan iaitu CIMB 1-Minute Home Financing InstaApproval. Mungkin selepas ini bank lain turut akan mengikuti jejak langkah CIMB.

Kredit: CIMB

Lebih banyak pemain industri akan memperkenalkan model P2P atau crowdfunding
Dalam Belanjawan 2019 yang lalu, buat pertama kalinya konsep P2P diperkenalkan sebagai bantuan kewangan kepada pembeli rumah pertama. Kami menjangkakan pada tahun 2019 nanti, lebih produk baru dengan konsep yang lebih kurang sama akan diperkenalkan.

Baca : Crowdfunding Hartanah ; Skim atau Scam?

Sebagai contoh di Amerika Syarikat, Syarikat HomeFundMe menyediakan platform untuk membantu pembeli rumah mendapatkan bayaran muka melalui crowdfunding. HomeFundMe tidak menjanjikan sebarang pulangan kepada pemberi wang seperti mana FundMyHome.

Lebih ramai akan menyewa
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, menyewa jauh lebih murah daripada membeli murah. Dengan kos sara hidup yang tinggi serta gaji yang rendah, membeli rumah bukan lagi satu pilihan kepada mereka.

Tambahan lagi trend orang muda yang gemar berpindah-randah atau hidup gaya nomad menyebabkan mereka lebih gemar menyewa berbanding membeli rumah. Mereka lebih mementingkan ‘mobility’, mudah bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Baca : Anak Muda Kini Tidak Berminat Dengan Komitmen Jangka Panjang?

German contohnya, walaupun ianya sebuah negara berpendapatan tinggi, tetapi kadar pemilikan rumah di sana antara yang terendah di dunia. Kadar pemilikan rumah di German adalah 51.4% sahaja berbanding Malaysia pada kadar 72.5%.

BACA JUGA:  Deposit Rumah Sewa Membebankan?

Trend Co-living semakin meningkat
Co-living adalah satu konsep di mana penyewa berkongsi ruang komunal seperti ruang tamu dan dapur serta penyewa hidup sebagai satu komuniti yang berkongsi nilai dan minat yang sama. Yang mengasingkan mereka hanyalah bilik tidur peribadi.

Baca: Co-living, Bukan Sekadar Menyewa

Kredit: BBazar Malaysia

Jika kita lihat kepada trend co-working di Malaysia, ianya semakin mendapat perhatian terutama di kawasan bandar. Setakat ini terdapat 70 operator dan 100 cawangan co-working yang ada di Kuala Lumpur. Antara operator yang terkenal adalah Common Ground and Regus Malaysia.

Kebanyakan daripada co-working ini dibina di kawasan rumah kedai. Menurut seorang pemain industry hartanah, bagi menjayakan konsep co-living, ianya perlu dibina berhampiran co-working. Sebagai contoh tingkat bawah adalah kawasan co-working dan tingkat atas pula sebagai kawasan co-living.

 

sumber: hartabumi

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *