JENIS-JENIS HARTANAH MENGIKUT HAK MILIK

Keramat

Di Malaysia, terdapat 3 jenis Hak Milik Tanah: Pegangan Kekal, Pegangan Pajak, dan rizab Melayu dan/atau Bumiputera. Selain dari jenis-jenis hak milik tanah ini, lain-lain hak pemilikan yang perlu diketahui oleh para pelabur ialah : Hak milik Induk, Individu atau Hak milik Strata.

1. Pegangan Kekal

Pegangan kekal merujuk kepada “kepentingan pemilika berkekalan”. Hartanah ini adalah milik anda “selama-lamanya” dan ia mudah dipindahmilik daripada seseorang kepada orang yang lain atau daripada satu generasi yang lain.

Anda tidak perlu mendapatkan kebenaran dari mana-mana pihak berkuasa kerajaan perseketuan atau negeri untuk memindahmilik hartanah. Bagaimanapun, di beberapa negeri atau tempat di Lembah Klang, hartanah pegangan kekal mungkin mempunyai “kepentingan yang terhad” dan pemilik mungkin akan memerlukan kelulusan dari pejabat negeri atau tanah. Keperluan dan had-had tersebut akan dinyatakan di dalam hak milik hartanah. Sekiranya kerajaan memerlukan tanah tersebut untuk projek awam seperti lebuh raya atau pembangunan lain, mereka berhad mendapatkan hartanah pegangan kekal anda. Anda akan diberi pembayaran ganti rugi mengikut kadar pasaran untuk pengambilan secara paksaan bagi sebahagian atau keseluruhan hartanah anda. Nilai pasaran akan ditentukan oleh jurunilai kerajaan.

Jika anda ingin membeli bagi tujuan pelaburan, hartanah pegangan kekal adalah pilihan utama, ini kerana ia mampu memperoleh nilai jualan semula yang lebih baik disebabkan kenaikan nilainya yang lebih cepat. Pegangan kekal biasanya menjadi pilihan utama walaupun pulangan sewaan adalah lebih rendah sedikit berbanding hartanah pegangan pajak. Dari segi jangka panjang, kenaikan Nilai Modal yang lebih cepat ini mampu menebus semula pulangan yang lebih rendah.

2. Pegangan Pajak

Pegangan pajak pada dasarnya bermakna bahawa anda “memajak” atau “menyewa” hartanah tersebut (sama ada tanah atau bangunan) daripada kerajaan. Biasanya, pajakan yang paling lazim diberikan ialah untuk selama 99 tahun. Dalam keadaan tertentu, pajakan itu mungkin untuk jangka masa ynag lebih pendek, contohnya 60 tahun. Saya pernah menemui situasi di mana pegangan pajak hanya diberikan untuk 30 tahun sahaja. Sebaik saja pajakan tersebut tamat, pasa dasarnya, hartanah atau tanah anda akan dikembalikan kepada kerajaan negerivdan anda tidak berhak untuk menerima sebarang pampasan.

Secara praktis, apabila pajakan hampir berakhir , anda perlu memohon lanjutan pajakan dari Pejabat Tanah yang berkenaan, dengan membayar premium bagi pelanjutan pajakan. Amaunnya akan bergantung kepada jenis hartanah ( komersial, kediaman, pertanian, dsb), lokasi, luas binaan, jangka pajakan 99 tahun, tetapi kini hanya tinggal 10 tahun sahaja. Dengan membayar premium pelanjutan pajakan, pajakan anda akan diperbaharui untuk 89 tahun lagi untuk memaksimumkan kepada 99 tahun. Apabila pembaharuan pajakan diluluskan, nilai hartanah akan meningkat.

3. Rizab Melayu/Bumiputera

BACA JUGA:  GARIS PANDUAN UNTUK APARTMENT ATAU KONDO

Sebagaimana namanya, hartanah ini dirizab untuk orang Melayu/Bumiputera (Bumi), selaras dengan dasar ekomomi kerajaan. Disebabkan kekangan tersebut, kelulusan pindahmilik di antara Bumi kepada Bumi (pembeli perlu membuktikan bahawa mereka adalah bumiputera bona fide) dan khususnya daripada Bumi kepada Bukan-Bumi (ini dibenarkan setelah beberapa tahun) akan mengambil masa yang lama.

Andaikata kemampuan bukan suatu isu, maka adalah lebih baik agar pelabur bumiputera mengelak dari membeli hartanah sebegini, melainkan jika anda bercadang untuk membeli dan menyimpannya buat selama-lamanya, ataupun dengan tujuan menduduki hartanah tersebut. Potensi kenaikan nilai pada masa hadapan adalah lebih rendah berbanding hartanah pegangan kekal dan pegangan pajak, disebabkan faktor jumlah pembeli berpotensi yang terhad.

SUMBER : ZULRIZQ HARTANAH

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *