JENIS – JENIS HARTANAH KEDIAMAN

4 Strategi Yang Menguntungkan Pelabur

Jenis-Jenis Hartanah Kediaman

Enam jenis utama hartanah adalah :

1. Kediaman (rumah hartanah dan apartment/kondo)

2. Lain-lain : Resort, Hotel, dll

3. Komersial (pejabat, pusat membeli-rumah, lot kedai, pusat pameran)

4. Hartanah Industri (kilang dan gudang)

5. Tanah & Kosong

6. Pertanian/Tanah Ladang atau Dusun

Harta Benda Bertanah

Terdapat beberapa jenis harta benda bertanah yang terdiri dari rumah-rumah berangkai satu/dua/tiga tingkat, rumah bandar, rumah berkembar dan banglo.

1. Rumah Teres atau Berangkai

Perumahan seperti ini biasanya bercantum di kedua-dua bahagian tepi dan merupakan hartanah paling lazim di kawasan perumahan hartanah. Selain dari bahagian hadapan dan belakang, tidak terdapat kawasan lapang ataupun taman di bahagian tepi rumah.

2. Rumah Berkembar Dua dan Rumah Tepi

Rumah seumpama ini berkongsi satu dinding di antara kedua-dua rumah dan mempunyai kawasan hartanah di sekitar kawasan binaan. Ia juga dikenali sebagai rumah berkelompok.

Beberapa rumah berkembar dua dengan reka bentuk terkini berkongsi satu dinding yang sama ataupun bercantum di bahagian belakang , iaitu di dapur basah atau berhampiran kawasan mencuci. Dari hadapan, ia kelihatan seperti sebuah banglo, dengan kawasan bertanah di kiri dan kanan, tetapi hakikatnya ia merupakan rumah berkembar dua yang berkongsi dinding yang sama dan terdapat rumah lain di bahagian belakang. Hartanah ini juga dikenali sebagai banglo berangkai.

3. Rumah Bandar

Rumah bandar kelihatan seperti rumah teres biasa, kecuali ia sebenarnya adalah dua buah rumah yang dibina di atas satu sama lain. Sebagai contoh, unit bawah rumah bandar mungkin terdiri dari tingkat bawah dengan kawasan di bahagian belakang serta sebahagian dari tingkat pertama. Unit di atas pula mengambil sebahagian dari tingkat pertama dan keseluruhan tingkat kedua. Kedua-dua unit mempunyai pintu masuk yang berasingan di bahagian hadapan, dengan ruang yang mencukupi untuk meletak satu kenderaan untuk setiap unit rumah.

Dengan perancangan yang baik, rumah bandar menawarkan gaya hidup unik untuk keluarga yang memiliki anak-anak yang yang telah dewasa. Ibu bapa boleh berpindah ke unit bawah apabila meningkat usia manakala anak mereka boleh tinggal di atas. Mereka akan tinggal berhampiran tetapi tidak terlalu dekat dengan kediaman ibu bapa mereka. Apabila mereka telah berumahtangga dan berkeluarga, perancangan seumpama ini semestinya ideal bagi semua.

4. Banglo

Rumah banglo mempunyai kawasan tanah yang luas di sekitar rumah, iaitu di bahagian hadapan, belakang dan tepi. Ia cukup luas untuk menampung 2 atau 3 kereta, bergantung kepada keluasan tanah. Anda boleh menggunakan tanah tersebut untuk menbina kolam renang, kolam ikan, taman permainan,bangsal (garaj) atau menukarnya menjadi kedai atau pejabat, sekiranya banglo tersebut berdepan dengan jalan utama yang sibuk.

Disebabkan peningkatan aliran trafik dan perluasan jalan, beberapa lokasi banglo akan menjadi kurang sesuai sebagai tempat kediaman disebabkan kesesakan trafik dan pencemaran bunyi (sekiranya ia berdepan terus dengan jalan utama). Sebagai contoh, banglo-banglo sepanjang Jalan Maarof di Bangsar atau Jalan Gasing di Petaling Jaya kini menjadi semakin komersial disebabkan aliran trafik yang tinggi. Nilainya sebagai hartanah komersial adalah lebih tinggi berbanding nilainya sebagai hartanah kediaman.

Sekiranya anda ingin menukar hartanah banglo kediaman kepada hartanah komersial, andaa perlu membantu permohonan kepada jabatan kerajaan yang berkenaan dan mungkin perlu membayar premium penukaran. Adalah lebih mudah mendapatkan kelulusan andaikata seluruh kawasan atau jalan telah dizon semula dan ditandakan semula untuk kegunaan komersial. Ramai pelabur hartanah telah mendapat pulangan lumayan dengan hanya berbuat demikian, Ia adalah salah satu strategi pelaburan hartanah.

5. Komuniti Berpagar

Ini adalah trend semasa yang semakin popular disebabkan kebimbangan terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat serta keperluan terhadap kawalan keselamatan yang lebih baik. Dua Komuniti Berpagar yang pertama di Malaysia ialah Country Heights di Kajang dan Sierramas di Sungai Buloh.

Komuniti berpagar biasanya terdiri dari banglo kelas tinggi yang direka seumpama kehidupan resort, yang menggambarkan ciri-ciri eksklusive yang dimiliki oleh mereka. Terdapat pagar keselamatan berperimeter tinggi yang mengelilingi seluruh kawasan pembangunan beserta akses trafik dan keselamatan yang amat ketat.

Gaya hidup dan konsep komuniti berpagar ini kini diperluaskan pulauntuk kondominium mewah. Pemaju kini melancarkan kondo kelas atasan yang dilengkapi dengan taman awam berpagar. Akses ke taman hanya terhad kepada para penghuni dan penyenggaran taman pula dilakukan oleh pemaju. Penghuni sebenarnya memiliki kedua-duanya sekali – kehidupan di bangunan tinggi serta taman persendirian yang dikongsi bersama, menggantikan taman-taman individu yang kecil. Mereka tidak perlu menggaji tukang kebun untuk memelihara taman tersebut sebaliknya membayar pemaju agar memelihara taman tersebut untuk kegunaan eksklusive mereka.

Namun terdapat satu kekurangan iaitu, caj perkhidmatan bulanan yang tinggi diperlukan bagi memelihara kemudahan-kemudahan serta perkhidmatan keselamatan yang unggul. Untuk banglo kelas atasan yang berpagar, caj penyelenggaran bulanan boleh mencecah sehingga rm 1000 sebulan.

6. Rumah Setinggan

Rumah-rumah setinggan sememangnya wujud di Malaysia dan biasanya didiami oleh pekerja tanpa izin atau mereka yang sangat miskin.

7. Lain-lain

Terdapat lain-lain jenis rumah kediaman di Malaysia seperti rumah panjang, rumah kampung, rumah ladang dan sebagainya.

SUMBER : ZULRIZQ HARTANAH 

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *