JIMAT KOS PEGUAM. DIGALAKKAN BUAT 3 PERKARA INI SENDIRI

3 Tips Bagaimana Ejen Hartanah Boleh Close Deal Dengan Power

 

Ada banyak lagi perkara yang anda kena selesaikan selepas beli rumah second hand. Tak sama macam beli rumah dengan pemaju (under construction), anda perlu buat banyak pertukaran nama dekat segala bil dan dokumen yang ada. Kalau rumah baru, tak payah dah buat benda ni. Anda terus daftar nama baru. Selesai saja beli rumah second hand, terus buat. Lagi laju anda buat, lagi cepat anda boleh rehat.

Apa lagi yang anda tertinggal?

Perkara ni biasa berlaku kepada pembeli rumah pertama. Dan kadang-kadang, ada juga berlaku pada pembeli yang dah banyak kali beli rumah. Ramai yang ingat lepas dah selesai urusan beli rumah, dah tak payah buat apa-apa. Tinggal nak pindah masuk ke dalam rumah.

Selepas selesai urusan beli rumah second hand, ramai yang terlupa atau terlepas pandang untuk buat pertukaran nama pada 3 perkara ini:

1: Dah tukar nama dekat segala bil utiliti yang ada?

Ramai pembeli yang lupa nak buat pertukaran nama pada rekod bil utiliti seperti bil eletrik, bil air, dan juga Indah Water. Sepatutnya, lepas selesai urusan jual beli rumah second hand, pembeli perlu ke pejabat pembekal perkhidmatan utiliti seperti TNB, SBA, dan IWK untuk membuat pertukaran nama. Ini sebab dalam rekod pejabat pembekal utiliti, ia masih lagi berdaftar atas nama pemilik asal (penjual). Macam mana nak buat pertukaran nama bil utiliti?

Ada dua (2) cara anda boleh gunakan untuk membuat pertukaran nama:

A. Buka akaun baru

Anda boleh buka akaun baru untuk bil utiliti tersebut, di mana anda perlu buat pembayaran DEPOSIT untuk tujuan ni. Jumlah deposit yang diperlukan pulak, bergantung kepada jenis rumah yang anda beli. Lepas akaun baru berjaya dibuka, pemilik asal perlu batalkan akaun lama. Tapi sebelum tu, tuan rumah lama kena bayar dulu semua tunggakan yang ada, baru boleh tutup akaun lama.

Dah selesai buat semua ini, baru syarikat pembekal perkhidmatan utiliti akan pulangkan DEPOSIT kepada tuan rumah lama.

B. Sambung guna akaun pemilik lama

Anda boleh memohon untuk kekalkan akaun lama tuan rumah asal, tapi hanya buat pertukaran nama pemilik. Cuma dalam kes ni, anda sendiri perlu bayar refund bayaran DEPOSIT bil utiliti kepada tuan rumah lama. Ini sebab tuan rumah lama takkan dapat deposit tu, selagi dia tak buat pembatalan akaun.

2: Dah tukar nama rekod cukai pintu?

Ramai yang terlepas pandang untuk buat permohonan pertukaran cukai pintu. Sebagai pemilik baru, anda perlu pergi ke Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran untuk buat pertukaran nama dalam rekod cukai pintu.

Bawah ni, ada senarai segala dokumen yang anda perlu sediakan untuk tujuan ini:

Salinan kad pengenalan,
Salinan SNP,
Salinan geran (yang dah dipindah milik kepada nama anda), dan
Salinan cukai pintu terkini.
Anda jugak perlu buat bayaran caj perkhidmatan yang sepatutnya.

3: Dah tukar nama untuk maintenance bil dan caj servis?

Ini pun, boleh tahan ramai yang terlepas pandang. Pembeli iaitu anda perlu maklumkan kepada bahagian maintenance / JMB (Joint Management Body) yang anda adalah pemilik baru unit tersebut. Ini supaya pihak pengurusan dapat update rekod pemilik baru dan segala bil penyelenggaraan dan caj servis akan dihantar kepada pemilik baru (anda). Yang selalu jadi isu adalah, siapa yang bertanggungjawab untuk buat segala urusan pertukaran nama ni? Adakah penjual, pembeli, atau peguam?

Tanggungjawab pertukaran nama ni, pembeli yang kena buat. Cuma, ada jugak sesetengah peguam yang tawarkan servis ni, sekali dengan urusan jual beli. Dan benda ni bukan satu tugas wajib bagi seorang peguam. Kalau peguam yang buat, biasanya memang anda akan dicaj yuran guaman untuk perkhidmatan ni.

Boleh ke buat sendiri benda ini?

Kalau anda nak jimatkan kos ni, anda boleh buat sendiri. Bukan susah pun. Cuma, kena luangkan masa sikit untuk uruskan perkara ni.

Kesannya? Kalau ada tunggakan yang masih tak dijelaskan, pemilik asal akan dituntut oleh pihak-pihak atasan.

Jadi, penting jugak untuk pemilik asal buat follow up, dan sahkan dengan pembeli lepas urusan jual beli dah selesai, sama ada proses tukar nama ni dibuat atau tak (sambung guna akaun pemilik lama). Jangan pulak bila dah dapat rumah, anda lepaskan tanggungjawab ni. Apa-apa yang jadi nanti, anda jugak yang kena tanggung.

Semoga tulisan ni dapat beri peringatan kepada anda untuk selesaikan urusan pertukaran nama dengan segera, sebaik je urusan jual beli selesai. Benda ni, memang lagi senang minta tolong peguam yang uruskan. Tapi, kena la sanggup tanggung kos yang ada. Cuma, anda takkan belajar selagi tak buat sendiri. Orang pun susah nak tipu sebab anda dah ada pengalaman. Benda mudah ja pun. Kalau ada bajet, tak salah tanggung kos peguam. Dan kalau takde, tak salah jugak untuk anda uruskan sendiri benda ni. Terpulang pada pilihan masing-masing.

Ramai pelabur hartanah otai suka sangat beli rumah second hand. Kenapa?

Bukan mereka tak suka beli rumah under construction. Cuma, potensi buat banyak duit bila beli rumah second hand, memang tak boleh senang-senang disangkal.

Kalau ada ilmu dan strategi yang betul, dengan mudah, anda boleh beli rumah pada harga berkali ganda bawah market value.

SUMBER: GILA HARTANAH 

Kongsikan Sekiranya Bermanfaat...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *